Monday, October 15, 2012

Azean tetap kuat semangat, mampu berlawak


Dari kiri; Faisal Mustaffa (Penerbit), Azean Irdawaty (ibu Benjy), Pekin Ibrahim (pelakon), Nam Ron (Pengarah Artistik)

Terkejut juga melihat foto primadona Azean Irdawati dalam laman sosial Instagram milik pelakon berkarakter Pekin yang dimuatnaik petang ini. Pekin bersama rakan pelakon Namron melawat Azean yang berehat dan berubat di rumahnya melawan penyakit kanser yang dihidapi sekian lama.

Namun kata Pekin, Azean masih kuat semangat dan mampu buat lawak bila ada rakan melawatnya. Tapi dalam hati dia siapalah yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Azean memang seorang yang tabah melawan penyakitnya dan tetap mahu berubat. Sebab itu dia sedia menerima sumbangan sesiapa sahaja yang mahu menghulurkan sumbangan.

Sumbangan itu boleh mengurangkan bebannya dalam menanggung kos rawatan. Semoga Azean terus tabah melawan sakitnya itu.

Berita selanjutnya di sini.

Facebook

Twitter

No comments:

Post a Comment