Showing posts with label superptui!. Show all posts
Showing posts with label superptui!. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

TSHIRT 'SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA'

T-shirt eksklusif 'SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA' sudah boleh dibeli.

Baju ini boleh diperolehi dalam pelbagai saiz (XS, S, M, L, XL). Harga bagi tshirt ini ialah RM30 sahaja.

Bagi mereka yang ingin membeli secara online, anda boleh whatsapp ke 0122290944.

PELAKON (TEATER) SUPERPTUI! & TANSIT KALER MAGENTA



ROS

Nama sebenar Rosmi Fazreen Fazira Binti Othman berasal dari Pendang, Kedah merupakan pelajar IPTA dalam bidang seni persembahan. Sepanjang pengajian, beliau pernah memainkan watak utama di dalam pementasan Dendam Si Kakak Tiri yang menyertai  ‘ Short and Sweet Theatre 2014’ anjuran PenangPac ,Ensamble di dalam Pementasan Teater Muzikal Mencorak Destini anjuran Uitm pada Jun 2014 dan juga Pelakon di dalam Teater Raden Galo September 2013.

Ros merupakan penerima Anugerah Naib Chansellor UITM dalam Majlis Istiadat Konvokesyen ke 80, Diploma dalam Seni Lakon Teater dan dianugerahkan Pelakon Utama Wanita Terbaik, “ Short and Sweet Theatre” anjuran PenangPac.

Keterangan lanjut mengenai pementasan.

Tuesday, December 9, 2014

PENERBIT EKSEKUTIF (TEATER) SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA



Faisal Mustaffa

Faisal Mustaffa merupakan Pengarah Urusan kepada RAT Production. Memiliki Sarjana Perniagaan dan Pengurusan UKM (2001), beliau juga memiliki syarikat penerbitan sendiri, Merpati Jingga.

Di bawah RAT Production, beliau telah menerbitkan Teater Kompilasi vol 1 (2008), Teater Kompilasi II (2009), Teater Tanda Kompilasi III (2010), teater Pokok Kelapa Sayang (2010), teater Banduan Akhir di Sel AKhir (2011), teater kanak-kanak Kampung Semut + Tanda Kecil kompilasi IV (2011), teater Short Eyes (2011), teater SeNaPas (2011),  Aku Manusia Berdosa Kompilasi V (2012). teater Beng Hock (2012). Beliau telah dijemput untuk bekerjasama dengan Esplanade Singapura untuk mementaskan Beliau juga menerbitkan filem Jalan Pintas (2011) yang diarahkan oleh Nam Ron.

Faisal juga baru-baru ini menerbitkan sebuah filem pendek ‘Ragut’ (2014) yang memaparkan keadaan kemiskinan bandar yang menjurus kepada kenaikan kadar jenayah.

Keterangan lanjut mengenai pementasan.

Monday, December 8, 2014

PENGARAH (TEATER) SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA

WAN AZLI WAN JUSOH

Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Wan Azli Wan Jusoh tetapi ramai yang pernah dengar filem Budak Kelantan yang menimbulkan fenomena pada 2008 kerana memaparkan jujur di layar perak.

Dalam arena teater pula Wan Azli yang mesra dengan panggilan Wae (sebut ‘where’) pernah mengarah teater yang kemudiannya dibawa ke filem oleh Nam Ron, Agi Ni Jadi Jjaha’ (2006), Supertui! Dan Transit Kaler Magenta (2006), Cikgu Mizi (2006) dan Asrar (2010) juga Asrar2 (2011).

Keterangan lanjut mengenai pementasan.