SIRI BERBUAL KOSONG kembali lagi! Walaupun dalam blog ini ada seorang lagi penemu ramah, tapi Siri Berbual Kosong akan terus membebankan budak - budak ni dengan soalan - soalan genius dari RUMAH ANAK TEATER. Memang budak - budak ni suka ditemuramah banyak - banyak sebab diaorang ni gila glamour. Kalau nak harapkan Majalah Mangga atau HAI temuramah diaorang, pakat takdak ah. Sebab diaorang ni tak pernah masuk realiti TV, Akademi Fantasia mahupun Anak Wayang. Tak cukup glamour.
Jadi kali ini SIRI BERBUAL KOSONG telah menerjah dari belakang saudara Moizzis.RCong. Mamat ni adalah penulis juga pengarah untuk LEGASI yang akan dipentaskan lagi. Oleh kerana mamat ni suka menulis, jadi temubual berbentuk tulisan ni agak panjang.
Kenapalah takda orang halang dia masa dia jawab temubual ni. Kan dah berjela..
Jadi kali ini SIRI BERBUAL KOSONG telah menerjah dari belakang saudara Moizzis.RCong. Mamat ni adalah penulis juga pengarah untuk LEGASI yang akan dipentaskan lagi. Oleh kerana mamat ni suka menulis, jadi temubual berbentuk tulisan ni agak panjang.
Kenapalah takda orang halang dia masa dia jawab temubual ni. Kan dah berjela..
RAT : So, cerita sikit pasal lu. Umur berapa, asal mana, belajar mana atau apa yang lu buat hari ini untuk cari makan? Atau dah berapa kali lu kecewa percintaan?
Moizzis.RCong : Umur sudah berumur. Asal Gelugor, Penang. Sekolah di beberapa tempat (sekitar Penang dan Perak). Menulis sepenuh masa dan banyak kali mengecewakan. Tapi time tu cinta beruk lah.
RAT : Apa kerja - kerja lu sebelum ni yang lu dah buat? Atau selama ni, lu banyak menyusahkan orang je?
Moizzis.RCong : Kebanyakkannya menyusahkan orang terutamanya mak bapak aku. Lepas 5 tahun habis sekolah, aku tak berbuat apa - pa. Hantaq masuk belajaq, lari. Kalau aku jadi mak bapak aku, dah lama aku letakkan makanan kucing dalam makanan anak derhaka macam aku ni. Biaq sedaq diri sikit.
RAT : Setakat ni, yang mana satu kerja lu yang lu boleh gebang kat orang? Yang kalau orang kampung lu dengar, boleh bangga mengaku lu orang kampung diaorang.
Moizzis.RCong : Aku pernah jadi urusetia (M.C) Persatuan Penduduk kat kawasan perumahan aku, mengelolakan program sukaneka untuk kawasan perumahan aku tu.
RAT : Lu puas hati dengan kerja - kerja lu sebelum ni? Atau lu banyak tak puas hati dengan kerja orang je?
Moizzis.RCong : Dengan kerja sendiri tu, tak puaslah. Tapi tak lah sampai kecewa. Time, space and quantum selalunya tidak berpihak bagi aku. Kalau kerja orang tu, biaq pi lah sebab tu cara dia.
RAT : Apa lu nak dalam masa akan datang? Maksud gua, lu nak buat teater sendiri ke? Buat gig sendiri ke? Buat filem sendiri ke? Buat solo exhibition ke? Atau lu nak buat nametag bagi orang kenal nama lu dulu?
Moizzis.RCong : Aku teringin nak kaler dinding Gua Tempurung. Warna - warni. Serius. Dulu masa sekolah, sempat pi tapi tak sempat buat.
RAT : Baik, soalan untuk menguji lu layak jadi Perdana Menteri ke tak. Kenapa lu rasa sport rim 19" nampak smart dekat kereta BMW biru tentera laut?
Moizzis.RCong : Aku rasa sebab kenapa tu, 1 soalan yang kalau tak tanya soalan ni pun mesti ada dekat permulaan soalan yang tidak melibatkan bilangan. Sebab kalau soalan yang melibatkan kiraan atau bilangan atau nombor atau jumlah mesti ianya akan bermula dengan berapa. Sebab berapa lebih mudah untuk memberikan gambaran yang tepat dengan kehendak soalan tu.
Mestilah tanya, berapa kupang harga kuih tu? Takkan nak tanya, "Kenapa kupang harga bubuq tu?"
Dah lah silap tanya, lepas tu tanya banyak kali, memang mandi bubuk lah lepas tu. Hangpa tau tak bubuk paling sedap berapa? Maksud aku, kat mana?
Lepaih tu pulak, 'LU' kata ganti nama yang paling selesa untuk digunakan oleh anak muda yang sempoi semasa pertengahan 70an sehingga lewat 80an. Kalau sesiapa anak muda yang tak tau kata ganti nama ni, aku pun heranlah. Aku rasa yang paling sedap ialah rasa. Lepaih tu, kalau tak salah aku ada sorang penyanyi yang aga femes yang pakai nama r.a.s.a. Rasa - rasa ada rasanya. Kalau tak dak macam mana kita boleh rasa?
SPORT masa sekolah dulu tak lah banyak sangat. Aku dulu masa sekolah teringin gila nak aktif gila sport. Bola, bola sepak, Tapi lepaih Form 3, aku dah merepek tak tau dah jadi apa. Aku rasa aku dah jadi dalca masa tu. Tapi bila aku tukaq sekolah, masa tingakatan 5, aku masuk lompat jauh untuk hari sukan. Kira sport lah jugak tu. Tak dak lah sampai tak sport langsung. Kalau tak sport langsung, gila hang? Nanti dalam sijil habis sekolah nak bubuh apa? Takkan nak biaq kosong ja kot? Rugi duit mak bapak kita ja kalau kita pi sekolah tak main sport. Dah lah setiap kali yuran kena bayaq. Dulu hari yang paling aku minat nak pi sekolah, hari Selasa sebab ada PJ (Pendidikan Jasmani lah). Bila PJ boleh main bola dengan kawan sekelas, lepaih tu boleh sambung dengan kelas lain sampai rehat. Boleh pakai seluaq bola dalam sekolah. Tapi sport aku takat tu ja lah.
RIM... Aku ingat lagi, apa lupa pulak. Dulu sebelum stesen bas baru siap kat Sungai Nibung, sapa - sapa nak pi KL dengan bas kena ambik bas kat Gelugor. Kalau dah ambik bas kat Gelugor, mesti hangpa terjumpa dengan kedai Pak Ka'rim yang berniaga laksa tak jauh Kedai Anikawan. Sedap gila laksa dia, mau tau!
19 hari bulan lepas aku tak ingat aku buat apa, tak tau. Tapi masa aku 19 tahun, best gila! Kalau boleh aku nak umuq 19 sampai bila - bila sebab masa ni tak rasa tertekan. Tak dak masalah. Marka sedang dapat, hidup seronok. Tapi la ni, bukannya ada masalah pun. Cuma rasanya dah tak boleh nak buat macam masa umuq 19 dulu. Tapi Dewa 19 sound dia dah lain kan? Aku dengaq Dewa 19, lagu dia banyak pakai drum machine. Betui ka? Ai shayy.. Satu macam punya soalan nampakk... Rancak nampak... Steady nampakk... Fancy nampakkk... Betui akk?
Mak aku la ni, dak la cantik sangat. Dulu lagi cantik.
DEKAT tu tak lah dekat sangat. Aku kalau nak pi rumah Azlia jalan kaki, peluh lencun jugalah. Tapi kalau tumpang member naik motoq sat ja. Dia ja lah member pandai yang aku rapat, duduk satu taman dengan aku. Kami sekolah lain - lain. Aku sekolah laki semua, dia sekolah perempuan. Tapi sebab aku jarang pi sekolah, aku pi lah rumah dia. Jauh ka, dekat ka, aku kena study group. Aku ni dah lah bengong, kalau tak join study group, jahanamlah aku. Tapi tulah dia, study group ni banyak tolong masa nak amik SPM dulu.
Dulu masa aku kecik - kecik, aku selalu dinasihatkan supaya belajaq rajin sebab bila besaq nanti boleh pakai BMW. Tapi bila besaq sikit, aku tak heran sangat BMW. Aku lagi minat Cheret Aura dari BMW. Bukan sebab apa, aku rasa BMW tu bukan taste aku lah.
Tapi BIRU adalah warna kegemaran aku. Betui! Aku dari darjah satu sampai darjah 6 rumah biru. Tapi aku lagi suka kaler merah. Kalau dapat jadi TENTERA LAUT, memanglah best sebab dapat belayaq. Bukan senang dapat belayaq. Dapat tengok macam - macam. Member aku sorang dah jadi tentera laut. Best ja aku tengok. Raya tahun sudah, aku pi rumah dia. Mak dia siap gantung gambaq dia pakai uniform tentera laut lagi. Lepas tu, cuti dapat lama pulak tu. Yang tu yang aku suka tu! Sebab kalau dapat cuti lama - lama, ada lah masa untuk aku prepare berus nak kaler dinding Gua Tempurung!
Aku serius. Kalau sapa dapat kebenaran untuk kaler Gua Tempurung, ajak lah sekali. Aku memang serius gila. Tolong lahhh....
RAT : Lu ni melampau ni. Lu saiko ke apa? Wa tanya sikit, berjela lu jawab. Apa, lu memang betul - betul nak jadi Perdana Menteri ke apa? Lu buat blog sendiri ah!
Moizzis.RCong : Blog tu apa? Eh, apa kata lu bakar rokok tu, boleh isap sama - sama.
1 comment:
r.chong, if dapat kebenaran nak ikut kaler gak boleh???
Post a Comment