Showing posts with label wan azli wan jusoh. Show all posts
Showing posts with label wan azli wan jusoh. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

PELAKON (TEATER) SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA



BOTAK

BOTAK atau nama sebenarnya MUHAMMAD ALHAKEEM BIN HUSAIN merupakan seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (kepujian) Teater pengkhusus bidang Lakonan dan Pengarahan ini banyak melibatkan diri dalam komponen seni seperti lakonan, tarian, flashmob, persembahan mime, sinografi dan banyak lagi sejak menuntut di universiti sehingga kini. Botak juga banyak terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir untuk pementasan teater dan juga televisyen. Kini beliau sedang berkhidmat sebagai Jurulatih Kokurikulum Drama di Universiti Teknologi Mara kampus Puncak Perdana. Mula bergiat dalam persembahan seorang diri di atas pentas sejak menjadi pengacara dan banyak terlibat dalam gimik perasmian. “Komedi Berdiri” ini adalah antara persembahan seorang diri yang julung kali Botak lakukan. Garapan idea dari penelitian dan pandangan sekeliling banyak membantu dalam mancari satu tajuk bagi persembahan “Komedi Berdiri” untuk Cerita Malam Jumaat.

Keterangan lanjut mengenai pementasan.

Wednesday, December 10, 2014

Paparan dalam ahbar The Sun 11 Disember 2014

Keterangan lanjut pementasan.

TSHIRT 'SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA'

T-shirt eksklusif 'SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA' sudah boleh dibeli.

Baju ini boleh diperolehi dalam pelbagai saiz (XS, S, M, L, XL). Harga bagi tshirt ini ialah RM30 sahaja.

Bagi mereka yang ingin membeli secara online, anda boleh whatsapp ke 0122290944.

Tuesday, December 9, 2014

PENERBIT EKSEKUTIF (TEATER) SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA



Faisal Mustaffa

Faisal Mustaffa merupakan Pengarah Urusan kepada RAT Production. Memiliki Sarjana Perniagaan dan Pengurusan UKM (2001), beliau juga memiliki syarikat penerbitan sendiri, Merpati Jingga.

Di bawah RAT Production, beliau telah menerbitkan Teater Kompilasi vol 1 (2008), Teater Kompilasi II (2009), Teater Tanda Kompilasi III (2010), teater Pokok Kelapa Sayang (2010), teater Banduan Akhir di Sel AKhir (2011), teater kanak-kanak Kampung Semut + Tanda Kecil kompilasi IV (2011), teater Short Eyes (2011), teater SeNaPas (2011),  Aku Manusia Berdosa Kompilasi V (2012). teater Beng Hock (2012). Beliau telah dijemput untuk bekerjasama dengan Esplanade Singapura untuk mementaskan Beliau juga menerbitkan filem Jalan Pintas (2011) yang diarahkan oleh Nam Ron.

Faisal juga baru-baru ini menerbitkan sebuah filem pendek ‘Ragut’ (2014) yang memaparkan keadaan kemiskinan bandar yang menjurus kepada kenaikan kadar jenayah.

Keterangan lanjut mengenai pementasan.

Monday, December 8, 2014

PENGARAH (TEATER) SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA

WAN AZLI WAN JUSOH

Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Wan Azli Wan Jusoh tetapi ramai yang pernah dengar filem Budak Kelantan yang menimbulkan fenomena pada 2008 kerana memaparkan jujur di layar perak.

Dalam arena teater pula Wan Azli yang mesra dengan panggilan Wae (sebut ‘where’) pernah mengarah teater yang kemudiannya dibawa ke filem oleh Nam Ron, Agi Ni Jadi Jjaha’ (2006), Supertui! Dan Transit Kaler Magenta (2006), Cikgu Mizi (2006) dan Asrar (2010) juga Asrar2 (2011).

Keterangan lanjut mengenai pementasan.

Monday, November 19, 2012

Tattoo Gestapo cabar Wae




MUNGKIN ramai yang tidak mengenali nama Wan Azli Wan Jusoh, tetapi pastinya ramai pernah mendengar mengenai filem Budak Kelantan yang menimbulkan fenomena pada 2008 kerana memaparkan kejujuran serta kehidupan anak Kelantan yang diangkat ke layar perak.

Dalam arena teater pula, Wan Azli yang mesra dengan panggilan Wae pernah mengarah teater yang kemudiannya dibawa ke filem oleh Namron seperti Agi Ni Jadi Jjaha' (2006), Supertuil Dan Transit Kaler Magenta (2006), Cikgu Mizi (2006) Asrar (2010) dan Asrar 2 (2011).

Berita selanjutnya di sini.

Facebook
Twitter

TATTOO GESTAPO @ PROPAGANZA 18.11.2012




Facebook
Twitter


Sunday, November 11, 2012

Pekin Ibrahim: Tattoo Gestapo Teater Saya Impikan Selama Ini


*Gambar oleh Iskandar Ibrahim

Mungkin ramai yang mengenali Pekin Ibrahim sebagai pelakon filem di layar perak atau drama di kaca televisyen. Tetapi, beliau sebenarnya seorang pelakon di gelanggang  pentas teater.

Sungguhpun sudah berlakon dalam berbelas-belas pementasan teater, pementasan teater Tattoo Gestapo merupakan bentuk teater yang diimpikan selama ini. Antaranya ialah ASRAR 2(2011),MERDEKA APA?(2009) dan JU&MEO (2012).

Pada tahun ini sahaja, beliau sudah pun terlibat dalam dua pementasan di bawah payung Rumah Anak Teater dan filem-filem yang masih menuggu tayangan termasuk Rock Oo,  Silangkang, Renraz, Apokalips, Cerita Kita, Tokan dan Lagenda Budak Hostel.

Bercakap mengenai pementasan kali ini, beliau beserta pasukan produksi bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk membuat pementasan pertama di panggung baru milik KakiSeni di Petaling Jaya.

Pekin amat selesa dengan saiz panggung yang kecil yang hanya mampu memuatkan seramai 60 penonton buat satu-satu masa kerana beliau berasa 'lebih rapat' dengan penonton.

"Ini akan memberi kesan yang lebih mendalam atas sesebuah pementasan itu", ujarnya.

Beliau juga senang apabila para pelakon dapat berdialog dengan penonton selepas sesuatu pementasan agar semua dapat berkongsi dengan sesuatu naskah itu.

Pekin (31) berasal dari Kota Bharu menganggap teater yang berkisar dalam kehidupan sebenar dalam penjara betul-betul mencabarnya dalam membawa watak seorang warden penjara.

“Bukannya saya ingin menjadi seperti mereka (warden) tetapi saya ingin menunjukkan bahawa saya juga boleh berlakon watak-watak mereka yang mempunyai pengalaman berhadapan dengan banduan-banduan akhir” jelas Pekin.

“Kita harus sedar bahawa banduan juga manusia dan manusia mempunyai perasaan dan maruah harga diri,” tambah Pekin lagi.

Pekin memainkan watak sebagai  Mustafa ,yang mengalami konflik bersama rakan sekerja dan akhirnya konflik itu berakhir dengan hukuman mati.

Pementasan kedua yang dilakonkan di bawah produksi Rumah Anak Teater, Pekin berasa selesa berada di bawah payung sebuah produksi kecil tetapi berjiwa besar. Rumah Anak Teater ialah produksi teater yang ditubuhkan sejak 2008 yang membawa isu-isu hak asasi manusia di pentas teater dan filem.

Pementasan pertamanya bersama Rumah Anak Teater ialah Ju&Meo pada tahun lalu yang diarahkan dan dilakonkan bersama Mislina Mustaffa. Ju&Meo ialah berdasarkan adaptasi naskah Shakespeare, Romeo and Juliet.

Di dalam Tatto Gestapo, Pekin digandingkan dengan Benjy yang membuat ‘comeback’ selepas ditahan selama dua tahun kerana disyaki terlibat dalam kes dadah.

Menurut Pekin, Benjy banyak berkongsi pengalamannya di dalam tahanan dan kami akan memainkan watak-watak itu berdasarkan perbincangan kami – bukan berdasarkan tekaan kosong apabila seseorang itu berada di dalam penjara.

“Kami juga akan berbahasa seperti mereka berbahasa di dalam penjara,” katanya lagi.

Selain Benjy, Azman Hassan dan pelakon baru didikan Rumah Anak Teater, Doul akan turut menjayakan pementasan ini nanti. Teater ini akan diarahkan oleh pengarah filem Budak Kelantan, Wan Azli Wan Jusoh. Pengarah Artistik ialah Nam Ron.

Pihak Kebudayaan Selangor juga bertindak sebagai penaja bagi pementasan ini. Tattoo Gestapo akan dipentaskan di Free.Space@Kakiseni, SSTwo Mall Petaling Jaya pada 22-25 November 2012.

Keterangan lanjut boleh hubungi 012-2356417.

Facebook
Twitter

Wednesday, November 7, 2012

Pemilihan Benjy Tepat, Tattoo Gestapo Dapat Bantuan Exco






Teks oleh Kheme Rosly

KUALA LUMPUR, 7 NOV 2012: Sebuah lagi produksi teater yang dijayakan oleh Rumah Anak Teater (RAT) kelolaan aktor Nam Ron yang juga pengarah artistik untuk teater Tattoo Gestapo bakal dipentaskan bermula 23 November ini.

Liputan yang agak meluas diberikan kepada Tattoo Gestapo setelah ia dibarisi dua pelakon yang tidak diragui mutu lakonan mereka. Benjy atau Khyrell Benjamin serta Pekin Ibrahim yang pertama kali digabungkan dilihat mampu menggegarkan pentas Kaki Seni, SSTwo Mall iaitu lokasi pementasan teater arahan Wan Azli Wan Jusoh ini.

Berita lanjut di sini.


Facebook

Twitter


Tuesday, November 6, 2012

“Semangat Benjy Sangat WOW!” - Pengarah Tattoo Gestapo






Dari kiri; Doul (pelakon), Hanafi Sudi (wakil exco), Faisal Mustaffa (Penerbit), Wan Azli (Pengarah), Pekin Ibrahim (pelakon)

Kembalinya Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy ke pentas teater sememangnya ditunggu-tunggu oleh para peminatnya. Semangat pelakon yang juga anak kepada seniwati Azean Irdawaty itu sangat membuak-buak untuk beraksi di atas pentas teater Tattoo Gestapo.

Malah, perkara tersebut diakui sendiri oleh pengarah teater tersebut Wan Azli Wan Jusoh, pengarah yang cukup dikenali menerusi filem Budak Kelantan.

“Sangat wow! Jarang kita ada pelakon yang memiliki tenaga dan semangat sebegitu di atas pentas. Melihatkan kepada sesi latihan, tenaga dan semangatnya sangat konsisten. Walaupun baru terjaga dari tidur sewaktu sesi latihan berehat, dia bangun dan terus berlakon seperti biasa.”

Berita lanjut di sini.

Facebook: http://www.facebook.com/pages/Tattoo-Gestapo/390487974352442?ref=ts&fref=ts

Twitter: http://twtvite.com/tattoogestapo

Monday, November 5, 2012

Pengarah Budak Kelantan arah Tattoo Gestapo



Wan Azli Wan Jusoh 

MUNGKIN nama Wan Azli Wan Jusoh tidak dikenali ramai tetapi dia merupakan pengarah kepada filem kontroversi pada tahun 2008, Budak Kelantan.

Kini, Wan Azli kembali dengan buah tangan terbaru, sebuah teater berjudul Tattoo Gestapo bersama Rumah Anak Teater (Rat) yang akan menemui penonton mulai 22 hingga 25 November ini.

Berita selanjutnya di sini.

Facebook

Twitter

Thursday, November 1, 2012

Pengarah Filem Budak Kelantan Ambil Cabaran Tattoo Gestapo




Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Wan Azli Wan Jusoh tetapi ramai yang pernah dengar filem Budak Kelantan yang menimbulkan fenomena pada 2008 kerana memaparkan jujur di layar perak.

Dalam arena teater pula Wan Azli yang mesra dengan panggilan Wae pernah mengarah teater yang kemudiannya dibawa ke filem oleh Nam Ron, Agi Ni Jadi Jjaha’ (2006), Supertui! Dan Transit Kaler Magenta (2006), Cikgu Mizi (2006) dan Asrar (2010) juga Asrar2 (2011).

Bacaan seterusnya di sini.