Showing posts with label zahiril adzim. Show all posts
Showing posts with label zahiril adzim. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Buku ‘Bogel Menuju Tuhan’ Zahiril Laris


KUALA LUMPUR: Buku antologi puisi dan catatan berjudul Bogel Menuju Tuhan karya pelakon Zahiril Adzim semakin laris dijual dan kini memasuki cetakan kedua.

Menurut pelakon drama Juvana ini, buku yang telah dicetak 1,000 buah itu bakal ditambah 1,000 buah lagi memandangkan permintaan terhadap buku itu meningkat.

Berita selanjutnya di sini.

Friday, July 1, 2011

Hanya Bogel Menuju Tuhan, Luahan Rasa Zahiril Adzim


Pelakon, Zahiril Adzim percaya dirinya dan semua umat Islam yang lain hanya akan berada dalam keadaan 'bogel' menuju Tuhan bila saat seseorang itu untuk kembali kepadaNya tiba kelak.

Artikel penuh di sini.

*Alamat web untuk belian online yang tertera sebetulnya ialah http://tokobuku.fotopages.com

Tuesday, June 28, 2011

Kenapa perlu BOGEL MENUJU TUHAN


Oleh FAISAL MUSTAFFA

Sebuah karya Zahiril Adzim, bukunya ini menimbulkan banyak prasangka. Aku bertanya kepada diriku sendiri, “bukankah kita semua akan berbogel di Padang Mahsyar nanti?”

Memetik daripada catatannya berjudul “Bogelnya Si Pejalan Menuju Tuhan”, Zahiril Adzim berkata,

Seperti baru terjaga dari tidur. Waktu itu bangun dari katil adalah keputusan sendiri, angkat tangan adalah keputusan sendiri, capai tuala adalah keputusan sendiri. Tidak seperti mimpi, yang kita sendiri pun tidak tahu siapa yang membuat keputusan untuk menggerakkan plot mimpi tadi. Sebab itu sedar - sedar, kita sudah berjalan. Bukan baru melangkah mula. Jadi, dengan lengkapnya berpakaian yang sedang berjalan, itulah kehidupan. Terus berjalan. Namun, kejap - kejap berjalan, rambut kita ditiup angin. Habis rosak gayanya. Itulah halangan. Kita jalan lagi terusnya. Dengan gaya rambut malapetaka.”

Sekiranya kita ditakdirkan hilang seluruh pakaian dan akhirnya menuju ajal, apa yang boleh kita lakukan? Ya, kita akan dikafankan. Tetapi, dalam perjalanan sebelum dikafankan itu, apa daya kita?

Di dalam proses pembikinan buku, selaku penerbit dan penyunting, aku memberikan sepenuh
Kebebasan kepada Zahiril Adzim ini untuk memilihnya. Lalu lahirlah sebuah lagi catatan beliau, “AKU TAK TAHU, APATAH LAGI NAK BAGI TAJUK”. Di dalamnya ditulis,

Aku, sebenarnya hanya roh yang tinggal dalam tubuh badan manusia yang dipinjamkan ini. Aku berada di belakang - belakang kulit, isi, daging, urat, darah dan tulang - tulang. Yang terlihat oleh mak bapak aku, famili aku, kawan - kawan, sedara - mara dan semua orang itu hanya tubuh badan atau kamu semua panggil Zahiril Adzim. Tapi itu hanya objek pejal yang wujud dan boleh disentuh!



Aku tersenyum, puas.

Aku minta pandangan beberapa teman untuk memberi komen tentang bukunya ini.

Seorang blogger tersohor, Hanis Zalikha menulis, “Memang. Menulis tentang Zahiril Adzim adalah seperti membikin lagi satu karya altogether. Dia penulis yang paling pandai menggunakan perumpaan paling santai untuk sesuatu yang paling kritikal. Dia takkan spoon-feed you free-free aja. Paling-paling pun, dia cuma akan provide kepingan jigsaw untuk kita cantum, dan bahan-bahan binaan untuk kita construct imaginasi revolving his piece. Perlahan-lahan kita akan lihat relevannya setiap gambaran, satu-persatu mesej mula terungkai.”

Seorang lagi celebrity blogger, Sultanmuzaffar pula berkata, “Bait-bait rangkap bermadah yang dilakar punya makna tersendiri. Membaca tulisannya bak membaca karya Sasterawan Negara yang bahasanya penuh berbunga-bunga (mungkin kerana dalam hatinya sekarang ada taman).”

Namun, aku rasa bangga dan berpuas hati kerana aku dapat merealisasikan impian seseorang. Impiannya untuk menaskahkan perasaannya, rasa hatinya, cintanya dan kemarahannya.

Menurut kata Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia, Nora Murat, “Persoalan ini perlu di tanya oleh setiap individu kepada diri sendiri dalam mencorak perjalanan hidup mereka. Zahiril Adzim ternyata telah menyoal dirinya sendiri berulang kali dan ia jelas kelihatan di dalam setiap nukilan dan puisi yang terdapat dalam ‘Bogel Menuju Tuhan’. Pemenang anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ini telah membogelkan fikirannya dan mempersembahkan ia untuk diratah oleh pembaca. Dan beliau telah mampu mengajak pembaca untuk menuruti rentak pemikirannya dan bertanyakan soalan yang sama.”

Maka, sama-samalah kita meraikannya.

PS: buku “BOGEL MENUJU TUHAN” boleh dibeli secara online di http://tokobuku.fotopages.com

Thursday, June 23, 2011

Zahiril Bogel Menuju Tuhan


Pelakon drama bersiri popular, Juvana iaitu Zahiril Adzim terjun ke dunia penulisan yang bukan sesuatu yang baru baginya setelah mengecap populariti di medium teater, televisyen dan filem. Terbaru, pelakon yang dikenali di pentas teater menerusi teater AirCon itu melancarkan buku terbarunya yang bertajuk “Bogel Menuju Tuhan”.

Berita selanjutnya di sini.

Wednesday, June 8, 2011

Teater TyIcKooUnS - Mardiana Alwi, Nam Ron, Amerul Affendi, dan Zahiril Adzim

Wednesday, May 18, 2011

RUMAH ANAK TEATER will perform at Amnesty International Malaysia 50th Birthday Bash


An Invitation to Amnesty International’s Birthday Bash, “A Toast to Freedom”

It brings us much pleasure to invite you for Amnesty International’s 50th Birthday celebration. Join us for a RIGHTS-fully fun afternoon at the Annexe Gallery, Central Market on Saturday 28 May 2011 from 3.00 pm onwards.

It has been 50 years since the revolution of the pen dawned upon the world. Few would have envisioned that Peter Benenson’s righteous outrage at the unfair imprisonment of two Portuguese students who raised their glasses to freedom would have blossomed into a network of over 2.8 million activists 50 years later. His article which came out in the Observer in 1961 prompted people to remember the “Forgotten Prisoners”. As we celebrate 50 years of activism today, we also renew our commitment to the protection and defence of human rights.

To mark this significant event, Amnesty International Malaysia had embarked on a hunt for 50 Youth Ambassadors. These young and vibrant individuals have now been selected and over the next six months, will journey throughout Malaysia seeking to spread the message of freedom and human rights to fellow youths. The campaign is also carried out in memory of the two Portuguese students who were brave enough to toast to freedom during the dictatorship of António Oliveira Salazar in Portugal. They were later detained and sentenced to seven years of imprisonment. Amnesty International adopted the duo who was eventually released.

We are inviting you to meet the youth ambassadors at the event. The celebrations marks their first day as the faces of Amnesty International Malaysia and for human rights. Be a part of this special moment and support our exuberant ambassadors.

The celebrations are particularly unique as instead of holding to a single theme of a “Rock Concert” or an acoustic set up, we will be meshing together these various genres for the celebrations. We will be featuring the melodic tones of tenor Aaron Teoh from Caipifruta as he takes you through a heart-warming set of mellow tunes. Funk out to indie psychedelic rock band PHLOX! Allow your minds to be provoked by Rumah Anak Teater’s short skit* titled “Berkat Sebuah Kebebasan” and be enthralled by the rhyming musings of Ayam Fared and our first Youth Ambassador Zahiril Adzim.

We hope to be able to share a “Toast to Freedom” with you. For more information please contact Adeline Choo at 03 – 79552680 or email adeline@aimalaysia.org.

*The skit will be performed by Amerul Affendi and Khairil Ridzuan K'N. Zahiril Adzim will make a special appearance in the play. The play was inspired by Amnesty's Toast to Freedom.

Thursday, April 14, 2011

Filem SENJAKALA: Adakah Anda Mempunyai Saka?


Mutakhir ini filem-filem bergenre seram menjadi pilihan pembikin-pembikin filem. Minggu ini satu lagi filem seram akan menyerang panggung wayang. SENJAKALA satu lagi filem tempatan yang memeriahkan filem-filem hantu di Negara ini. Nampaknya, itulah strategi yang diambil oleh pengeluar-pengeluar filem, takut untuk mengambil risiko dan menganggap inilah genre menjadi kegemaran penonton-penonton wayang melayu.

Baca rencana selanjutnya di sini.

Friday, March 4, 2011

SHORT EYES: Zahiril Adzim sebagai Clarke Davis


Selain berlakon, Zahiril Adzim juga banyak menulis puisi, skrip dan bermain alat muzik. Beliau juga pernah mengarah teater.

Sejak selesai pengajian dalam seni lakon, beliau sudah berlakon berpuluh-puluh siri tv dan telemovie. Pencapaiannya di dalam bidang lakonan ialah apabila dipilih sebagai penerima anugerah Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke 22 melalui filem KAMI. Filem KARAOKE lakonan beliau pula pernah dihantar ke Festival Filem Cannes, Perancis, untuk dicalonkan Camera d'Or (Golden Camera). Beliau juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Bakat Muda Selangor 2010.

Zahiril Adzim juga pernah tercalon sebagai 'Most Promising Artist' - Boh Cameronian Awards, KLUE Blue Chili Awards dan juga Best On Screen Chemistry - 8TV Shout Awards bagi filem KAMI The Movie.

Selain itu, beliau luangkan masa lapangnya dengan menulis rencana yang suatu waktu dahulu pernah diterbitkan di dalam thenuttgraph.

Keterangan lanjut mengenai SHORT EYES.

Saturday, December 4, 2010

PEMENTASAN BANDUAN AKHIR oleh RUMAH ANAK TEATER

Rumah Anak Teater akan mengadakan pementasan satu hari di KOMTAR Pulau Pinang pada 12 Disember 2010.

Maklumat lanjut mengenai pementasan boleh diperolehi di sini.

Pembelian dvd rakaman pementasan di Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2010 boleh didapati di sini.

Friday, August 6, 2010

ZAHIRIL ADZIM DALAM "SHORT EYES" Sabtu dan Ahad ini



Keterangan lanjut sila layari di sini.

Monday, July 12, 2010

KARAOKE(2009) MENGHADAPI PERUBAHAN

Oleh Azlina Mohadzir

Jika dilihat pada tajuknya, pasti ramai yang menyangka bahawa filem Karaoke(2009) berkisar kepada kegiatan berkaraoke yang menjadi kegemaran kebanyakan anak muda masa kini. Banyak perkara tersirat yang ingin ditonjolkan di sebalik setiap babak yang ditonjolkan dan dialog yang dilontarkan di dalam filem ini.

Karaoke merupakan filem cetera pertama arahan Chris Chong yang sebelum ini telah mengarahkan lapan buah filem pendek. Di antara filem pendek arahan beliau yang mendapat perhatian daripada peminat filem pendek antarabangsa ialah Blok B yang diterbitkan pada 2008. Ia pernah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin dan dipilih sebagai sepuluh filem pendek terbaik di Festival Filem Kanada. Filem Malaysia terakhir yang ditayangkan di Festival Filem Cannes ialah Kaki Bakar(1995), sebuah filem arahan U-Wei Haji Shaari. Selepas 14 tahun, akhirnya Karaoke terpilih bagi mewakili negara di Festival Filem Cannes. Karaoke turut memenangi anugerah di Festival Filem Calgary di Kanada. Shanon Shah yang menulis skrip filem ini turut bertanggungjawab bagi menulis lagu-lagu yang terdapat di dalam filem ini. Karaoke dibarisi oleh para pelakon yang mempunyai asas kukuh di dalam teater seperti Zahiril Adzim, Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Amerul Affendi dan Nadiya Nissa.

Karaoke mengisahkan tentang Betik yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim, seorang anak muda yang baru menamatkan pengajian di universiti dan pulang ke kampung dengan tujuan untuk membantu ibunya menguruskan perniagaan peninggalan bapanya; sebuat pusat karaoke di tengah estet kelapa sawit. Mislina Mustaffa yang melakonkan watak ibu Betik, dilihat sebagai tidak merestui kepulangan Betik ke kampung. Hubungan di antara mereka berdua masih dingin sejak sekian lama akibat daripada tindakan Betik yang tidak menghadiri majlis pengkebumian ayahnya. Di dalam satu babak ditunjukkan Betik cuba untuk memperbaiki hubungan mereka dengan berbual sambil melihat ibunya melipat kain. Namun usahanya sia-sia apabila si ibu kemudiannya bangkit memasang langsir; sebuah perlambangan akan penolakan si ibu yang masih tidak dapat memaafkan Betik. Bahasa tubuh yang ditunjukkan oleh kedua pelakon menunjukkan kecanggungan di antara kedua anak-beranak. Si anak cuba untuk membawa pembaharuan yang dilihat di bandar bagi memajukan perniagaan karaoke mereka sementara si ibu pula membuat keputusan untuk menjual perniagaan itu dan berhijrah ke bandar.

Betik yang sudah sekian lama tidak pulang ke kampung digambarkan sebagai seorang yang kini tersisih di dalam persekitaran estet kelapa sawit yang dulunya adalah tempat dia membesar. Tema ini turut di guna pakai di dalam filem Asia lain seperti filem Wong Kar Wai, Chungking Express (1994) dan Tsai Ming-Liang, What Time is It There? (2005). Betik berjalan meneroka kampung yang kini seakan tempat asing baginya sehingga tersesat ke hujung kampung. Sepanjang dia berjalan, kita dapat melihat proses yang terjadi saban hari di estet kelapa sawit. Buah kelapa sawit dikutip dan dihantar ke kilang untuk diproses menjadi minyak kelapa sawit. Namun, apa yang tersirat di sebalik babak ini merupakan gambaran kepada isu yang dihadapi di ladang kelapa sawit. Pengurusan ladang kelapa sawit yang lemah mengakibatkan banyak hutan musnah demi menambahkan keluasan kawasan ladang. Kilang kelapa sawit menjadi perlambangan akan pencemaran yang kian menjadi-jadi; pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh mesin pemprosesan kelapa sawit dan pencemaran air bersih akibat kegagalan kilang mengawal saliran. Babak di mana penggembala kambing memohon agar perlawanan bola sepak dimulakan selepas kambingnya selesai meragut rumput menunjukkan betapa ketamakan manusia sedikit demi sedikit memusnahkan ekosistem kita.

Anisah yang dilakonkan oleh Nadiya Nisaa, merupakan seorang gadis yang membesar di estet kelapa sawit dalam dalam filem ini. Betik yang tertarik kepadanya tatkala bertemu di karaoke milik ibu Betik digambarkan sebagai seorang yang cuba mencari jalan untuk keluar daripada kehidupan di estet yang kian mati dan tersisih daripada arus kemodenan. Bapa saudara Betik, Bak, yang dibawakan oleh Mohammad Hariry membantu ibu Betik menguruskan perniagaan karaoke pada malamnya dan bekerja sebagai pembantu di dalam penggambaraan video karaoke. Ibu Betik meminta Bak supaya membawa Betik untuk bekerja bersamanya sebagai pembantu. Bermula sebagai pembantu, Betik akhirnya menjadi pelakon di dalam video tersebut.

Terdapat enam buah lagu di dalam filem ini dan kesemuanya ditulis oleh Shahnon Shah. Apa yang menarik di sini ialah lagu-lagu tersebut bertindak sebagai pelengkap penceritaaan bagi sesuatu babak. Sebagai contoh, semasa Betik dan Anisah sedang berbual di karaoke, salah seorang pengunjung menyanyikan lagu cinta dengan klip video karaoke yang menunjukkan sepasang kekasih berjalan berpegangan tangan dengan latar belakang romantis iaitu matahari terbenam. Sementara babak lagu nasyid yang dinyanyikan oleh seorang pengunjung berbangsa India menunjukkan toleransi kaum dan agama yang wujud di negara kita sejak sekian lama.

Babak penggambaraan video karaoke menggambarkan keadaan yang berlaku semasa penggambaraan. Pelakon yang diupah hanya mengikut arahan sang pengarah di dalam menterjemahkan emosi yang bersesuaian dengan lagu tanpa perlu berusaha untuk memahami lebih lanjut akan maksud di sebalik sesebuah lagu itu. Dengan langit cerah sebagai latar belakang Betik semasa syot yang diambil dari dekat dan lirikan mata Betik yang merenung jauh menggambarkan konflik dalam diri Betik yang ditinggalkan keseorangan di kampung yang kini asing baginya kerana ibu dan bapa saudaranya telah pergi berhijrah ke bandar.

Tema utama yang ingin disampaikan oleh Karaoke: perubahan di dalam hidup yang tidak dapat dielakkan dan kita sebagai manusia sering gagal untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu. Betik sebagai watak utama digambarkan sebagai seorang manusia yang gagal: dia gagal untuk berbaik semula dengan ibunya yang membuat keputusan untuk menjual pusat karaoke peninggalan suaminya demi masa depan yang lebih cerah. Hubungannya dengan Anisah juga tidak ke mana kerana Anisah tidak tertarik latar belakang pendidikan Betik dan kisah-kisah kehidupan di bandar yang sering diceritakan oleh Betik kepadanya.

Tema menghadapi perubahan (di sini, perubahan modenisasi, atau kehadiran urbanisasi ke dalam sosio hidup masyarakat pendalaman) bukanlah sesuatu yang asing di kalangan cendekiawan tempatan. Begitu juga dengan penulis cereka tempatan serta beberapa filem Malaysia yang mengandungi tema sebegini pada 70-an dan 80-an, seperti Setinggan (1981), Bujang Lapok Kembali Daa (1986), Bila Hati Sudah Retak (1983) dan Ceritaku Ceritamu (1979). Tetapi gaya dan garapan Chris Chong yang minimalis, tanpa banyak berdialog, dengan penggunaan ruang dan latar untuk “bercerita” memberikan satu kesegaran yang lain dalam mengimbuhkan kehadiran perubahan terhadap “orang-orang kecil”. Malah, secara menarik sekali, Chris Chong dan Shahnon Shah memilih untuk menggunakan simbolisme karaoke untuk mengikat setiap entiti di dalam filem ini tentang pertalian reaksi dalam menghadapi perubahan itu. Secara tidak sedar, filem ini juga “menyatakan” tentang perubahan sinema Malaysia, serta “reaksi” kita sebagai penonton secara tidak sengaja.

Kejayaan tunggal Betik di dalam filem ini adalah apabila dia menjadi pelakon klip video karaoke. Bermula sebagai bidan terjun kerana menggantikan pelakon lelaki yang tidak datang, dia akhirnya menjadi pelakon yang hanya menurut arahan pengarah. Pada permulaan filem, syot yang diambil dari dekat digunakan bagi memberikan gambaran keadaan karaoke peninggalan bapa Betik. Di akhir filem syot lanskap digunakan bagi memperlihatkan keadaan sekeliling karaoke itu.

Filem ini di akhiri dengan Betik sebagai pelakon di dalam video karaoke, sesuatu yang digemarinya sejak kecil lagi. Ia memperlihatkan Betik sebagai seorang yang masih terikat dengan dunia khayalan di dalam mindanya dan tidak mahu menerima bahawa perubahan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Walaupun dia ditinggalkan oleh si ibu yang telah berhijrah ke bandar bersama pakciknya demi untuk mengubah nasib mereka namun Betik merasakan kerjaya sebagai pelakon klip video karaoke adalah yang terbaik untuknya. Betik tetap mahu hidup di dalam dunia yang penuh fantasi yang dirasakan ideal bagi dirinya. Inilah realiti hidup bagi sesetengah manusia yang tidak mahu berubah.

Rencana ini di siarkan di dalam Dewan Budaya April 2010.

Sunday, February 14, 2010

kematian kebebasan berkarya di aswara


Zahiril Adzim

"dan hari ini aku akan meninggalkan pangkal rahim yang telah memberanakkan aku!"

kata seorang senior yang aku hormati lakonannya. Kekecewaannya, juga aku, serta kami, kepada sebuah institusi seni yang telah memberanakkan kami kerana kebebasan berkarya kami telah dibunuh.

Kesal, sesal, sedih, pedih.

Hancur lulur perasaan kami, anak - anakmu yang selama ini mengangkat namamu dimana - mana pijaknya nama dan tubuh dililit bakat serta kesetiaan kepada seni.

Berbalahan dengan 'ibu' yang telah memberanakkan kita, peritnya lebih sakit dari ditikam dengan 10 bilah pedang.

Kita berbalah, kerana kita sayang.

Lihat tulisan selanjutnya di pautan ini.
Keterangan lanjut mengenai pementasan semula di pautan ini.

Monday, January 18, 2010

Apa Dosaku:The Sybil Kathigasu Story

Pelakon-pelakon TANDA juga terlibat dalam satu drama bertajuk 'Apa Dosaku:The Sybil Kathigasu Story'.

Apa Dosaku:The Sybil Kathigasu Story dilakonkan Zahril Adzim dan Beto Kusyairy.



Gambar-gambar lain boleh dilihat di pautan ini.

Maklumat untuk pementasan TANDA, sila klik di sini.





Monday, October 5, 2009

Rumah Anak Teater ada peti ais?

Pernah sekali masa aku tengah melepak dengan mak aku di dapur (ya, mak aku juga kaki lepak, tapi di dapur), dengan harapan yang mak aku akan buatkan Nescafe untuk aku, mak aku bertanyakan sesuatu pada aku.

Tapi sebelum tu, mak dan bapak aku sedang mengemas - ngemas bahagian dapur. Waktu bila ni? Kerana kami adalah keluarga Melayu yang tak lari dari kemeriahan menyambut Aidilfitri, maka sudah tentu ini adalah beberapa hari sebelum Hari Raya. Excited nak Raya kan...

Mak aku nak beli peti ais baru sebab dia sedar yang peti ais sekarang tak mampu nak menampung makanan - makanan anaknya, terutama yang jantan - jantan (aku lah tu). Jadi untuk tidak berkawan dengan syaitan (pembazir) mak aku pun bercadang untuk tidak membuang peti ais lama. Lalu terpancullah soalan ini dari mulut mak aku.

"Rumah Anak Teater ada peti ais? Mak ingat nak bagi peti ais ni."

Tersembur sikit air Nescafe dari mulut aku dengan niat baik mak aku tapi sebenarnya menyentap raga juga. Memang niat mak aku tu best, tapiii....

"Mak, Rumah Anak Teater ni, jangan cakap peti ais, RUMAH pun kitaorang takda, mak".

"Lah, habis tu korang meeting, buat rehearsal semua, dekat mana?"

Itu yang susah aku nak jawab tu. Takkan nak bagitau selama ni kitaorang buat rehearsal dekat tepi jalan atau mana - mana ruang yang sempat?. Aku terus sambung makan.

Jadi harapan aku dan anak - anak teater yang lain untuk waktu ini ialah, agar sesiapa ribuan, jutawan, mak Datin ke pak Dato' yang baik hati yang nak sponsor sewa rumah untuk kami ber-RUMAH, di alu - alukan. Sungguh.

Tak pun ada sesiapa yang tahu lubang rumah sewa yang cun, selesa, besar dan menarik tapi harga sewa tidak terlalu sembelih leher, silalah roger - roger kami.

Bolehlah kami jadikan studio, tempat meeting untuk projek lebih gempaq, tempat tidur bagi yang tak mampu bayar sewa rumah, tempat rehearsal dan sebagainya.

Ok tak?

-zahiril adzim

Wednesday, August 12, 2009

Borak-borak Dengan RAT - Zahiril Adzim


Akhirnya, aku sempat juga meluangkan masa dengan Zahiril Adzim. Ada orang kata dia 'hot'. Ada orang kata dia sudah berada di puncak kariernya; dengan memenangi Pelakon Lelaki Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia-22 mingu lalu.

Walau apa pun, aku masih anggap dia sebagai rakan sekerja. Ada orang tanya aku; kau sekarang manager Zahril Adzim ke? Aku jawab; dia tak mampu bayar RM5000.

Ada yang minta nombor telefon dia, aku minta maaf sangat fasal aku diberi kepercayaan. Ada yang minta latar belakang dia (korek rahsia peribadi), aku kata; aku tak suka campur hal peribadi orang lain sepertimana aku tak suka orang lain campur hal peribadi aku.

Ikuti temubual aku dengan salah seorang pelakon utama Teater Kompilasi Vol2, Zahiril Adzim.


Hari tu kau pergi Cannes dengan siapa? Kau rasa glamour tak?

Hari tu aku pergi dengan Chris, Nandita, Yatsuhiro, Pierre (bukan Pierre Andre ya, ni Pierre betul punya mamat dari Perancis). Dan sepatutnya dengan Mislina. Tapi dia tak dapat pergi sebab kena tahan dekat KLIA. Nak wakil negara ni beb, tapi dihalang dengan orang negara sendiri jugak! Macam mana? Sapa nak jawab?

Glamour? Ada lah rasa sikit masa aku nak beli rokok sekaton dekat airport, duty free. Masa tu tertunjuk duit Euro Dollar. Lepas tu, gadis kaunter tu tanya nak pergi mana. Aku jawab, nak pergi Cannes! Nak bawak filem KITA (AKU, DIA DAN MALAYSIAN) bertanding sana! Nak wakil negara kita beb! Amacam, rokok sekaton ni boleh bagi free ke?

Dia cakap "Whatever". Ke-glamour-an aku dibunuh kat situ je.


Cakap pasal lakonan...... babak menangis tu airmata original ke pakai eye-mo?

Oh, kita tengah cakap pasal lakonan eh? Babak menangis tu, aku rasa diaorang Photoshop je kot. Sebab masa aku nangis masa tengggg... cis! Aku nangis betol!


Ada orang cakap kau jambu. Apa komen kau?

Dah makan tengahari? Aku boleh belanja.


Kau dah lakon banyak watak.... Kalau ada tawaran watak maknyah, kau terima tak?

Kalau bayar boleh beli sebiji banglo untuk RAT, aku ok je. Aku kan pelacur bakat. Wakaka!


Masa mula-mula kau mohon masuk ASWARA, apa response mak bapak kau?

Yuran berapa ringgit?


Dalam banyak-banyak drama yang kau berlakon, yang mana satu kau rasa gagal?

Semua drama aku gagal. Gagal apa? Aku gagal tackle heroin drama tu. Atau aku memang loser.


Pada pendapat kau, rakyat Malaysia rata-rata faham tak 1Malaysia tu apa?

Jangan cakap rakyat Malaysia. Aku sendiri pun tak paham 1Malaysia tu apa! Mungkin sebab aku banyak sangat baca gossip, tak pun cerita misteri kot.
Eh jap, one ke satu? Macam mana nak sebut ni?


Kenapa ada orang bantah Chin Peng pulang ke tanahair?

Pasal Chin Peng tak nak bawak balik ole - ole untuk diaorang. Tak pun sebab TANAH ni banyak sangat AIR kot. Entahlah.. salah baca buku sejarah kot. Ishh! Susahlah soalan ko ni Faisal.




Dalam teater kompilasi vol2 ni ada orang cakap kau buka baju. Betul ke?

Betul. Tapi aku bukak baju dekat backstage je. Masa nak pakai kostum. On stage tak boleh bukak baju sebab sejuk sangat.

Kau rasa teater vol 2 ni boleh tanding Tun Razak...The Musical tak?

Tak boleh, sebab penonton yang datang Teater Kompilasi Vol II ni tak pakai formal (baca: kot hitam)

Tuesday, August 11, 2009

Liputan AWANI



Kredit: Astro AWANI

Friday, August 7, 2009

Projek KoKEN: Teater Kompilasi vol 2



Ucapan penghargaan kepada Ieja Zin yang bersengkang mata cuba menyumbang video ini.

Faisal: "Good attempt dude. Eh, you pun nak tukar carrier dari engineer ke video editor ke? Jangan jadi macam sorang tu; belajar law tapi berlakon teater."

Thursday, August 6, 2009

Promo KoKEN: Teater Kompilasi Vol 2

Borak-borak Dengan RAT - Fared Ayam



Susah betul aku nak dapatkan temuduga dengan lelaki berambut ikal mayang dengan tali mengikat lengang kanan dan kepalanya. Aku memang nak tanya, fashion apa ni? Tapi malas. Itu identiti dan KEHIDUPAN dia.

Aku mula kenal dia pun di Seksyen 14 PJ pun dah memang macam ni. So buat apa u-turn?

Ikuti borak aku dengan Fared Ayam. Beliau juga pernah dicalonkan sebagai Most Promising Artist di BOH Cameronian Arts Award untuk tahun 2008.


Faisal Mustaffa: Cuba kau ceritakan maksud Naturalisasi dan ceritanya.

Nak tau maksud Naturalisasi sila beli kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi kedua.. Nak tau cerita, sila datang tonton pementasannya.. abis cerita..


Dalam realiti, kau rasa perkara macam ni berlaku tak? Atau hanyalah khayalan dan mimpi-mimpi kau?

Aku tengok dalam rancangan realiti tv tu tak real pun..Tapi ia juga bukan mimpi.. abis apa benda tu?



Aku nampak ada kesamaan cerita kau dengan teater Air-Con (yang pernah dipentaskan sebanyak dua kali di KLPAC). Pelakon-pelakonnya sama; Zahiril Adzim dan Amerul Affendi. Kau plagiat ke?

Aiceh..sukahati je..sama celah mana? Bapak takde kena mengena..Premisnya tak sama..Persoalannya juga jauh berbeza..Jangan hukum sebelum bicara brader..Lu pun nak jadi macam abang rambut ketak melodi ke apa..



Skrip kau ni akan dibukukan dan dijual di kedai-kedai buku. Kau rasa mak bapak kau akan bangga dengan kejayaan kau ni?





Mak bapak aku adalah penduduk Felda yang hidup dalam kelompok masyarakat yang majoritinya dididik, disogok dan mati-mati percaya bahawa hanya dengan sains dan teknologi sahajalah anak-anak mereka akan terjamin masa depannya.. Jadi kau rasa macam mana?


Ada orang nak tahu, budak-budak RAT ni selalu lepak kat mana. Apa jawapan kau?

Lepak mamak..


Kau pernah menangis tak? Bila keadaan yang boleh membuatkan kau menangis?

Eerrr.. eh, lepas ni kau nak lepak mana?


Kau seronok tak bila pergi Istana Budaya tengok teater?

Seronok sampai rasa nak berlari sambil bogel..


Kau bangga tak bila budak-budak ASWARA menjayakan Teater Muzikal...Tun Razak? Kenapa?

Bangga.. sebab aku bukan salah seorang dari mereka..


Orang kata skim cepat kaya tu membohong. Tapi diorang pandu kereta mewah. Apa sebenarnya ni?

Berbohong adalah salah satu cara untuk hidup mewah..


Lepas Teater vol 2 ni selesai, apa projek KoKEN selepas ini?

Bump out barang-barang Teater vol 2 dari Stor Teater DBP..

Wednesday, August 5, 2009

Teater Kompilasi Video Promo



Kiri: Fared Ayam (Pengarah NATURALISASI)
Kanan: Zahiril Adzim (pelakon NATURALISASI)