Wednesday, November 7, 2012

TEATER TATOO GESTAPO : BERKESPRESI DAN MENDIDIK MASYARAKAT




Petaling Jaya. YB Rodziah Ismail selaku EXCO Kebudayaan, Kerajaan Negeri Selangor  telah menaja sebahagian daripada produksi pementasan teater di bawah produksi kumpulan Rumah Anak Teater. Teater ini bertajuk Teater Gestapo yang mana ianya adalah naskah baru yang di tulis oleh Hariry Jalil

Dengan arahan oleh Nam Ron dan dibarisi oleh pelakon hebat dan berbakat iaitu Benjy, Pekin, Azman Hassan dan pendatang baru iaitu Doul telah mendapat sambutan hangat di kalangan peminat teater serta mendapat liputan beberapa media online seperti gua.com.my, murai.com.my, sinarharian dan selangorku

YB Rodziah ketika memberikan ulasan berkenaan pementasan ini berkata "Berkespresi (Ekspressi) melalui pementasan teater akan menjadi salah satu medium penyampai maklumat yang berkesan kepada masyarakat umum yang mana ia mestilah mempunyai faktor WOW dari aspek  kreativitiviti, kualiti jalan cerita dan pementasan  supaya mesej-mesej yang positif dapat disampaikan kepada penonton dengan berkesan. Sesuatu hasil kerja yang baik tidak dapat dinilai dengan wang ringgit tetapi dapat dilihat dari kesan jangka panjang dalam kehidupan diri kita"

Bacaan selanjutnya di sini.

Facebook
Twitter

No comments:

Post a Comment