Bersempena dengan PJ Laugh Fest April ini, kami membawakan satu lagi siri lawak jenaka lawak berdiri (standup comedy) dengan menampilkan seorang murtad warga Malaysia yang kini bermastautin di New York iaitu Srikanth Siva. Benjy pula yang sepatutnya membuat persembahan nanti terpaksa menarik diri kerana tidak dibenarkan oleh pihak penjara dan kini beliau menetap di salah sebuah penjara.
Tarikh : 16 April 2015 (Khamis)
Masa : 9:00 mlm - 11:00 mlm
Tempat : Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Dapatkan peta disini : PJ LIVE ARTS
Senarai komik:
1. Ady Abdul Wahab
2. Aaron Aw
3. KC Teruna Wangi
4. Shasi Chot BMB
5. Aiman Azri
6. JD Raja Lawak
7. Hishamuddin Rais
8. Srikanth Siva
Hos anda pada malam nanti ialah Cemkar Singh.
UNTUK PERHATIAN : persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan juga matang,
Tiket untuk masuk menonton ialah RM15 shj. Untuk pelajar cuma RM10 (dengan syarat bawa kad pelajar sebagai pengesahan).
Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi 017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.
Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.
Showing posts with label benjy. Show all posts
Showing posts with label benjy. Show all posts
Tuesday, April 14, 2015
Wednesday, January 28, 2015
CERITA MALAM JUMAAT 26 FEB 2015
Cerita Malam Jumaat kali ini akan menemukan tiga personaliti daripada program TV iaitu Ajo dan Abu daripada Maharaja Lawak Mega (2013) dan Daniel dari program Bintang Mencari Bintang. Mereka akan bergabung untuk membuat improvisasi dalam separuh masa kedua persembahan. Ini bermakna kita mempunyai dua segmen, lawak berdiri breseorangan dan improvisasi secara berkumpulan.
Tarikh : 26 Februari 2015 (Khamis)
Masa : 9:00 mlm - 11:00 mlm
Tempat : Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Dapatkan peta disini : PJ LIVE ARTS
Senarai komik:
1. Daniel Lee
2. Ajo Mamu
3. Abu Mamu
4. Fadhil Jaffri
5. Keren
6. Benjy
7. Hishamuddin Rais
Hos anda pada malam nanti ialah seorang pelawak iaitu JD Raja Lawak.
UNTUK PERHATIAN : persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan juga matang,
Tiket untuk masuk menonton ialah RM15 shj.
Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi 017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.
Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.
Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.
Tuesday, January 13, 2015
CERITA MALAM JUMAAT 22 JANUARI 2015
Cerita Malam Jumaat kali ini akan memberi memberi fokus kepada lawak-lawak dari utara Semenanjung Malaysia. Kali ini kami tampilkan stand up komik terus dari Pulau Pinang iaitu Daniel dan Ajo Mamu. Memandangkan Benjy dari Kedah, beliau akan membuat persembahan utama.
Siapakah Daniel?
Daniel Lee pernah menyertai rancangan Bintang Mencari Bintang di bawah bimbingan Afdlin Shauki. Mula berteater seawal Tingkatan Tiga sehingga sekarang.
Siapakah Ajo Mamu?
Ajo (Aku Jejaka Ohsem) pernah menyertai program Raja Lawak Musim ke 4 dan Maharaja Lawak Mega 2013. Beliau pernah beraksi solo untuk program Bintang Mencari Bintang di bawah bimbingan FBI. Bergiat aktif dalam teater di Pulau Pinang dan bekas penuntut USM dalam bidang seni persembahan.
Tarikh : 22 Januari 2015 (Khamis)
Masa : 9:00 mlm - 11:00 mlm
Tempat : Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Dapatkan peta disini : PJ LIVE ARTS
1. Daniel
2. Ajo Mamu
3. Haikal Idris
4. Aaron Aw
5. Harikeshwaran
6. JD Raja Lawak
7. Ady Abdul Wahab
8. Benjy
Hos anda pada malam nanti ialah seorang pelawak iaitu Botak Alhakeem.
UNTUK PERHATIAN : persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan juga matang,
Tiket untuk masuk menonton ialah RM15 shj.
Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi 017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.
Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.
Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.
Monday, November 19, 2012
Wednesday, November 7, 2012
TEATER TATOO GESTAPO : BERKESPRESI DAN MENDIDIK MASYARAKAT
Petaling Jaya. YB Rodziah Ismail selaku EXCO Kebudayaan, Kerajaan Negeri Selangor telah menaja sebahagian daripada produksi pementasan teater di bawah produksi kumpulan Rumah Anak Teater. Teater ini bertajuk Teater Gestapo yang mana ianya adalah naskah baru yang di tulis oleh Hariry Jalil
Dengan arahan oleh Nam Ron dan dibarisi oleh pelakon hebat dan berbakat iaitu Benjy, Pekin, Azman Hassan dan pendatang baru iaitu Doul telah mendapat sambutan hangat di kalangan peminat teater serta mendapat liputan beberapa media online seperti gua.com.my, murai.com.my, sinarharian dan selangorku
YB Rodziah ketika memberikan ulasan berkenaan pementasan ini berkata "Berkespresi (Ekspressi) melalui pementasan teater akan menjadi salah satu medium penyampai maklumat yang berkesan kepada masyarakat umum yang mana ia mestilah mempunyai faktor WOW dari aspek kreativitiviti, kualiti jalan cerita dan pementasan supaya mesej-mesej yang positif dapat disampaikan kepada penonton dengan berkesan. Sesuatu hasil kerja yang baik tidak dapat dinilai dengan wang ringgit tetapi dapat dilihat dari kesan jangka panjang dalam kehidupan diri kita"
Bacaan selanjutnya di sini.
Monday, November 5, 2012
Pengarah Budak Kelantan arah Tattoo Gestapo
Wan Azli Wan Jusoh
MUNGKIN nama Wan Azli Wan Jusoh tidak dikenali ramai tetapi dia merupakan pengarah kepada filem kontroversi pada tahun 2008, Budak Kelantan.
Kini, Wan Azli kembali dengan buah tangan terbaru, sebuah teater berjudul Tattoo Gestapo bersama Rumah Anak Teater (Rat) yang akan menemui penonton mulai 22 hingga 25 November ini.
Berita selanjutnya di sini.
Saturday, October 27, 2012
Kebangkitan Semula Benjy
PERTEMUAN Kosmo! bersama aktor Benjy untuk sesi fotografi Hari Raya Aidiladha yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini berjalan dengan cukup lancar.
Pertama kali menatap wajah lelaki yang pernah didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram pada Mac, 2010 dan ditahan selama dua tahun di penjara memberi pandangan yang berbeza.
Wajah dan tubuh Benjy semakin susut sejak dibebaskan tanpa syarat pada Januari tahun ini. Penampilannya nampak meyakinkan, kemas dan segak berbaju kemeja serta berseluar jean.
Dia juga cukup ramah menegur orang di sekelilingnya bagai tiada sejarah hitam yang pernah berlaku kepadanya. Senyuman juga sentiasa tersimpul di bibir tanda bersedia menghadapi khalayak.
Bacaan selanjutnya di sini.
Friday, October 26, 2012
Saturday, October 20, 2012
Keluarga sumber kekuatan
Pada tahun 2010, industri hiburan dikejutkan dengan cerita seorang pelakon popular menghadapi tuduhan memiliki makmal memproses dadah di kediaman miliknya di sekitar Kuala Lumpur.
Bermula dari situlah kehidupan Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 34, mula berubah 100 peratus apabila masyarakat serta peminat mula mencemuh walaupun mahkamah masih belum menjatuhkan sebarang hukuman ke atasnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121019/hi_01/Keluarga-sumber-kekuatan#ixzz2AxRbeEjr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, October 15, 2012
Azean tetap kuat semangat, mampu berlawak
Dari kiri; Faisal Mustaffa (Penerbit), Azean Irdawaty (ibu Benjy), Pekin Ibrahim (pelakon), Nam Ron (Pengarah Artistik)
Terkejut juga melihat foto primadona Azean Irdawati dalam laman sosial Instagram milik pelakon berkarakter Pekin yang dimuatnaik petang ini. Pekin bersama rakan pelakon Namron melawat Azean yang berehat dan berubat di rumahnya melawan penyakit kanser yang dihidapi sekian lama.
Namun kata Pekin, Azean masih kuat semangat dan mampu buat lawak bila ada rakan melawatnya. Tapi dalam hati dia siapalah yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Azean memang seorang yang tabah melawan penyakitnya dan tetap mahu berubat. Sebab itu dia sedia menerima sumbangan sesiapa sahaja yang mahu menghulurkan sumbangan.
Sumbangan itu boleh mengurangkan bebannya dalam menanggung kos rawatan. Semoga Azean terus tabah melawan sakitnya itu.
Berita selanjutnya di sini.
Tuesday, October 9, 2012
Benjy lebih yakin bertemu orang ramai
9 Okt – Pernah mengalami masalah berat badan sebelum ini, Benjy kini lebih yakin untuk bertemu orang ramai setelah berat badanya turun dari 89 kg ke 74 kg.
Demi minatnya dalam bidang lakonan, pelakon yang juga anak kepada dramatis Azean Irdawaty ini memberitahu demi menjayakan wataknya di dalam pementasan teater 'Tattoo GESTAPO" dia harus menjaga dan mengawal berat badannya supaya tidak terlalu gemuk.
Bacaan selanjutnya di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)

