Akhirnya, aku berjaya juga mendapat temuramah dengan pelakon teater LEGASI melalui Teater Kompilasi Vol 2 yang sibuk teramat ni.
Masa rehersal, blackberry nya selalu berbunyi.
Dia ialah Dira Abu Zahar atau nama penuhnya Khaidhirah Abu Zahar (25). Beliau merupakan seorang graduan dari jurusan Bachelor in Legal Studies, UiTM, Shah Alam dan menghabiskan zaman persekolahannya di Infant Jesus Convent, Melaka.
Ikuti temubual aku dengan Dira....
FM: Kenapa kau join RAT ni? Siapa yang racun kau?
Aku join sebab nak rasa best. Dalam seni ni tempat kita nak curahkan sesuatu tu terhad. Tetapi dalam RAT kita lebih bebas. Mereka respek idea-idea kita, bukan jadi pak (atau mak) turut. Aku belajar untuk menjadi kreatif di dalam RAT. Aku belajar untuk tidak tunduk kepada kepentingan segolongan pihak dan penaja untuk lakukan produk mereka. Lagi pun, kami buat aktiviti macam ni secara sukarela. Masing-masing ada periuk nak jaga tetapi bila dalam RAT “we mean business”. Racun?.. Bob dan Ayam yang HOT tu..! Diorang bukan bagi sebarang racun. Diorang letak racun tikus. Aku pun terpedaya. Aku fikir tempat ni boleh jadi tempat kita luahkan perasaan terutama bila lepas penat bekerja.
Kenapa RAT?
Sebab RAT cool, kalau tak cool aku memang takkan join lah..Dalam satu-satu projek, kita dapat tema dan setiap dari kita bebas untuk ekspressi ikut tema yang diberikan. RAT pernah juga minta dana, tapi tak dapat…sebab mungkin luar dari jalan biasa dilakukan oleh kumpulan lain. Ada duit ke pokai ke, RAT tetap wujud.
Aku baru aje libatkan diri dalam RAT ni. Masa diorang mula dengan Teater Kompilasi Vol 1, ramai yang suka dan bagitahu kenapa tak apply funding supaya dapat berkembang. So, bila buat vol 2, kita apply, diorang berlagak bagi macam-macam alasan birokrasi. Tipikal, tapi RAT langsung tak hairan.
Kau mula terlibt dalam seni melalui lakonan drama. Drama melayu penuh dengan cinta dan airmata. Bila nak buat action pack?
Maksud kau, kau nak tengok aku jadi macam Angelina Jolie? (ketawa). Aku rasa aku akan buat drama action bila waktu siaran berita ditukarkan dan tiket wayang dikurangkan menjadi RM5. Boleh?
Aku tak ada hal….Bagi aje watak. Masalahnya berani ke diorang buat action pack…selain Gerak Khas yang motif nak kembalikan maruah polis? Pengeluar drama berani ambil cabaran ke?
Lagi satu, kau rasa FINAS nak lepas ke adegan-adegan ganas?
Kalau ada tawaran jadi anggota polis belasah budak dalam lokap, kau nak terima tak? Kenapa?
Boleh je kalau ada. Kenapa?.. Entah.. macam best je dapat pukul orang. Eh, tapi tak juga kan sebab pukul orang yang tak buat apa - apa kat kita.. Tapi dah nama berlakon, nasib dia lah kan.. ish.. entah lah..
Tapi, kalau diberikan watak macam tu, aku akan cuba sebaik mungkin. Aku cuba baca testimoni orang yang kena belasah masa kena soal-siasat yang lepas tu polis tak mengaku yang dia belasah.
Eh…kau tahu tak ada kes yang polis belasah sampai mati? Apa nak jadi ni?
Apa watak yang kau lakonkan dalam Teater Kompilasi vol 2 ni nanti?
Cikgu Zaharah dalam Legasi. Zaharah ni seorang wanita yang penuh dengan kelembutan, mempunyai daya intelek, berpengetahuan. Dia ni seorang isteri yang setia kepada Cikgu Bakar (lakonan Taiyuddin Bakar).
Aku terpaksa hayati watak Zaharah yang aku rasa seorang wanita yang tertib, bijak dan sophiscated. Macam aku!
Siapa sponsor costume dan make-up untuk teater ni nanti?
Sponsor tu apa? Mana ada sponsor? Semua amik (ambil) dari almari baju aku. Tapi bab mekap. Aku dapat sokongan dari Tia Amelia.
Bagaimana teater ni dapat bantu kau dalam karier kau?
Banyak jugak lah.. Antaranya dari segi stamina, daya penghafalan dan persembahan live. Kalau drama tu, tak kisah – boleh cut. Teater tak boleh nak buat macam tu. Silap-silap kena baling kasut.
Jadi, cabaran tu ada. Dan cabaran tu menjadi tanggungjawab kami semua. Bgi menghasilkan satu kepuasan dan menyampaikan mesej dalam karya ini.
Kau pernah kena snatch-theft tak? Macam mana nak mengelak dari terkena?
Tak pernah pulak..Aku betul-betul simpati kat orang yang kena ragut ni. Ramai jugak member aku pernah kena. Masa sekarang ni, kita perlu extra caution. Ini jalan pergi shopping jenis tak ingat dunia.
Aku ada juga terbaca tips macam mana nak mengelak kejadian macam ni sebab bila dompet hilang, bukan aje duit tapi kad pengenalan, lesen semua sekali. Lepas tu, kena pergi balai lah, JPN lah…entah macam-macam lagi. Nak kena menjawab dengan mak bapak lagi satu benda yang memeningkan.
Kalau nak berjalan tu, guna tali beg yang pendek dan disangkut atas bahu. Bawa pepper spray atau wisel yang diikat pada rantai kunci. Kalau jalan raya sebelah bahu kanan, sangkut beg tu kat bahu kiri. Tips yang lain kau google dalam internet.
Kau rasa kita patut guna terma H1N1 atau selsema babi? Yang mana satu sesuai?
Selsema babi lebih sesuai. At least orang tak lah di'babi'kan tanpa sebab. Kadang-kadang pening jugak aku dengan istilah ni, kejap babi kejap khinzir.
Tapi kesian kat babi, penyakit teruk semua ke binantang tu; sawan babi, selesema babi.
Kalau nak datang tengok teater ni nanti, ikut jalan mana?
Ikut suka..janji sampai ehh.. Kalau ada GPS, gunakan sepenuhnya. Type Jalan Dewan Bahasa. Kalau tak ada GPS, cari pondok pelancongan yang dibina masa Kempen Melawat Malaysia. Tapi selalu bila aku lalu, tak pernah bukak. Yang kaya orang yang dapat kontrak bina pondok tu.
1 comment:
sy peminat dira........
Post a Comment