Tuesday, February 11, 2014
Pelakon teater AWEK CHUCK TAYLOR
Along Eyzendy atau nama sebenarnya Md Eyzendy Aziz sudah berlakon lebih 20 filem sejak penglibatannya dalam bidang lakonan sepenuh masa 1999. Antara filem lakonannyaKarak (2008), Longkai (2012), Satu Lawan Satu (2011), Bro Nampak Motor Gua (2013). Dalam filem Lagenda Budak Hsotel (2012), beliau juga bertindak sebagai penulis skrip. Along juga pernah melakonkan watak pembantu dalam filem Bunohan (2012).
Bagi pemegang Diploma Teater daripada Akademi Seni Kebangsaan ini, berlakon menjadi mata pencariannya. Beliau pernah dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia 2009, dan Anugerah Skrin 2012.
Selain berlakon, Along juga mempunyai bakat menyanyi dan bermain alat muzik trumpet dan percussion tradisional. Suaranya menjadi latar kepada OST filem Belukar.
Pementasan bengkel: 14-16 Februari 2014.
Pementasan penuh
Saturday, January 18, 2014
Pelakon teater AWEK CHUCK TAYLOR
Mohd Haizal Yatiran bekas
pelajar Lakonan & Pengarahan di Universiti Sains Malaysia. Bergiat aktif
dalam lakonan dan pengarahan pentas semasa pengajian dan dua hingga tiga tahun
selepas tamat pengajian. Pernah terlibat dalam beberapa produksi teater di
Pulau Pinang sebagai pengarah dan pelakon. Biasa juga terlibat dalam beberapa
pementasan teater eksperimental, Mak Yong, Bangsawan, Wayang Kulit dan Kuda Kepang. Pernah berlakon
dalam teater eksperimental bertajuk “Arah”, teater “Harga Sebuah Maruah”, dalam
Mak Yong berjudul “Anak Raja Gondang” dan pernah menjadi tok dalang dalam
sebuah persembahan wayang kulit. Pernah berlakon dalam drama “Layang-Layang
Terputus Talinya” dan “Gerak Khas – Marin”. Sebagai pengarah, beliau
mengarahkan pementasan projek akhir bertajuk “Si Bongkok Tanjung Puteri”. Juga
aktif dalam teater dan persembahan jalanan.
Tersedar bahawa ‘pementasan
drama’ sebenar wujud di luar pentas drama teater, beliau menjerumuskan diri
dalam bidang kemasyarakatan sebagai ahli produksi sepenuh masa. Bertindak
sebagai pemerhati, pengkritik, aktivis dan hamba abdi dalam drama sebenar
masyarakat menjadi pekerjaan tetap beliau sehingga masa biodata ringkas ini
ditulis. Agar tidak menjadi seorang yang kelihatan poyo, beliau meneruskan
kerja sebagai yang dinyatakan di atas.
Pementasan bengkel: 14-16 Februari 2013
Pementasan penuh: 24 & 25 Mei 2014
Wednesday, January 15, 2014
Tuesday, January 14, 2014
Monday, January 13, 2014
Sessi latihan teater #AwekChuckTaylor 6 Jan 2014
saksikan proses latihan kami di KEEK
Pementasan bengkel 14-16 Feb 2014
Pementasan penuh: 24 & 25 Mei 2014
Sunday, January 12, 2014
Sessi latihan 3 Januari 2014
Sessi latihan bersama Haizal Yatiran dan Along Eyzendy.
https://www.keek.com/awekchucktaylor#FsFAdab
Pementasan bengkel: 14-16 Feb 2014
Persembahan penuh: 24 & 25 Mei 2014
https://www.keek.com/awekchucktaylor#FsFAdab
Pementasan bengkel: 14-16 Feb 2014
Persembahan penuh: 24 & 25 Mei 2014
Saturday, January 11, 2014
Sessi latihan 3 Januari 2014
Antara 36 saat rakaman latihan bersama pelakon Haizal Yatari https://www.keek.com/awekchucktaylor
Friday, January 10, 2014
Sessi latihan 4 Januari 2014
Saksikan 36 saat daripada sessi latihan teater AWEK CHUCK TAYLOR bersama Along Eyzendy.
https://www.keek.com/rumahanakteater/keeks/UGFAdab
https://www.keek.com/rumahanakteater/keeks/UGFAdab
Thursday, January 9, 2014
Wednesday, January 8, 2014
Pelakon AWEK CHUCK TAYLOR
Sulaeman Akbar, dilahirkan di Jakarta, Indonesia. Beliau mula aktif dalam kesenian di Indonesia pada 1999 bersama Taring Padi sehingga 2004. Pertama kali ke Malaysia pada 2004 bagi mengadakan projek kolaborasi Samaprojek://Taring Padi_Exhibition dalam Woodcut Exhibition Tour bersama beberapa kolektif seni Malaysia.
Beliau telah aktif dengan aktiviti seperti Food Not Bombs Kuala Lumpur dan melibatkan diri dalam teater Bilik Sulit arahan Hishamuddin Rais (2005). Sulaeman telah melibatkan diri dalam persada seni kontemporari Malaysia dan menghasilkan karya seni persembahan (sebut;performance art) mulai tahun 2005 pada festival Notthatbalai (Kuasa Tinggi) dan StopOver International Performance Art (Japan-Singapore-Malaysia). Seterusnya, beliau telah mengikuti acara SatuKali International Art Performance dan 2007 Festival Notthabalai (Sama-Sama). Pada 2010 beliau juga telah mengadakan performance di acara pembukaan MapKL, Solaris Dutamas dan seterusnya mengadakan performance di Buka Festival, Kompleks One Utama dan Buka Jalan International Art Performance Festival. Pada 2013, beliau mengikuti acara seni komuniti di Padang Jawa iaitu Street Art Festival Padang Jawa dan terakhir Art Exchange Malaysia-Indonesia Population: In or Out.
Sejak dari tahun 2008, selain dari bidang kesenian, beliau juga konsisten dan fokus dalam perkebunan permaculture dan organik. Sekarang ini beliau sedang membangun kesadaran awam tentang pentingnya makanan organic, sihat dan menanam sendiri makanan khususnya perkebunan di kawasan bandar dan berlahan terbatas atau sempit. Dalam membangung jaringan pekebun kota muda Malaysia dan Indonesia.
Monday, January 6, 2014
Pelakon AWEK CHUCK TAYLOR
Shufitri Mohd Shukardi atau Shu, 21, adalah seorang pelajar semester 5 jurusan TESL dari UiTM Shah Alam yang telah menggiatkan diri dalam bidang teater sejak tahun 2012, di mana beliau telah menyertai bengkel teater anjuran myHarapan.
Melalui bengkel tersebut, Shufitri telah melibatkan diri dalam teater seperti Beng Hock (2012) oleh Rumah Anak Teater di KLPAC dan PenangPAC dan pada tahun berikutnya teater Ramleefestasi 2 dan Sudirmania oleh Revolution Stage di Menara MARA. Masih mentah dalam seni teater, Shufitri kini sedang membahagi masa antara teater dan belajar.
Pementasan bengkel: 14-16 Feb 2014
Pementasan penuh: 24 & 25 Mei 2014
Friday, January 3, 2014
Pengarah Artistik Teater AWEK CHUCK TAYLOR
Ayam Fared atau nama sebenarnya Mohd Fared Jamaluddin (28 tahun) pernah dicalonkan sebagai Most Promising Artist di BOH Cameronian Arts Award untuk tahun 2008. Melalui pementasan teater Short Eyes (2011), Ayam Fared yang bertindak sebagai penagarah telah memenangi piala Pengarah Terbaik dalam BOH Cameronian Arts Awards 2012.
Binatang separa orang, perempuan separa jantan, yang sebahagian hidupnya cuma melayan kekecewaan, dan sebahagian lagi cuba menatang kemarahanm bersama cinta yang kononnya masih membara. Di Felda tempat dia membesar, orang-orang kampung memandangnya tidak lebih dari sekadar seorang anak yang sering memalukan keluarga, sedang di KL kota lumpur kepalsuan, selalu saja masyarakat menyalahertikannya sebagai orang gila.
Pementasan bengkel: 14-16 Februari 2014
Pementasan penuh: 24 & 25 Mei 2014
Thursday, January 2, 2014
Sinopsis Teater AWEK CHUCK TAYLOR
Mengisahkan kisah seorang mamat bernama Hafiz, yang bertemu dengan seorang gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Pertemuan ini mencetuskan beberapa ledakan aneurysm kepada korteks serebrum – serta perhubungan dengan adik beradik Mira – Aiman dan Nana – yang menjadi semakin akrab. Dan keakraban itu mencetuskan satu lagi cinta tiga segi Illuminati antara Hafiz dan adik beradik – Mira dan Nana.
Pementasan bengkel: 14-16 Februari 2014
Pementasan penuh: 24 & 25 Mei 2014
Wednesday, January 1, 2014
AWEK CHUCK TAYLOR kedua
Inessa Irdayanty, atau Ines, telah mula berlakon pada umur 5 tahun (1995). Pada awalnya, Ines hanya berlakon TV atau filem. Antaranya, Wan Mas (1995); Sayang Anakku Sayang (1998); Anaknya Sazali (2001); dan yang terakhir, Mystery 6 (2006). Little Violet & the Angel (2004) merupakan lakonan teater pertama buat Ines, sebelum lebih melibatkan dirinya dalam dunia teater pada tahun 2009 hingga 2011. Antara lakonan teaternya termasuk Bengkel Shakespeare bersama Jeff Kevin 2009 & 2010, Jambalaya (2010), Anike (sebuah bacaan berlatih, 2010), dan Medea (2010).
Ines merupakan salah seorang murid dalam kelas terakhir bagi jurusan Seni Persembahan di SEGi College Subang Jaya, di mana dia telah menyelesaikan Diplomanya. Ines juga menjadi Pelakon Residen pertama (dan hingga sekarang, yang tunggal) di The Actors Studio (TAS), selama setahun, sepanjang November 2010 – October 2011. Ketika di TAS, Ines telah mengetuai 7 projek/pementasan, di mana lima antaranya adalah projek/pementasan kecil, seperti siri bacaan baca, manakala bakinya merupakan pementasan penuh (Madu II dan Dancing at Lughnasa).
Ines berhenti aktif dalam dunia lakonan selepas residensinya di TAS. Pada November 2013, Ines kembali berlakon dalam filem pendek arahan kakaknya, Elza Irdalynna. Awek Chuck Taylor merupakan lakonan teater pertamanya sejak akhir tahun 2011. Ines sekarang adalah seorang penggiat perniagaan, bekerja sebagai pakar runding kesihatan dan kecantikan sepenuh masa.
Pementasan begkel: 14-16 Feb 2014
Pementasan penuh: 24 & 25 Mei 2014
Tuesday, December 31, 2013
Pelakon AWEK CHUCK TAYLOR
Elza Irdalynna mula berlakon sejak umur 3 tahun dan telah berkarya selama 23 tahun sebagai seorang pelakon, penulis, pengarah, penerbit, guru dan juga pelakon suara. Beliau memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2006 bagi lakonannya dalam "Lebih Bisa Dari Jelatang". Elza merupakan satu-satunya penerima pertama buat Anugerah Biasiswa Astro Shaw dan kini mempunyai Diploma dalam Seni Persembahan dari Universiti Sunway. Beliau berlakon buat televisyen dan filem, dan juga pentas. Antaranya ialah pementasan teater "Neil Labute's The Shape of Things", "Mak Yong : Titis Sakti", dan "Madu II" , dan filem "Talentime" arahan Yasmin Ahmad merupakan filem sulungnya. Sejak 2008, beliau mengajar drama, bersama Blubricks Learning Studio. Beliau juga penulis sambilan bersama Free Malaysia Today.
Pementasan bengkel: 14-16 Februari 2014
Pementasan penuh: 24 & 25 Mei 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)






