Wednesday, April 13, 2011

Pada Sebuah Ketentuan - Buku Baru Ayam Fared




Prakata oleh Amaluddin Zhafir

Tajuk: Melalonibaquloikeh

Sebelum menulis, Babi ini sedang menunggu lebih sejam di depan
sebuah klinik, sambil makan durian bersama seorang pesakit.

Waktu hujan tengah merendang, di Sentul, Babi ini mula menulis.

Dalam menulis super pantat, sebagai salah satu “suara anak muda,”
(merujuk kepada apa Ayam gelarkan kepada Babi ini tak lama dulu)
adalah perkara yang sangat-sangat mudah:

telan sebelum mula.
bila letih, itulah penghujungnya.
dan bila disiar,
berat-berat malu ini
akan berciciran sepanjang jalan,
sampai mampus.

Mereben tamat di sini; sesi meracau, bermula.

Persoalan: Siapa Ayam Fared? Sebab apa dia menulis? - benda ni, hampa
boleh google sendiri.

Alasan-alasan klise tentang “sebab apa menulis,” dah macam orang
politik/aktivis - bosan, merendang, berkickkan kenaifan, dan syok
sendiri.

Ayam Fared pernah cakap dekat aku dulu bila ditanya, macam mana dia
boleh cool bila berhadapan dengan sekumpulan polis agresif. Katanya, dia
boleh cool sebab satu benda: Puisi. Puisi weh! Ah, betapa suci murninya
kegelapan Ayam Fared. Nak menangis, tapi ego ni menggagapkan pula.

Aku tangkap yang dia menulis puisi untuk meluahkan kemarahan dia.
Kalau tak percaya, hang pi tanya brader-brader ultra cool kat Frinjan
dll., macam mana Ayam perform. Atau semak kat youtube lah senang.
Revolusi semua di youtube.

Tapi, selepas dia buang kemarahan dia, apa dia rasa lagi? Aku tak tau,
aku tak nampak dan sememangnya aku buta dengan kehijauan sintetik.

Bagaimanapun, kepedulian kita-kita, yang kemaruk membaca puisi,
bukan pada personaliti Ayam, atau t-shirt Pagoda dia pakai tu ori ka tak.

Kepedulian kita, sebagai makhluk rasional tak percaya hantu, sepatutnya
diletakkan pada ‘suara’ dia, pada puisi dia.

Apa puisi dia tulis ni?

Hah, ini kes berat. Nak menggunakan suntikan pseudo-intelektual, dan
mengeluarkan perkataan-perkataan, sangat-sangat menyesakkan aku. -
aku bukan dalam arena itu.

Lintas katok bila berxanax, lari bila ada masalah.

Tapi, tunggu dulu, godam dulu dan tapis berlapis puisi-prosa-cakar dari
makhluk ini. Cakar-cakar ‘curi’ dari Ayam Fared ini, pelik luarannya,
normal dalamnya. Niatnya, niat murni. Hatinya, adalah inner longing
kita semua - nak kick 24 jam.

Dan dunia sedang menunggu setiap kegilaan supaya menjadi pahala.
Puisi adalah malapetaka meteoroid dari dunia intergalaktik prosa
pujangga ini yang wanginya membuatkan mata-mata angkuh tertunduk
terkejut melihat kaki sendiri (sebab kebodohan, graviti dilupakan).

Tetapi dalam lingkungan penyair-penyair ini - tiada sempadan.

Dan setiap keping hati, mata, telinga dan segala bana daging-daging/
jiwa-jiwa yang terdesak melawan kebodohan, ketidakfahaman
perkataan, buat-buat angguk tanda setuju faham, akan mampus -
seperti pengulangan sejarah, seperti CD calar yang dah dimain berulang
kali. Tempat mereka dalam sejarah, ada dalam perut ulat-ulat di kubur.
Tarak guna sesen pun.

Mampus, mampus dan mampus, bila para manusia gila, para ahli falsafah
jalanan, para penyair lorong, para pelacur muda, para aktor dadah,
banduan-banduan sunyi-berisi, dan para si celaka tak rindu mak bapa
di kampung, bangun sebagai SATU malapetaka dan berkongsi sejuta cita
dan rasa sebagai seekor, seekor, seekor, seekor AYAM.

Ini, mukasurat seterusnya ialah mengenai Ayam Fared. Ayam Fared,
yang sekarang ini ditertawa berdekah-dekah oleh malaikat/setan, untuk
sebuah ketentuan.

Zhafir,
Aficionado logi nuklear.


Tajuk Buku : Pada Sebuah Ketentuan -puisi dan catatan Ayam Fared
Penerbit & Penyunting : Faisal Mustaffa
Rekabentuk Kulit : Farhan Azahan
Blurbs : Wahyudi MY & Dewa binfilem
Harga : RM20

Boleh mula didapati bermula 22 april 2011 ini di Kuala Lumpur International Book Festival) di booth Gerakbudaya, atau beli terus secara online dari Ayam Fared atau Faisal Mustaffa.

Thursday, April 7, 2011

Teater Madu II: Nasi Kangkang Bermadu




Selepas menyaksikan teater Madu II arahan U-En Ng lakonan dua adik beradik; ElzaIrdalynna dan Inessa Irdayanty, persoalan yang ingin ditanya di sini sama ada madu itu benar-benar manis?

Di dalam era globalisasi, terdedah atas pergaulan bebas – di tempat kerja, aktiviti sosial, ditambah lagi dengan tekanan hidup, adakah lelaki itu akan menurut sunnah dan ajaran al-Quran di dalam bersikap adil selepas membuat keputusan untuk berkahwin dua (atau tiga, atau empat)?

Ulasan penuhnya di sini.

Maklumat mengenai pementasannya di sini.

Wednesday, April 6, 2011

PINTU TERLARANG: Penapisan dan CCTV

Filem PINTU TERLARANG berkisarkan mengenai seorang pengukir patung bernama Gambir yang hidupnya dikawal oleh isteri dan ibunya. Gambir yagn semakin hari semakin terkenal dengan ukiran-ukirannya menyertai sebuah kelab yang khusus memberi anggotanya peluang untuk menyaksikan rakaman dan siaran langsung dari kamera cctv yang dipacak di merata tempat. Antara rakaman-rakaman yang menjadi pilihan kelab yang dipanggil HEROSASE itu ialah hubungan seksual seorang lelaki berumur dengan kanak-kanak, klip seorang wanita yang secara sengaja menjahit bajunya sambil mencucuk jarum menerusi jarinya sendiri. Rakaman yang mendapat perhatian Gambir ialah berkenaan dengan seorang kanak-kanak lelaki yang didera ibu bapanya.

Baca ulasannya di sini.

Sunday, April 3, 2011

Bengkel Teater untuk Kanak-kanak

Rumah Anak Teater bersama Jarilima Production akan mengadakan bengkel asas lakonan teater.

Bengkel sedemikian penting di dalam memupuk keyakinan diri dan menyediakan latihan vokal dari peringkat umur awal lagi.

Kelas akan bermula dari 9 April 2011 (Sabtu) dan bengkel ini berterusan sehingga dua bulan, berakhir pada penghujung Mei 2011.

Peserta-peserta kursus berpeluang untuk mengadakan persembahan di akhir bengkel ini nanti.

Yuran: RM150 (sebulan)

Tempat: Linda Jasmine Performing Arts Studio, 23C, Tkt 3, Wisma Ampang, Triangle 2, off Jalan Ampang, 68000 Ampang, Selangor (bersebelahan Ampang Point / atas CIMB).

Tenaga pengajar:

Penasihat: Nam Ron

Guru asas lakonan: Siti Noor Hafizah

Guru asas vokal: Najwa P.Ramlee

Pengarahan teater: Taiyuddin Bakar

Peserta-peserta juga akan diberikan sijil penghargaan di akhir bengkel.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 0123041242 / 0176393915

Friday, March 4, 2011

SHORT EYES: Zahiril Adzim sebagai Clarke Davis


Selain berlakon, Zahiril Adzim juga banyak menulis puisi, skrip dan bermain alat muzik. Beliau juga pernah mengarah teater.

Sejak selesai pengajian dalam seni lakon, beliau sudah berlakon berpuluh-puluh siri tv dan telemovie. Pencapaiannya di dalam bidang lakonan ialah apabila dipilih sebagai penerima anugerah Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke 22 melalui filem KAMI. Filem KARAOKE lakonan beliau pula pernah dihantar ke Festival Filem Cannes, Perancis, untuk dicalonkan Camera d'Or (Golden Camera). Beliau juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Bakat Muda Selangor 2010.

Zahiril Adzim juga pernah tercalon sebagai 'Most Promising Artist' - Boh Cameronian Awards, KLUE Blue Chili Awards dan juga Best On Screen Chemistry - 8TV Shout Awards bagi filem KAMI The Movie.

Selain itu, beliau luangkan masa lapangnya dengan menulis rencana yang suatu waktu dahulu pernah diterbitkan di dalam thenuttgraph.

Keterangan lanjut mengenai SHORT EYES.

Thursday, March 3, 2011

SHORT EYES: Faisal Mustaffa sebagai Capt Allard dan juga Penerbit Eksekutif

FAISAL MUSTAFFA (40 tahun) merupakan pemegang amanah Rumah Anak Teater (RAT Production). Pelakon filem-filem pendek, penulis skrip, mengarah filem dokumentari, penulis lirik, penulis rencana. Beliau bertanggungjawab menguruskan semua projek di bawah Rumah Anak Teater termasuk filem dan kelas lakonan. Sering menjalani aktiviti skuba di masa kesempatan. Beliau sering menjadi mangsa dan diambil kesempatan oleh pihak yang konon hebat dalam pelbagai bidang.

Keterangan lanjut mengenai SHORT EYES.

Tuesday, March 1, 2011

SHORT EYES: Taiyuddin Bakar sebagai Longshoe Charlie Murphy


SALLEHUDDIN ABU BAKAR @ Taiyuddin Bakar (26) seorang artis independen yang terlibat dalam banyak aktiviti seni termasuk filem, teater, siri tv dan filem pendek.

Terlibat sejak 2002, Taiyuddin sudah berlakon sebanyak 28 teater, 5 filem dan 25 siri tv dan filem pendek. Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam menyumbang suara dalam beberapa suara latar dalam kempen dan pengiklanan.

Antara teater yang pernah dilakonkan oleh Tai ialah Tun Abdul Razak The Musical (2008), Jebat Menderhaka (2007), Mak Yong (2004) dan Perempuan Seorang Lt Inggeris (2002). Selain Legasi di dalam Teater Kompilasi vol 2, pada tahun 2009 juga terlibat dalam teater Gelanggang dan Sirah Junjungan Tahajud Cinta.

Melalui filem, beliau pernah berlakon di dalam filem Libas (2009), Lu Pikirlah Sendiri de Movie (2008), Punggok Rindukan Bulan (2008), 1957 Hati Malaya (2007) dan Mokhsin (2006).

Tai terlibat dalam lakonan siri tv sejak 2003. Antaranya ialah Sayangnya Khalid (2003), Daerah Permai (2004), Anjakan (2005), Selamat Hari jadi Abah (2006), Anak Pontianak (2007), Misteri Penarik Becha (2008) dan Aca da Atuk (2009).

Taiyuddin yang juga seorang pengarah tujuh (7) pementasan teater pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik dalam Festival Teater Kuala Lumpur (2005) melalui pementasan Anak Bulan di Kg Wa’ Hassan. Beliau juga pernah dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di BOH Cameronian Awards.

Keterangan lanjut mengenai SHORT EYES.

Monday, February 28, 2011

SHORT EYES: Nam Ron sebagai Ice dan juga Pengarah Kreatif

NAM RON atau nama sebenarnya Shahili Abdan (41 tahun) merupakan seorang pengarah, penulis, pelakon teater, tv dan filem. Di arena teater beliau mula terlibat dengan aktiviti ini bermula dari tahun 1989. Pada tahun 2000, selepas tamat pengajian di Akademi Seni Kebangsaan beliau menubuhkan Alternative Stage dan menjadi pengarah artistik hingga kini. Selain dari penggiat seni beliau juga turut menyumbang tenaga sebagai pensyarah sambilan. Beberapa karyanya telah tercalon ke peringkat akhir di Anugerah Seni Cameronian sebagai pengarah, pelakon dan penulis antaranya adalah Lembu, Matderihkolaperlih, Laut lebih Indah dari Bulan dan VV(WIP). Pada tahun 2003 Matderihkolaperlih memenangi ketegori skrip bahasa melayu terbaik pada anugerah tersebut. Pencapaian beliau yang lain adalah apabila menerima anugerah graduan cermerlang bagi ketegori teater oleh ASWARA pada tahun 2007. Nam Ron juga adalah salah seorang ahli dalam pertubuhan Lohan Journey, sebuah pertubuhan teater antarabangsa yang bertapak di Tokyo.

Nam Ron or his real name is Shahili Abdan (40) is a director, theatre players, film and tv actors by profession. He started his theatre activities from 1989. In 2000, he finished his studies in Akademi Seni Kebangsaan and later on formed Alternative Stage and became artistic director since then. Besides art, he also lectures. Some of his works have nominated to the Cameronian Awards as director, cast and actors like in Lembu, Matderihkolaperlih, Laut lebih Indah dari Bulan dan VV(WIP). In 2003, Matderihkolaperlih won the best malay script. He also the received the best students awards in theatre (ASWARA, 2007).Nam Ron is also a member to Lohan Journey, an international body in theatre base in Tokyo.

Keterangan lanjut tentang SHORT EYES.

Sunday, February 27, 2011

SHORT EYES: Tayanithi sebagai Omar



TAYANITHI berlatarbelakangkan perfileman, bertanggungjawab di belakang lensa kamera. Tetapi, tidak bermakna beliau tidak boleh berlakon.

Keterangan lanjut mengenai SHORT EYES.

Saturday, February 26, 2011

SHORT EYES: Khairunazwan Rodzy sebagai Juan


KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan Diploma Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Antara teater yang pernah di arahkan oleh beliau ialah ‘Gema Merdeka – perjuangan belum selesai’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak’, ‘Muzikal Uda dan Dara’, ‘No Exit’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka’, ‘Romeo dan Juliet’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam ASWARA, beliau juga membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur seperti di Annexe, MTC dan banyak lagi. Sekarang beliau merupakan pelajar Ijazah dalam Fakulti Teater di ASWARA.

Keterangan lanjut tentang SHORT EYES.

Friday, February 25, 2011

SHORT EYES: Fared Ayam (Pengarah)


Fared Ayam
adalah teruna konon berdarah kacukan berjiwa mustang yang sentiasa penuh dengan cinta dan kemarahan. Beliau yang jarang mandi kerana percaya bau lelaki itu seksi ini juga sering tertanya tentang siapa dia di mata masyarakatnya lalu menjadikan teater, puisi dan segala macam cabang seni sebagai laman luahan ketidakpuashatian. Antara pementasan hasil pengarahan/penulisannya termasuk WAKTU-eksperimental merdeka, Short Eyes, Projek Kolaborasi Pentas Teater 2006:Breaking/Ji Poh/ Kasi-Pe-Cah (Kuala Lumpur, Jepun, Singapura), Instant Cafe Kurang Manis, Uda dan Dara, ProjekKoken:Teater Kompilasi Vol 1, ProjekKoken:Teater Kompilasi Vol 2 serta Projek Kolaborasi Pentas Teater 2009:DELUSIONS The Year In A Word | KHAYALAN Setahun Dalam Kata | 惑: 今年一字. Pernah terlibat sebagai fasilitator untuk beberapa workshop seperti Festival Right To Read, SENTUH:Seksualiti dan Tubuh serta Indonesian Study Tour:Feminisme dari sudut pandangan Islam. Selain pernah dicalonkan sebagai Most Promising Artist di BOH Cameronian Arts Award 2008 beliau juga baru-baru ini hampir-hampir dicalonkan sebagai Jejaka Cun Mangga.

Keterangan lanjut mengenai pementasan SHORT EYES.

Thursday, February 24, 2011

SHORT EYES: K'N sebagai Paco

Khairil Ridzuan K'N

KHAIRIL RIDZUAN
anak kelahiran Pulau Langkawi ini l...ebih selesa di panggil KN. Graduan Diploma ASWARA ini mula bergiat secara serius seawal tahun 2004 lagi. Antara produksi yang pernah beliau terlibat seperti Atap Genting Atap Rumbia, Percakapan Seorang Oedipus, Bilik Sulit, Dua Bulatan Pukul Enam dan banyak lagi. Pernah bekerja dengan Suhaimi Baba dalam filem 1957 : Hati Malaya dan siri Anak Pontianak. Sekarang beliau menjadi pelakon sepenuh masa.

Keterangan lanjut tentang pementasan SHORT EYES.

Wednesday, February 23, 2011

SHORT EYES: Naque Ariffin sebagai Cupcakes



Mula menunjukan ...minatnya dalam bidang lakonan teater ketika di sekolah menengah.Beliau memegang watak utama didalam naskah ‘Wira Bangsa’ karya Aziah Abdullah dan telah memenangi pertandingan teater peringkat negeri.Selepas itu beliau bernaung di bawah
Persatuan Karyawan Negeri Sembilan. Sempat mementaskan naskah Ismail Kassan iaitu ‘Gelanggang Tok Wali’ dibawah arahan Roslee Mansor. Beliau memilih Akedemi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teater dengan lebih serius.Sungguhpun masih baru dalam pementasan teater,beliau banyak melibatkan diri di dalam produksi teater antaranya ialah Ayam Jantan Ayam Betina(lakonan), Menyerahnya Seorang Perempuan (lakonan),Opera Primadona (lakonan), Kubur (lakonan), Lysistrata(korus), Tiada Dia Melainkan Aku (lakonan), 5 Karyawan Muda (krew pentas), Puisi DraSedar (sinografer),Wa..Wa..Wa.. Tu Bulan (krew pentas),The Crucible (pengurus pentas) dan banyak lagi.

Keterangan lanjut mengenai SHORT EYES.

Tuesday, February 22, 2011

SHORT EYES: Nadziratul Fadzila (Pengurus Pentas)


Lebih dikenali dengan namanya Eila di kalangan kawan-kawan adalah bekas graduan Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam Diploma Teater (Sinografi). Beliau sekarang melanjut pelajaran di Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Drama). Beliau juga pernah melanjutkan pelajaran ke Institusi Seni Indonesia, Surakarta dalam jurusan perdalangan pada 2010 selama sebulan. Sebelum ini beliau terlibat dengan beberapa produksi teater Aswara dan luar seperti Bangsawan Raden Galoh 2007 (pereka set), Makyong Raja Kecil Dewa Laksana 2008 (pelakon), Lawyer Dahlan 2006 (pelakon), Gamat 2007 & 2009(pelakon), Teater Kompilasi Volume 2 2009 (pengurus pentas), Angin Mengambang & Nangislah Anak 2009 (pengurus pentas), Tanda 2010 (peengurus pentas). Beliau juga pernah menyertai rancangan Bang-bang Bom iaitu untuk kenakan orang ramai. Dengan kata akhir, " anjing menyalak, bulan melihat " ;)

Keterangan lanjut mengenai pementasan SHORT EYES.

Monday, February 21, 2011

SHORT EYES: Yusman bertanggungjawab sebagai sinografer



Yusman Mokhtar is a graduate from the Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) in theatre majoring in scenography. Started doing theatre in 2001 and has done work both on stage and off stage. Among his designing credit includes Butterflies Are Free (TAS), Coffee & Toast (Aroma), Tat Nenas (Aroma), Teater Kanak-Kanak Debunga Setia, Teater Kanak-kanak Wa, Wa… Tu Bulan, Opera Cina Si Yatim Chao, Jalan Mati, Short Eyes, Muzikal Tun Razak (ASWARA), Kisah Gadis (TAS), What Does It Mean To Be Malaysian, Bottom Top, Belacan Geragok And Other Prawns, Oh My God!, Kaki Blue The Musical, Rosencrantz and Guildenstern Are Dead, Hamlet (KLPAC), DanSing Thru Broadway (Farah Sulaiman) and Projek KoKen’s Teater Kompilasi Vol. 1 and Teater Kompilasi Vol . 2. He was also part of the original directing team from the first staging of Tanda.

More information about SHORT EYES.