Showing posts with label usm. Show all posts
Showing posts with label usm. Show all posts
Tuesday, January 13, 2015
CERITA MALAM JUMAAT 22 JANUARI 2015
Cerita Malam Jumaat kali ini akan memberi memberi fokus kepada lawak-lawak dari utara Semenanjung Malaysia. Kali ini kami tampilkan stand up komik terus dari Pulau Pinang iaitu Daniel dan Ajo Mamu. Memandangkan Benjy dari Kedah, beliau akan membuat persembahan utama.
Siapakah Daniel?
Daniel Lee pernah menyertai rancangan Bintang Mencari Bintang di bawah bimbingan Afdlin Shauki. Mula berteater seawal Tingkatan Tiga sehingga sekarang.
Siapakah Ajo Mamu?
Ajo (Aku Jejaka Ohsem) pernah menyertai program Raja Lawak Musim ke 4 dan Maharaja Lawak Mega 2013. Beliau pernah beraksi solo untuk program Bintang Mencari Bintang di bawah bimbingan FBI. Bergiat aktif dalam teater di Pulau Pinang dan bekas penuntut USM dalam bidang seni persembahan.
Tarikh : 22 Januari 2015 (Khamis)
Masa : 9:00 mlm - 11:00 mlm
Tempat : Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Dapatkan peta disini : PJ LIVE ARTS
1. Daniel
2. Ajo Mamu
3. Haikal Idris
4. Aaron Aw
5. Harikeshwaran
6. JD Raja Lawak
7. Ady Abdul Wahab
8. Benjy
Hos anda pada malam nanti ialah seorang pelawak iaitu Botak Alhakeem.
UNTUK PERHATIAN : persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan juga matang,
Tiket untuk masuk menonton ialah RM15 shj.
Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi 017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.
Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.
Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.
Thursday, December 11, 2014
PELAKON (TEATER) SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA
BOTAK
BOTAK atau nama sebenarnya MUHAMMAD ALHAKEEM BIN HUSAIN merupakan seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (kepujian) Teater pengkhusus bidang Lakonan dan Pengarahan ini banyak melibatkan diri dalam komponen seni seperti lakonan, tarian, flashmob, persembahan mime, sinografi dan banyak lagi sejak menuntut di universiti sehingga kini. Botak juga banyak terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir untuk pementasan teater dan juga televisyen. Kini beliau sedang berkhidmat sebagai Jurulatih Kokurikulum Drama di Universiti Teknologi Mara kampus Puncak Perdana. Mula bergiat dalam persembahan seorang diri di atas pentas sejak menjadi pengacara dan banyak terlibat dalam gimik perasmian. “Komedi Berdiri” ini adalah antara persembahan seorang diri yang julung kali Botak lakukan. Garapan idea dari penelitian dan pandangan sekeliling banyak membantu dalam mancari satu tajuk bagi persembahan “Komedi Berdiri” untuk Cerita Malam Jumaat.
Keterangan lanjut mengenai pementasan.
Wednesday, December 10, 2014
PELAKON (TEATER) SUPERPTUI! & TANSIT KALER MAGENTA
ROS
Nama sebenar Rosmi Fazreen Fazira Binti Othman berasal dari Pendang, Kedah merupakan pelajar IPTA dalam bidang seni persembahan. Sepanjang pengajian, beliau pernah memainkan watak utama di dalam pementasan Dendam Si Kakak Tiri yang menyertai ‘ Short and Sweet Theatre 2014’ anjuran PenangPac ,Ensamble di dalam Pementasan Teater Muzikal Mencorak Destini anjuran Uitm pada Jun 2014 dan juga Pelakon di dalam Teater Raden Galo September 2013.
Ros merupakan penerima Anugerah Naib Chansellor UITM dalam Majlis Istiadat Konvokesyen ke 80, Diploma dalam Seni Lakon Teater dan dianugerahkan Pelakon Utama Wanita Terbaik, “ Short and Sweet Theatre” anjuran PenangPac.
Keterangan lanjut mengenai pementasan.
Tuesday, December 9, 2014
PENERBIT EKSEKUTIF (TEATER) SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA
Faisal Mustaffa
Faisal Mustaffa merupakan Pengarah Urusan kepada RAT Production. Memiliki Sarjana Perniagaan dan Pengurusan UKM (2001), beliau juga memiliki syarikat penerbitan sendiri, Merpati Jingga.
Di bawah RAT Production, beliau telah menerbitkan Teater Kompilasi vol 1 (2008), Teater Kompilasi II (2009), Teater Tanda Kompilasi III (2010), teater Pokok Kelapa Sayang (2010), teater Banduan Akhir di Sel AKhir (2011), teater kanak-kanak Kampung Semut + Tanda Kecil kompilasi IV (2011), teater Short Eyes (2011), teater SeNaPas (2011), Aku Manusia Berdosa Kompilasi V (2012). teater Beng Hock (2012). Beliau telah dijemput untuk bekerjasama dengan Esplanade Singapura untuk mementaskan Beliau juga menerbitkan filem Jalan Pintas (2011) yang diarahkan oleh Nam Ron.
Faisal juga baru-baru ini menerbitkan sebuah filem pendek ‘Ragut’ (2014) yang memaparkan keadaan kemiskinan bandar yang menjurus kepada kenaikan kadar jenayah.
Keterangan lanjut mengenai pementasan.
Monday, December 8, 2014
PENGARAH (TEATER) SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA
WAN AZLI WAN JUSOH
Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Wan Azli Wan Jusoh tetapi ramai yang pernah dengar filem Budak Kelantan yang menimbulkan fenomena pada 2008 kerana memaparkan jujur di layar perak.
Dalam arena teater pula Wan Azli yang mesra dengan panggilan Wae (sebut ‘where’) pernah mengarah teater yang kemudiannya dibawa ke filem oleh Nam Ron, Agi Ni Jadi Jjaha’ (2006), Supertui! Dan Transit Kaler Magenta (2006), Cikgu Mizi (2006) dan Asrar (2010) juga Asrar2 (2011).
Keterangan lanjut mengenai pementasan.
Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Wan Azli Wan Jusoh tetapi ramai yang pernah dengar filem Budak Kelantan yang menimbulkan fenomena pada 2008 kerana memaparkan jujur di layar perak.
Dalam arena teater pula Wan Azli yang mesra dengan panggilan Wae (sebut ‘where’) pernah mengarah teater yang kemudiannya dibawa ke filem oleh Nam Ron, Agi Ni Jadi Jjaha’ (2006), Supertui! Dan Transit Kaler Magenta (2006), Cikgu Mizi (2006) dan Asrar (2010) juga Asrar2 (2011).
Keterangan lanjut mengenai pementasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)



