Showing posts with label TERUNA WANGI. Show all posts
Showing posts with label TERUNA WANGI. Show all posts

Saturday, September 16, 2017

MALAY.... YOU


Sungguhpun stand-up comedy telah pun wujud di United Kingdom di abad ke-18 lagi, namun ianya masih dianggap baru di Malaysia ini. Tiada terjemahan khusus untuk stand-up comedy yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Maka dengan itu, ianya digelar lawak berdiri walaupun tidak mendapat pengiktirafan daripada pihak yang berwajib. Hipotesis kami meletak bahawa melayu mungkin sukar untuk menerima bahan yang sinis, sukar bagi seseorang komik itu berada sendirian di atas pentas, membuat jenaka spontan dan berinteraksi dengan penonton.

Budaya lawak berdiri masih tidak popular di Malaysia tetapi ianya diangkat oleh kumpulan teater radikal RUMAH ANAK TEATER untuk memberkenalkannya dalam bahasa melayu. Sebagai permulaan, RUMAH ANAK TEATER mengadakan projek printis bersama PJLive Arts. Projek perintis dimulakan pada 1 Mei 2014 bertempat di Cabaret PJLive Arts, Petaling Jaya. Ianya diadakan secara konsisten dan setakat ini telah berjaya mementaskan 46 episod sehingga kini. Ia dijalankan di merata tempat termasuk di Shah Alam dan Johor Bahru.


PEMENTASAN

23 September 2017  (9pm), Sabtu
24 September 2017 (9pm), Ahad

Tempat: Black Box, Tingkat 2 SACC Mall, 40000 Shah Alam.

TIKET

RM15 bagi umum
RM10 bagi pelajar (pelajar, OKU)

Setiap pementasan mempunyai 10 minit waktu rehat.

TEMPAHAN
Telefon / whatsapp +60122290944

PERTANYAAN
Blog: www.rumahanakteater.blogspot.com
Facebook: Rumah Anak Teater 
Twitter: RumahAnakTeater  #CeritaMalamJumaat
Instagram: Rumah Anak Teater
Emel: rumahanakteater@gmail.com


TENAGA PRODUKSI





PENERBIT EKSEKUTIF
Faisal Mustaffa (46 tahun) merupakan Pengarah Urusan kepada RAT Production. Memiliki Sarjana Perniagaan dan Pengurusan UKM (2001), beliau juga memiliki syarikat penerbitan sendiri, Merpati Jingga. Di bawah RAT Production, beliau telah menerbitkan Teater Kompilasi vol 1 (2008), Teater Kompilasi II (2009), teater Tanda Kompilasi III (2010), teater Pokok Kelapa Sayang (2010), teater Banduan Akhir di Sel AKhir (2011), teater kanak-kanak Kampung Semut + Tanda Kecil kompilasi IV (2011), teater Short Eyes (2011), teater SeNaPas (2011), Aku Manusia Berdosa Kompilasi V (2012). teater Beng Hock (2012). Beliau juga menerbitkan filem Jalan Pintas (2011) yang diarahkan oleh Nam Ron dan Ragut (2013).

KOMIK
HISHAMUDDIN RAIS seorang pelawak berdiri (sebut, stand-up comedian) sepenuh masa disamping mengemaskini blognya TUKARTIUB setiap hari. Beliau juga yang memulakan kumpulan DAPUR JALANAN yang memberi makanan percuma kepada gelandangan setiap Ahad di Kuala Lumpur. Sebagai seorang aktivis politik, beliau banyak mengongsikan pengalaman beliau setiap kali ditahan dalam persembahannya.

TERUNA WANGI adalah seorang wartawan politik dan gemar bercerita tentang pengalaman bertemu personaliti-personaliti politik. Jika tidak menulis, beliau akan menari bachata dan salsa bersama gadis-gadis Kuala Lumpur yang cantik dan wangi. Selain menari, beliau juga seorang cikgu dating. Jika tidak mengajar, beliau berlari marathon atau makan pizza. Topping pizza kegemarannya adalah MILF.

AYIM RAZAK atau nama sebenarnya Abdul Rahim Razak seorang standup comedian muda yang menetap di Shah Alam, Selangor. Bermula sebagai regular performer di Malam Komedi BAHAHASA Crackhouse Comedy Club KL, CERITA MALAM JUMAAT (Rumah Anak Teater) dan Gelak Khas Afdlin’s Comedy Planet Kuala Lumpur. Beliau mula dikenali apabila berjaya tersenarai sebagai Top 30 LAWAK SOLO Astro pada tahun 2016 dan berjaya mendapat tempat ke-4 di dalam pertandingan KUALA LUMPUR INTERNATIONAL FESTIVAL 2017 (KLICFEST 2017) anjuran Harith Iskander.

FILZAH AWOK atau nama sebenarnya Filzah Azmi lahir dari kumpulan komedi AWOK yang menyertai Maharaja Lawak Mega (Astro 2014, 2015), Projek Komedi Warna (Astro 2015). Beliau juga muncul dalam Skool of Lawak (Naib Juara) dan Bintang Mencari Bintang (TV3). Dalam bidang teater, Filzah terlibat sebagai pelakon bagi pementasan Bangsawan Cincin Naga Api (JKKN), Pelayaran Panglima Awang (JKKN), Nyiur Gading Puncak Mahligai (JKKN), Dia Panggil Abang (JKKN), Sandera (DBP), Ladies Night (PERKEP/PDRM).
Dalam bidang standup comedy pula, beliau muncul dalam Standup Live Acoustica (KAWD), Comedy On The Go! (Elephant Rock), Standup Vaganza (Afdlin Shauki Comedy Planet), Rojak Comedy (Crackhouse Comedy Club KL), Bahahasa Raya (Crackhouse Comedy Club KL), Cerita Malam Jumaat Raya (Rumah Anak Teater), Gelak Khas Raya (Comedy Planet KL), One Mic Stand The All Female Show, Cerita Malam Jumaat Merdeka (Rumah Anak Teater), Gelak Khas Merdeka (Comedy Planet).

SHASHIC atau nama sebenarnya Muhammad Noor Shashic Iewan dicungkil bakatnya melalui persembahan Cerita Malam Jumaat dan seterusnya sering muncul dalam persembahan anjuran Crackhouse Comedy Club KL. Kariernya semakin berkembang selepas memenangi KLICFEST 2017 anjuran Harith Iskander. Beliau juga pernah dijemput menjadi juri dalam pertandingan open mic di Comedy Planet. Menerusi program tv, Shahshic pernah muncul dalam program Komediri (Astro 2015, 2016), Sembang Teh Tarik Kaw (Astro).

6.6 NIZAM JENTIK JENTIK atau nama sebenarnya Nizam Yusof merupakan seorang standup comedian, emcee dan hos bagi pelbagai acara. Beliau berjaya ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan Lawak Solo (Astro). Beliau pernah muncul dalam program Komediri (Astro, 2016), Sembang Teh Tarik Kaw (Astro), Oit! Jaga Mulut (Ifflix) dan Huru-hara (HyppTV Inspirasi).


8.0 RUMAH ANAK TEATER
Rumah Anak Teater (RAT) adalah sebuah komuniti seni yang sudah terkenal di kalangan penggiat seni. Kumpulan ini telah ditubuhkan secara tidak rasmi pada Oktober 2008. Ianya diasaskan oleh Nam Ron bersama beberapa anak muda seni yang berjiwa kental iaitu tergolong dari kalangan bekas pelajar-pelajar Akademi Seni Kebangsaan. RAT adalah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh penggiat muda seni persembahan. Penubuhan RAT pada asasnya adalah bagi memastikan kesinambungan kerja-kerja seni persembahan diteruskan oleh anak-anak muda melalui bengkel, diskusi dan persembahan. Bagi memastikan usaha-usaha ini bergerak, RAT telah melaksanakan suatu rancangan jangka panjang yang dinamakan Projek Komuniti Kental atau singkatannya Projek KoKEN. Rumah Anak Teater (RAT) pernah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Selangor iaitu melalui teater Short Eyes pada tahun 2010 dan Teater Tanda pada (2010) iaitu kedua-dua teater ini dipentaskan hasil kerjasama antara RAT bersama Pelancongan Selangor bertempat di PJLA , Jaya One Petaling Jaya.


Tuesday, June 2, 2015

CERITA MALAM JUMAAT episod terakhir 4 Jun 2015


 
Korang jangan menyesal bila kitorang break lama-lama. Korang melutut pun bulan puas ni kitorang semua tak buat lawak. Ada yang nak berniaga kuih, ada yang nak pergi solat tarawih dan macam-mcam lagi pesta. Almaklum kita ni dalam Year of Festival 2015.

Untuk episod terakhir (musim ketiga) ini kita akan adakan segmen improvisasi oleh kumpulan daripada Skool of Lawak. Kita ada Shashic, Duwan dan Emal. Mereka semuanya losers juga.

PS: Korang tunggu projek kami seterusnya. Semua berlaku lepas Raya.

Tarikh : 4 Jun 2015 (Khamis)
Masa : 9:00 mlm - 11:00 mlm
Tempat : Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Dapatkan peta disini : PJ LIVE ARTS

Senarai komik:
1. Syahid
2. Duwan (Skool of Lawak)
3. Emal (Skool of Lawak)
4. Shashic (Skool of Lawak)
5. Rayza Mukmin
6. JD Raja Lawak
7. Hishamuddin Rais
8. Botak Alhakeem

Hos anda pada malam nanti ialah Faisal Mustaffa.

UNTUK PERHATIAN : persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan juga matang,

Tiket untuk masuk menonton ialah  RM15 shj. Untuk pelajar cuma RM10 (dengan syarat bawa kad pelajar sebagai pengesahan).

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi  017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.

Tuesday, April 28, 2015

CERITA MALAM JUMAAT - HEPI BESDAY 30 Apr & 1 Mei 2015



Syukur alhamdulillah

Lawak berdiri (sebut standup comedy) sudah mencecah setahun. Bagi menyambut kesyukuran ini, kami akan adakan sebuah pementasan khas. Persembahan ini juga bersempena dengan PJ Laugh Fest 2015.

Bagi pementasan khas ini, kita akan tampilkan persembahan pembukaan, sebuah sketsa BILIK KABINET yang diarahkan oleh Hishamuddin Rais. Selain itu, kami juga ingin memperkenalkan draq queen kami, Mimie Bahron yang akan membuat persembahan lawak berdiri beliau. Juga, ada berkemungkinan, komik dari Indonesia, Mo Sidik juga akan singgah untuk membuat persembahan beliau.

Tarikh : 30 April & 1 Mei  2015
Masa : 8:30 mlm - 11:00 mlm
Tempat : Tempat: Theatre Hall, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Dapatkan peta di sini : PJ LIVE ARTS

Senarai komik:
1. Botak Alhakeem
2. Rayza Mukmin
3. KC Teruna Wangi
4. Mimie Bahron
5. JD Raja Lawak
6. Hishamuddin Rais
7. Mo Sidik

Hos anda pada malam nanti ialah Faisal Mustaffa.

UNTUK PERHATIAN : persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan juga matang,

Tiket untuk masuk menonton ialah  RM15 shj. Untuk pelajar cuma RM10 (dengan syarat bawa kad pelajar sebagai pengesahan).

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi  017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.

Tuesday, April 14, 2015

CERITA MALAM JUMAAT PASCA GST 16 APRIL 2015

Bersempena dengan PJ Laugh Fest April ini, kami membawakan satu lagi siri lawak jenaka lawak berdiri (standup comedy) dengan menampilkan seorang murtad warga Malaysia yang kini bermastautin di New York iaitu Srikanth Siva. Benjy pula yang sepatutnya membuat persembahan nanti terpaksa menarik diri kerana tidak dibenarkan oleh pihak penjara dan kini beliau menetap di salah sebuah penjara.

Tarikh : 16 April  2015 (Khamis)
Masa : 9:00 mlm - 11:00 mlm
Tempat : Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Dapatkan peta disini : PJ LIVE ARTS

Senarai komik:
1. Ady Abdul Wahab
2. Aaron Aw
3. KC Teruna Wangi
4. Shasi Chot BMB
5. Aiman Azri
6. JD Raja Lawak
7. Hishamuddin Rais 
8. Srikanth Siva

Hos anda pada malam nanti ialah Cemkar Singh.

UNTUK PERHATIAN : persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan juga matang,

Tiket untuk masuk menonton ialah  RM15 shj. Untuk pelajar cuma RM10 (dengan syarat bawa kad pelajar sebagai pengesahan).

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi  017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.

Tuesday, March 31, 2015

CERITA MALAM JUMAAT 2 APRIL 2015



Memandangkan harga barang naik disebabkan GST, kami mengambil kesempatan untuk mengenengahkan isu GST ini dalam lawak berdiri kali ini. Yang paling penting ialah cerita Hishamuddin Rais dibawa lari polis preman ketika berjalan-jalan di Dataran Merdeka.

Tarikh : 2 April  2015 (Khamis)
Masa : 9:00 mlm - 11:00 mlm
Tempat : Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Dapatkan peta disini : PJ LIVE ARTS

Senarai komik:
1. Fahmey
2. Rayza Mukmin
3. Gajen
4. Saadon
5. Sashi Chot
6. Botak Alhakeem
7. Hishamuddin Rais 
8. KC Teruna Wangi
9. Tuck

Hos anda pada malam nanti ialah Faisal Mustaffa.

UNTUK PERHATIAN : persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan juga matang,

Tiket untuk masuk menonton ialah  RM15 shj. Untuk pelajar cuma RM10 (dengan syarat bawa kad pelajar sebagai pengesahan).

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi  017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.

Tuesday, January 27, 2015

SANTAI @ NO BLACK TIE Ep #02



Sebuah persembahan lawak berdiri (sebut stand-up comedy) Bahasa Melayu dan Inggeris.

"SEX, DRUGS, POLITIK DAN ROCK N ROLL"

Barisan komik Bahasa Inggeris:
1. Hishamuddin Rais
2. Alhakeem Husain (Botak)
3. Cemkar Singh
4. Haikal Idris
5. Rayza Mukmin

Barisan komik Bahasa Melayu:
6. JD Raja Lawak
7. KC Teruna Wangi
8. Sulaiman Azmil

Tarikh: 4 Februari 2015 (Rabu)
Masa: 8-11pm
Tempat: NO BLACK TIE, Jalan Nagasari, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
(Belakang Hotel Istana)

Tiket: RM30*
*makanan dan minuman bayar lain

Monday, December 29, 2014

KOMEDI BA-HAHA-SA EP. #05 - 5 JANUARI 2015



Projek ini adalah gabungan Rumah Anak Teater bersama The Crackhouse Comedy Club KL di Taman Tun Dr Ismail dalam satu persembahan lawak berdiri (sebut stand-up comedy) bukan Bahasa Inggeris.

Kami akan tampilkan stand-up comic terkemuka dari Jakarta, DWIKA PUTRA.

Tarikhh: 5 Disember 2014 (Isnin)
Masa: 9-11pm
Tempat: Tkt 1, No 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Dapatkan peta anda di sini.

Antara komik yang akan membuat persembahan dalam projek penggabungan ini ialah:

1. Botak
2. Teruna Wangi
3. JD Raja Lawak
4. Rayza Mukmin
5 Cemkar Singh


UNTUK PERHATIAN: Persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan matang.

Tiket untuk masuk menonton persembahan ini ialah RM15.

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi 017-624 3412.

Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.

Maklumat lanjut di sini.

Sekiranya anda mahu melihat perkembangan aktiviti lawak berdiri di Malaysia, sila rujuk ke pautan ini.