Wednesday, September 17, 2014

Lawak berdiri CERITA MALAM JUMAAT di Johor Bahru 19-20 September 2014


Lawak berdiri (sebut stand-up comedy) melebarkan sayapnya ke Johor Bahru. Ini adalah sebahagian daripada acara yang terkandung di dalam JB Art Fest yang berlangsung dari 5 Sept hingga 4 Okt 2014 di seluruh Johor. Kami adakan ia di sebuah panggung baru yang dipanggil JB Performing Arts Centre di Danga City Mall.

Pautan ini membantu anda untuk ke tempat acara persembahan ini berlangsung.




Kami tetapkan panggilkan persembahan ini CERITA MALAM JUMAAT sungguhpun ianya diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu. Harap maaf kerana kami lebih terkenal dengan nama itu dan sudah sinonim di dalam persembahan-persembahan kami sebelum ini yang diadakan pada hari Khamis malam.

Tarikh: 19-20 September 2014 (Jumaat & Sabtu)
Masa: 8-10pm
Tempat: JBPAC, Tingkat 4M, Jalan Tun Abdul Razak, 80000 Johor Bahru, Johor.

Dapatkan peta anda di sini.

Antara komik yang akan membuat persembahan dalam projek penggabungan ini ialah:

1. Botak
2. Haikal Idris
3. JD Raja Lawak
4. Hishamuddin Rais
5. Benjy
6. Rayza Mukmin
7. Saudagar Garam
 .
Seperti biasa, hos anda ialah Faisal Mustaffa

UNTUK PERHATIAN: Persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan matang.

Tiket untuk masuk menonton persembahan ini ialah RM20.

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi 012-2290944 atau emel ke rumahanakteater@gmail.com.

Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.

No comments:

Post a Comment