Setelah berusaha memperkenalkan persembahan standup comedy berbahasa Melayu di Malaysia sejak Mei 2014, kumpulan
Rumah Anak Teater teruskan dengan membawa komik-komik dari Negara seberang untuk merancakkan persembahan mereka.
Februari ini, seorang lagi komik independen yang lahir daripada program Standup Comedy Indonesia musim ke-4,
Dzawin Nur Ikram (24 tahun) akan membuat persembahan dua hari di lokasi yang berbeza di Selangor.
Dzawin atau lebih dikenali di Indonesia dengan nama
Dzawin Noor akan membuat persembahan di
Lawak Studio IOI Boulevard Puchong pada Selasa 9 Februari 2016 melalui persembahan Lawak Berdiri dan pada Khamis 11 Februari 2016 di
PJ Live Arts melalui slot
Cerita Malam Jumaat.
Persembahan bulan Oktober 2015 lalu Rumah Anak Teater menampilkan Indra Jegel, komik muda dari Medan yang menjelajah dengan membuat persembahan di Johor Bahru melalui Tahun Melawak Johor yang kemudiannya dibatalkan atas arahan pihak penganjur. Namun, dua persembahan lain Indra di Selangor mendapat sambutan luar biasa daripada peminat-peminat komedi pentas di Lembah Kelang.
Dzawin yang sudah berkecimpung dalam dunia standup comedy sejak 2011 sudah membuat persembahan di serata Indonesia sehinggalah bakatnya dicungkil di dalam program Standup Comedy Indonesia 2014 musim ke-4. Selain menjadi komik sepenuh masa,
Dzawin juga seorang penulis karya-karya yang bergenrekan komedi.
Dalam kedua-dua persembahan beliau nanti,
Dzawin akan didokong oleh persembahan-persembahan daripada komik-komik di bawah anjuran
Rumah Anak Teater. Persembahan spontan improvisasi juga akan membuatkan penonton-penonton tidak kering gusi.
Selain
Dzawin, tiga lagi komik akan turut membuat persembahan mereka di atas slot persembahan yang sama iaitu
Mo Sidik (foto bawah) , Awwe dan
Gilang Bhaskara. Selain daripada
Mo Sidik, kedua mereka merupakan penampilan pertama di Malaysia sungguhpun sudah menjadi selebriti TV di Indonesia.
Dalam temubual bersama pelopor standup comedy melayu di Malaysia,
Faisal Mustaffa daripada
Rumah Anak Teater, beliau mengakui lapangan standup comedy di Malaysia masih baru lagi sungguhpun sudah bertapak hampir dua tahun. “Kita masih ketinggalan jauh di belakang”, ujarnya.
Oleh yang demikian,
Faisal yang secara konsistennya mementaskan “open mic night” di
Lawak Studio Puchong setiap Jumaat masih optimis bahawa standup comedy akan melalui eranya nanti. Apa yang lebih mustahak ialah bagi persembahan seperti standup comedy diteruskan.
Melihat kepada sambutan setakat ini,
Faisal percaya standup comedy mempunyai masa hadapan yang cerah di Malaysia.
Namun,
Faisal berkata, kita masih kekurangan komik sungguhpun ramai yang berminat menjadi pelawak dalam sketsa-sketsa komedi. “Bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang standup comedy ini boleh terus hubungi kami”, katanya mengakhiri perbualan.
Bagi mereka yang ingin menonton kedua-dua persembahan komik dari Indonesia ini, mereka boleh menghubungi
Faisal Mustaffa di talian 0122290944.