Wednesday, December 17, 2014

LAWAK BERDIRI MUSIM CUTI 18 Disember 2014



EDISI MUSIM CUTI

Menjelang hujung tahun, ramai antar kita yang mahu menghabiskan cuti tahunan mereka. Ada yang nak kahwin (ataupun berzina), ada nak menyambut Natal (sebut Krismas), ada yang ingin membeli-belah membuat persiapan untuk anak-anak ke sekolah.

Bagi mereka yang tidak mempunyai perancangan apa-apa (sebut loser), jemputlah menonton lawak berdiri CERITA MALAM JUMAAT. Kali ini kita paparkan dua komik berbangsa bukan Melayu. Yang lainnya tak pasti tahap kemelayuan mereka. Ini merupakan persembahan terakhir bagi musim kedua CERITA MALAM JUMAAT dan terakhir untuk 2014.

Tarikh: 18 Disember 2014 (Khamis)
Masa: 9-11pm
Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Dapatkan peta anda di sini.

Antara komik yang akan membuat persembahan nanti ialah:

1. Botak
2. KC Teruna Wangi
3. Fadhil Jaffri
4. Sulaiman Azmil
5. Rayza Mukmin
6. Cemkar Singh
7. David Chen

UNTUK PERHATIAN: Persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan matang.

Tiket untuk masuk menonton persembahan ini ialah RM20.

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi  017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.

Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.

No comments:

Post a Comment