Showing posts with label perdana menteri. Show all posts
Showing posts with label perdana menteri. Show all posts

Tuesday, May 5, 2015

LAWAK BERDIRI CERITA MALAM JUMAAT 7 MEI 2015



Bertambah kelakar Malaysia ni, maka bertambahlah bahan untuk di'bahan'kan. Bik Mama bershopping di Singapura? Budak UiTM kena masak sendiri, Menteri kata dia tak bodoh, pilihan raya Rompin, Permatang Pauh...kah kah kah.

Kali ini kita bergelak ketawa lagi dengan komik-komik bukan Melayu yang mula cuba berjinak dengan lawak berdiri (sebut standup comedy) bahasa melayu.

Kita ada Brian Tan yang baru pulang dari membuat persembahan di Melbourne International Comedy Festival dan Thenesh. Kita juga ada Syahid seorang yang ala-ala bangla tetapi sebenarnya berasal dari Felda. Selain itu, bagi sesiapa yang mahu menonton draq queen baru kami, kita perkenalkan Mimie Bahron.

Tarikh : 7 Mei 2015 (Khamis)
Masa : 9:00 mlm - 11:00 mlm
Tempat : Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Dapatkan peta disini : PJ LIVE ARTS

Senarai komik:
1. Syahid
2. Brian Tan
3. Thenesh
4. Shasi Chot BMB
5. Mimie Bahron
6. JD Raja Lawak
7. Hishamuddin Rais 

Hos anda pada malam nanti ialah Faisal Mustaffa.

UNTUK PERHATIAN : persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan juga matang,

Tiket untuk masuk menonton ialah  RM15 shj. Untuk pelajar cuma RM10 (dengan syarat bawa kad pelajar sebagai pengesahan).

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi  017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.

Tuesday, April 28, 2015

CERITA MALAM JUMAAT - HEPI BESDAY 30 Apr & 1 Mei 2015



Syukur alhamdulillah

Lawak berdiri (sebut standup comedy) sudah mencecah setahun. Bagi menyambut kesyukuran ini, kami akan adakan sebuah pementasan khas. Persembahan ini juga bersempena dengan PJ Laugh Fest 2015.

Bagi pementasan khas ini, kita akan tampilkan persembahan pembukaan, sebuah sketsa BILIK KABINET yang diarahkan oleh Hishamuddin Rais. Selain itu, kami juga ingin memperkenalkan draq queen kami, Mimie Bahron yang akan membuat persembahan lawak berdiri beliau. Juga, ada berkemungkinan, komik dari Indonesia, Mo Sidik juga akan singgah untuk membuat persembahan beliau.

Tarikh : 30 April & 1 Mei  2015
Masa : 8:30 mlm - 11:00 mlm
Tempat : Tempat: Theatre Hall, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Dapatkan peta di sini : PJ LIVE ARTS

Senarai komik:
1. Botak Alhakeem
2. Rayza Mukmin
3. KC Teruna Wangi
4. Mimie Bahron
5. JD Raja Lawak
6. Hishamuddin Rais
7. Mo Sidik

Hos anda pada malam nanti ialah Faisal Mustaffa.

UNTUK PERHATIAN : persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan juga matang,

Tiket untuk masuk menonton ialah  RM15 shj. Untuk pelajar cuma RM10 (dengan syarat bawa kad pelajar sebagai pengesahan).

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi  017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.

Wednesday, July 15, 2009

Borak - Borak Dengan RAT - Mirul


Aku berkesempatan berbual-bual kosong dengan salah seorang pelakon teater Kompilasi vol2 subuh tadi pada jam 3 pagi. Beliau ialah Mohd Amerul Affendi B. Mohd Mawardi ( 23 tahun) yang berasal dari Temerloh, Pahang. Beliau kini sedang menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang seni.

Dia teruja dengan dvd yang aku baru beli dari Jakarta, Laskar Pelangi, sehingga sekarang dvd tersebut masih gagal dipulangkan.

Agak banyak juga perkara-perkara yang aku selami. Tidak semua dapat dipaparkan dalam temuramah ini.

Ikuti temubual Faisal Mustaffa bersama Mirul.


Faisal Mustaffa (FM): Boleh beritahu tahap pendidikan kau?

Mohd Amerul Affendi B. Mohd Mawardi (Mirul): Tak tau lah dah terdidik ke tak ni. sebab masa sekolah dulu cikgu tak mendidik tapi mengajar.


FM: Boleh tak kau senaraikan teater yang kau pernah sertai.

Mirul: Sertai tak ada tapi terlibat adalah. Eh! sama ke maksud dua perkataan tu?


FM: Kenapa anda sertai teater?

Mirul: Aku terlibat dengan teater ni sebab aku cari satu method belajar yang berkesan. Dan aku rasa berkesan untuk menggunakan method belajar berbagai-bagai ilmu ini dengan teater.


FM: Teater ni boleh cari makan ke?

Mirul: Teater boleh mendatangkan untung. Yang pertama, bila anda buat teater yang menyampaikan propaganda kerajaan (parti yang memerintah) anda akan senang dapat sponsar yang besar-besar. Yang kedua, jika anda ada saudara atau kawan yang bekerja dalam kementerian penerangan, komunikasi dan kebuyaan dan jawatanya pula tinggi anda boleh mintak tolong dari mereka untuk berikan dana yang patut diberikan pada penggiat-penggiat teater. sonang yo tak guno cable!


FM: Siapa pelakon teater yang paling anda kagumi? Mengapa?

Mirul: Pelakon teater yang aku kagumi ialah Ahmad Yatim walaupun aku tak pernah tengok dia berlakon teater. Ramai orang bercerita pasal kehebatan dia berlakon. Jadi aku pun suka lah.


FM: Pada pandangan kau, apa sebenarnya hendak ditonjolkan dalam teater Pokok Kelapa Sayang?

Mirul: Emosi penulis tu sobonaryo dan orang tua itu adalah bayangan John Lennon disebabkan oleh cermin matanya.


FM: Apa sebenarnya motif penubuhan Rumah Anak Teater?

Mirul: Motifnya adalah untuk graduan-graduan atau orang awam yang berminat join untuk buat teater berkumpul disitu. nama pun rumah tompat apo lai kalau bukan tempat berkumpul.


FM: Apakah saat-saat pahit dan manis sejak berkecimpung dalam dunia teater ini?

Mirul: Saat-saat manis apabila dapat tido awal lepas habis latihan. saat-saat pahit bila tak boleh tidur sebab tak ada latihan teater atau job lakonan.




FM: Setakat ni Kementerian Kesenian tahu tak tentang perkembangan teater di Malaysia?

Mirul: Entah lah, mana aku tahu. Kau tanyalah diorang sendiri. Kalau ada peruntukan diorang pergi tengok perkembangan kot.


FM: Anda rasa, Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri) pernah menonton teater Melayu?

Mirul: Ada ke? Cerita apa? (ditanya balik kat orang yang menanya soalan itu)


FM: Anda sudah nonton YouTube Perempuan Puaka? Apa pendapat anda?

Mirul: Dah. pendapat saya cerita tu sedih tapi ceria lah.


FM: Pada pendapat anda, adakah wajar Istana Budaya diswastakan?

Mirul: Tak yah swastakan atau apa-apa. Tutup je lah terus. Tak pun jadikan muzium macam balai seni lukis negara tu. Apa macam?