Sungguhpun stand-up comedy telah pun wujud di United Kingdom di abad ke-18 lagi, namun ianya masih dianggap baru di Malaysia ini. Tiada terjemahan khusus untuk stand-up comedy yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Maka dengan itu, ianya digelar lawak berdiri walaupun tidak mendapat pengiktirafan daripada pihak yang berwajib. Hipotesis kami meletak bahawa melayu mungkin sukar untuk menerima bahan yang sinis, sukar bagi seseorang komik itu berada sendirian di atas pentas, membuat jenaka spontan dan berinteraksi dengan penonton.
Budaya lawak berdiri masih tidak popular di Malaysia tetapi ianya diangkat oleh kumpulan teater radikal RUMAH ANAK TEATER untuk memberkenalkannya dalam bahasa melayu. Sebagai permulaan, RUMAH ANAK TEATER mengadakan projek printis bersama PJLive Arts. Projek perintis dimulakan pada 1 Mei 2014 bertempat di Cabaret PJLive Arts, Petaling Jaya. Ianya diadakan secara konsisten dan setakat ini telah berjaya mementaskan 46 episod sehingga kini. Ia dijalankan di merata tempat termasuk di Shah Alam dan Johor Bahru.
PEMENTASAN
23 September 2017 (9pm), Sabtu
24 September 2017 (9pm), Ahad
Tempat: Black Box, Tingkat 2
SACC Mall, 40000 Shah Alam.
TIKET
RM15 bagi umum
RM10 bagi pelajar (pelajar, OKU)
Setiap pementasan mempunyai 10 minit waktu rehat.
TEMPAHAN
Telefon / whatsapp +60122290944
PERTANYAAN
Blog: www.rumahanakteater.blogspot.com
Facebook:
Rumah Anak Teater
Twitter: RumahAnakTeater #CeritaMalamJumaat
Instagram: Rumah Anak Teater
Emel: rumahanakteater@gmail.com
TENAGA PRODUKSI
PENERBIT EKSEKUTIF
Faisal Mustaffa (46 tahun) merupakan Pengarah Urusan kepada RAT Production. Memiliki Sarjana Perniagaan dan Pengurusan UKM (2001), beliau juga memiliki syarikat penerbitan sendiri, Merpati Jingga. Di bawah RAT Production, beliau telah menerbitkan Teater Kompilasi vol 1 (2008), Teater Kompilasi II (2009), teater Tanda Kompilasi III (2010), teater Pokok Kelapa Sayang (2010), teater Banduan Akhir di Sel AKhir (2011), teater kanak-kanak Kampung Semut + Tanda Kecil kompilasi IV (2011), teater Short Eyes (2011), teater SeNaPas (2011), Aku Manusia Berdosa Kompilasi V (2012). teater Beng Hock (2012). Beliau juga menerbitkan filem Jalan Pintas (2011) yang diarahkan oleh Nam Ron dan Ragut (2013).
KOMIK
HISHAMUDDIN RAIS seorang pelawak berdiri (sebut, stand-up comedian) sepenuh masa disamping mengemaskini blognya
TUKARTIUB setiap hari. Beliau juga yang memulakan kumpulan DAPUR JALANAN yang memberi makanan percuma kepada gelandangan setiap Ahad di Kuala Lumpur. Sebagai seorang aktivis politik, beliau banyak mengongsikan pengalaman beliau setiap kali ditahan dalam persembahannya.
TERUNA WANGI adalah seorang wartawan politik dan gemar bercerita tentang pengalaman bertemu personaliti-personaliti politik. Jika tidak menulis, beliau akan menari bachata dan salsa bersama gadis-gadis Kuala Lumpur yang cantik dan wangi. Selain menari, beliau juga seorang cikgu dating. Jika tidak mengajar, beliau berlari marathon atau makan pizza. Topping pizza kegemarannya adalah MILF.
AYIM RAZAK atau nama sebenarnya Abdul Rahim Razak seorang standup comedian muda yang menetap di Shah Alam, Selangor. Bermula sebagai regular performer di Malam Komedi BAHAHASA
Crackhouse Comedy Club KL,
CERITA MALAM JUMAAT (
Rumah Anak Teater) dan Gelak Khas Afdlin’s
Comedy Planet Kuala Lumpur. Beliau mula dikenali apabila berjaya tersenarai sebagai Top 30
LAWAK SOLO Astro pada tahun 2016 dan berjaya mendapat tempat ke-4 di dalam pertandingan
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL FESTIVAL 2017 (KLICFEST 2017) anjuran Harith Iskander.
FILZAH AWOK atau nama sebenarnya Filzah Azmi lahir dari kumpulan komedi AWOK yang menyertai
Maharaja Lawak Mega (Astro 2014, 2015), Projek Komedi Warna (Astro 2015). Beliau juga muncul dalam Skool of Lawak (Naib Juara) dan Bintang Mencari Bintang (TV3). Dalam bidang teater, Filzah terlibat sebagai pelakon bagi pementasan Bangsawan Cincin Naga Api (JKKN), Pelayaran Panglima Awang (JKKN), Nyiur Gading Puncak Mahligai (JKKN), Dia Panggil Abang (JKKN), Sandera (DBP), Ladies Night (PERKEP/PDRM).
Dalam bidang standup comedy pula, beliau muncul dalam Standup Live Acoustica (KAWD), Comedy On The Go! (Elephant Rock), Standup Vaganza (Afdlin Shauki Comedy Planet), Rojak Comedy (Crackhouse Comedy Club KL), Bahahasa Raya (
Crackhouse Comedy Club KL), Cerita Malam Jumaat Raya (
Rumah Anak Teater), Gelak Khas Raya (
Comedy Planet KL), One Mic Stand The All Female Show, Cerita Malam Jumaat Merdeka (
Rumah Anak Teater), Gelak Khas Merdeka (
Comedy Planet).
SHASHIC atau nama sebenarnya Muhammad Noor Shashic Iewan dicungkil bakatnya melalui persembahan
Cerita Malam Jumaat dan seterusnya sering muncul dalam persembahan anjuran
Crackhouse Comedy Club KL. Kariernya semakin berkembang selepas memenangi
KLICFEST 2017 anjuran Harith Iskander. Beliau juga pernah dijemput menjadi juri dalam pertandingan open mic di
Comedy Planet. Menerusi program tv, Shahshic pernah muncul dalam program Komediri (Astro 2015, 2016), Sembang Teh Tarik Kaw (Astro).
6.6
NIZAM JENTIK JENTIK atau nama sebenarnya Nizam Yusof merupakan seorang standup comedian, emcee dan hos bagi pelbagai acara. Beliau berjaya ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan
Lawak Solo (Astro). Beliau pernah muncul dalam program
Komediri (Astro, 2016), Sembang Teh Tarik Kaw (Astro), Oit! Jaga Mulut (Ifflix) dan Huru-hara (HyppTV Inspirasi).
8.0 RUMAH ANAK TEATER
Rumah Anak Teater (RAT) adalah sebuah komuniti seni yang sudah terkenal di kalangan penggiat seni. Kumpulan ini telah ditubuhkan secara tidak rasmi pada Oktober 2008. Ianya diasaskan oleh Nam Ron bersama beberapa anak muda seni yang berjiwa kental iaitu tergolong dari kalangan bekas pelajar-pelajar Akademi Seni Kebangsaan.
RAT adalah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh penggiat muda seni persembahan. Penubuhan
RAT pada asasnya adalah bagi memastikan kesinambungan kerja-kerja seni persembahan diteruskan oleh anak-anak muda melalui bengkel, diskusi dan persembahan. Bagi memastikan usaha-usaha ini bergerak,
RAT telah melaksanakan suatu rancangan jangka panjang yang dinamakan Projek Komuniti Kental atau singkatannya Projek KoKEN.
Rumah Anak Teater (RAT) pernah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Selangor iaitu melalui teater Short Eyes pada tahun 2010 dan Teater Tanda pada (2010) iaitu kedua-dua teater ini dipentaskan hasil kerjasama antara
RAT bersama Pelancongan Selangor bertempat di
PJLA , Jaya One Petaling Jaya.