Friday, February 3, 2012

KLIS12: Saliva Mathieu, Raja Filem Pendek



KUALA LUMPUR, 1 FEBUARI 2012 : KLIS12 (Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012) merupakan festival filem pendek kali pertama diadakan di Malaysia. Terdapat empat kategori yang dipertandingkan; Animasi , Pelajar , Filem Pendek dan Tanggungjawab Sosial Korporat.

Saliva Mathieu, Pengarah yang berjaya memikat hati Datuk Bandar Kuala Lumpur sehingga melayakkan beliau untuk menerima Anugerah Khas Datuk Bandar melalui karyanya “Beneath The Surface” turut memenangi Anugerah Juri.

Dalam temuramah yang diadakan, Saliva berkata anugerah seperti ini harus diteruskan pada masa hadapan kerana ia membuka peluang pada pembikin filem sepertinya mengenali pembikin filem dari negara lain.
“Saya telah berkata pada diri saya sendiri bahawa saya perlu pulang dengan satu anugerah dan saya teramat gembira kerana saya berjaya membawa pulang dua anugerah penting iaitu dari Anugerah Khas Juri dan Anugerah Khas Datuk Bandar. Sememangnya saya tidak menyangka pertandingan terakhir untuk “Beneath The Surface” boleh menang besar seperti ini. Saya mengambil peluang ini untuk berterima kasih pada rakyat India di Amerika kerana memberi inspirasi kepada saya untuk menyiapkan karya ini walaupun saya mempunyai banyak masalah kewangan sepanjang tempoh saya ingin siapkannya. Terima kasih Malaysia,Terima kasih Kuala Lumpur,” jelasnya dengan bangga.

Pemenang untuk Kategori Pelajar pula, Hammad Rizvi dari U.S.A telah berjaya membawa karyanya “Road to Peshawar” untuk mendapat tempat ketiga. Piyush Thakur dari India mendapat tempat kedua dengan karyanya “Khara Karodpati”.
Pengarah berbakat dari Taiwan Chun-Yi Hsieh telah mendapat tempat pertama sekali gus menerima Anugerah Khas Kuala Lumpur untuk karyanya “Bian Zi”. “Road to Peshawar” merupakan satu karya yang berani kerana ia menceritakan tentang Peperangan Soviet-Afghan pada tahun 1988. Seorang gadis Afghan yang cedera telah dibawa ke Pakistan oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan rapi. Perjalanan mereka terganggu apabila mereka melalui satu lombong. “Khara Karodpati” menampilkan kisah kehidupan Vishnu dan keluarga serta penduduk kampungnya di Maharashtra dan perjalanan mereka untuk mengenali dan mengerti maksud sebenar sebuah kemenangan.Panggilan untuk menyertai “Who Want to be a Millionaire” telah mengubah hidupnya serba sedikit. “Bian Zi” mengisahkan tentang lelaki yang tidak dapat menerima hakikat pemergian isterinya secara tiba-tiba, beliau bekerja untuk memastikan anaknya Ting gembira setiap masa.




Untuk kategori Filem Pendek pula di tempat ketiga Alexis Morante dari Spain selesa bersama filemnya “Matador on the road”, manakala “The Novel” dari Itali dan di arahkan oleh Paolo Licata berjaya ditempat kedua. Di tempat pertama Pengarah dari Ireland, Brian O’Malley berjaya membuka mata juri dengan filemnya “Crossing Salween.”

Kategori Tanggungjawab Sosial Korporat, “Hotel of the World” oleh Ayoub Luahabi dari Belgium mendapat tempat ketiga. “I Don’t need a Golf Course” dari Jepun pula mendapat tempat kedua diarah oleh Kazuhiko Mizushina. Manakala Malaysia pula berjaya mendapat tempat pertama dengan karyanya “Like Toy Dolls”. Yihwen Chen cuba menunjukkan perasaan bayi yang dibuang oleh si ibu yang terlanjur.
Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur, dalam kenyataannya menyebut,” KLIS2012 telah menerima lebih dari seribu penyertaan dari 75 negara seluruh dunia. Saya berasa majlis bertaraf antarabangsa seperti ini patut mendapat sambutan meluas dan sokongan padu kerana ianya bukan hanya mempromosi filem di Malaysia saja malah secara terangan ianya menjadi antara produk pelancongan untuk negara kita.”

Pengarah Festival, Martias Mohd Ali pula berkata, “KLIS2012 telah menyediakan peluang untuk pengarah muda bertanding diperingkat antarabangsa dan pada waktu yang sam meningkatkan ilmu pengetahuan mereka juga kemahiran teknikal mereka.”
Beliau menyambung, “ KLIS telah diwujudkan untuk anak muda menunjukkan kemahiran,bakat dan kreativiti mereka secara minima dan mengambil kepakaran dan pengalaman pesaing dari negara lain. Saya percaya bahawa KLIS akan menjadi titik permulaan untuk anak muda kita berkerjasama bersama pengarah dari negara lain untuk menghasilkan sebuah filem bertaraf antarabangsa pada masa akan datang.” Beliau juga berpendapat bahawa acara berspestij yang diadakan selama tiga hari ini akan memberi manfaat pada pengiat filem untuk mempromosikan filem pendek mereka sepanjang acara ini berlangsung.”

Dalam ucapannya juga, Martias memberitahu bahawa beliau yakin KLIS2012 akan menjadi satu penanda baru dan akan membuka mata industri Media kita untuk membuat lebih banyak Festival Filem Pendek yang mencabar pada masa akan datang.”



Wednesday, February 1, 2012

Teater SESUDAH SUBUH: Kisah Penganiayaan ke Tali Gantung

Sekarang penggiat-penggiat teater sudah berani mementaskan karya-karya yang tidak bertemakan cinta dan menyentuh hal-hal hak asasi manusia dan penganiayaan sesama manusia. Sedang berlangsung sekarang ialah pementasan teater SESUDAH SUBUH karya Seni Bayan dan diolah oleh Naqiu Ariffin di bawah penganjuran kumpulan teater yang menggelarkan diri mereka PENGGERAK TEATER (P.e.T.e.R).

Pementasan yang berlangsung sehingga 29 Januari 2012 di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur ini mengisahkan empat orang banduan wanita yang ditempatkan dalam sebuah sel akhir. Keempat-empat banduan ini menanti dikenakan hukuman gantung atas kesalahan yang telah mereka lakukan. Seperti lazimnya, pelaksanaan hukuman mati dijalankan pada waktu sesudah subuh.

Bagi mengalih tekanan akan hukuman yang mereka akan jalani itu, Mona, Farah, Zura dan Selamat akan bermain satu permainan. Mereka dikehendaki merebut cawan tertentu yang disediakan selepas bersarapan dan mereka yang gagal akan dihukum dengan pelbagai bentuk hukuman.

Apa yang menarik tentang pementasan ini ialah keempat-empat mereka itu telah dianiaya semasa hidup mereka sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman mati. Ada yang menjadi mangsa rogol berkali-kali sehingga berjaya membunuh perogol berkenaan. Ada yang dihukum kerana membunuh sebab kekasih yang curang. Ada yang dianiaya kerana membawa dadah tanpa diketahui.

Selain daripada SESUDAH SUBUH, sebelum ini kumpulan produksi Rumah Anak Teater pernah mementaskan teater BANDUAN AKHIR DI SEL AKHIR pada Oktober 2010 yang berdasarkan kepada kisah benar yang berlaku ke atas seorang warganegara Malaysia, Yong Vui Kong di Singapura. Beliau juga dianiaya dengan disuruh membawa sejumlah dadah ke negara jiran dengan upah yang lumayan. Vui Kong sedang menunggu detik kematiannya. Pada tahun 2007, remaja lelaki yang berasal dari Sabah berusia 18 tahun yang datangnya dari sebuah keluarga yang berpecah - belah ini ditahan kerana memiliki 47 gram heroin dan dijatuhkan Hukuman Mati Mandatori. Sejak itu, Vui Fung, gadis Malaysia memulakan perjuangannya bagi membebaskan abangnya, Yong Vui Kong daripada tali gantung. Dalam jangka masa tiga tahun, gadis tersebut melalui pelbagai dugaan sewaktu berhadapan dengan pihak berkuasa bagi membebaskan abangnya. Sungguhpun demikian, bersama Ravi, seorang peguam hak asasi manusia di Singapura, kedua-dua mereka ‘percaya’ bahawa sesuatu boleh dilakukan bagi menyelamatkan nyawa Yong Vui Kong. Drama 50 minit ini menunjukkan waktu-waktu gelita Yong Vui Kong berhadapan dengan Hukuman Gantungnya.

Menurut pengarah Naqiu Ariffin, naskah ini menarik beliau untuk dipentaskan kerana Malaysia ialah salah satu negara di dunia yang masih mengamalkan hukuman mati mandatori sungguhpun banyak negara-negara lain telah memansuhkannya.

Di Malaysia, hukuman mati mandatori boleh dijatuhkan atas kesalahan cuba memulakan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong (Seksyen 121 Kanun Keseksaan), anggota tentera yang cuba bersubahat dengan musuh (Seksyen 132 Kanun Keseksaan), percubaan untuk membunuh diri (Seksyen 306 Kanun Keseksaan), percubaan untuk membunuh (Seksyen 307(c)Kanun keseksaan), menculik dengan bertujuan untuk membunuh (Seksyen 364 Kanun Keseksaan), menangkap orang lain dengan tujuan untuk tebusan (Seksyen 374A Kanun Keseksaan), rompakan berkumpulan sehingga berakhir dengan pembunuhan (Seksyen 396 Kanun Keseksaan), mengedar dadah (Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952)dan memiliki senjata api (Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960).

Berbeza dengan Banduan Akhir di Sel Akhir, Naqiu memberitahu bahawa tujuannya mementaskan naskah ini bukanlah berkempen agar hukuman mati yang diamalkan di Malaysia ini dimansuhkan. Ia hanya sebuah naskah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang tekanan yang dialami yang mungkin akan berakhir di tali gantung.

Pementasan ini dijayakan oleh Fatanah Amira, Amira Izzati, Suhana Othman, Nazliah Azman, Nor Azila, Akmal Ahmad dan Siti Nadzirah. Kesemua mereka merupakan pelajar semester akhir diploma di Akademi Seni Negara dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Wednesday, January 25, 2012

..Teater : Aku Manusia Berdosa..

Ju&Meo



Kampong Chetek

Berakhir sudah pementasan teater vol. 5 'Aku Manusia Berdosa' yang dipentaskan di stor DBP sejak 20 Januari 2012 yang lalu. Aku menontonnya sebanyak dua kali iaitu pada hari pertama dan hari terakhir pementasannya malam tadi. Sebenarnya aku tidak berniat untuk menulis mengenainya, tetapi atas permintaan ramai serta beberapa orang sahabat, maka aku gagahkan juga untuk memberikan sedikit pendapat kerdil ku.

Baca ulasan penuh di sini.

Untuk dapatkan buku skrip AKU MANUSIA BERDOSA, sila klik di sini.

Monday, January 16, 2012

BFM Interview 16 January 2012

We hear about the Malay language double bill presentation by critically acclaimed local arts group Rumah Anak Teater, from executive producer Faisal Mustaffa and lead actress Mislina Mustaffa.

Listen to the podcast here.

Promotion in TimeOutKL Magazine.

Rumah Anak Teater (RAT) presents a theatre compilation featuring two stories titled 'Kampong Chetek' and 'Ju & Meo'. 'Kampung Chetek' tells the story of Akak who has many lingering questions for her teacher, neighbour and religious mentor. In 'Ju & Meo', the story revolves around Romeo (Meo) and Juliet (Ju) who face emotional turmoil during their honeymoon period. Pekin Ibrahim, Mislina Mustaffa and Dira Abu Zahar are among cast members involved.

Click here for detail.

Click here for facebook event page.

Sunday, January 15, 2012

SINOPSIS PEMENTASAN TEATER AKU MANUSIA BERDOSA Teater Kompilasi V


SINOPSIS

Kampong Chetek
Akak bertanya pada cCikgu Timah, Makcik Joyah jiran sebelah, Ustazah Peah, Suzi dan Dah sendiri kenapa Dah boleh lakukan apa yang telah dia tergamak lakukan.

Ju & Meo
Romeo (Meo) dan Juliet (Ju) masih berbulan madu. Bulan madu keliling dunia. Malaysia negara terakhir. Tahun ini adalah bulan madu tahun ke lima ratus. Tiap kali tahun sampai ke penghujungnya, Juliet pasti mengalami kemurungan. Dia tidak mahu bulan madu mereka berakhir di Malaysia saja, tahun ini tahun ke dua puluh. Kali ini, tahun ini, Romeo cuba cara baru menceriakan Juliet. Romeo bercerita kisah-kisah lama bagaimana mereka boleh ketemu. Apa rasanya bila terpandang Juliet kali pertama. Apa yang membuatkan dia jatuh cinta dengan Juliet. Bagaimana dia boleh menghadiri majlis keraian di rumah Juliet padahal kedua keluarga adalah musuh keturunan. Sebab musabab mengapa kedua sepupu Romeo memaksa dia ke sana. Ibu bapa Meo susah hati melihat anak mereka yang terpuruk di dalam bilik berminggu-minggu. Romeo terperuk di dalam bilik berminggu-minggu kerana melayan rasa kecewa. Rasa kecewa tercipta disebabkan oleh Rosaline yang menolak cinta Romeo. Rosaline??? Bukankah Juliet cinta pertama Romeo? Murung Juliet menggila. Meo berusaha keras memujuk Ju.

Keterangan lanjut mengenai pementasan di pautan ini.

Sunday, January 8, 2012

RAKAMAN PEMENTASAN SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM SUARAM

Tajuk: BEBAS

Pengarah: Khairunazwan Rodzy

Skrip: Faisal Mustaffa

Pelakon: Nam Ron, Taiyuddin Bakar, Dira Abu Zahar, Indra Zaaba


Friday, January 6, 2012

Aku Manusia Berdosa Temukan Dira, Pekin & Mislina


“Ju & Meo” dan “Kampong Chetek” bakal membuka tirai pementasan teater terbitan Rumah Anak Teater untuk tahun 2012. Dua pementasan tersebut dijenamakan sebagai Teater Kompilasi V yang diambil dari sebuah buku bertajuk “Aku Manusia Berdosa”, karya Nur Ahmad.

Ia merupakan arahan pertama beliau dalam bentuk pementasan teater dari buku yang mengandungi skrip teater dan drama pendek terbitan Merpati Jingga. Buku tersebut telah dilancarkan oleh U-Wei Haji Shaari di Balai Seni Visual Negara pada 14 Disember tahun lalu.

Antara pelakon yang terlibat terdiri daripada Pekin Ibrahim dan Mislina Mustaffa untuk naskhah Ju & Meo, manakala penyampai program hiburan popular Melodi, Dira Abu Zahar akan beraksi solo dalam naskhah Kampong Chetek.

Berita lanjut boleh diperolehi di pautan ini.

Maklumat lanjut mengenai pementasan boleh diperolehi di sini.

Pelakon Kampong Chetek AKU MANUSIA BERDOSA Teater Kompilasi V


DIRA ABU ZAHAR telah mula berjinak dengan lakonan pentas dan lensa kamera sejak empat tahun yang lalu. Dalam jangkamasa tersebut Dira sudah pun terlibat dalam lima buah filem iaitu Untuk 3 Hari ( Tarantela- Afdlin Shauki), Chow Kit ( GB Films - Dhojee & Brando), Pontianak vs Orang Minyak (Vision Works - Afdlin Shauki), Ngorat ( Line Clear - Prof Razak Mohaideen) dan Papadom 2 ( Tayangan Unggul & Vision Works - Afdlin Shauki).

Sungguhpun Dira lebih terserlah sebagai pengacara program hiburan Melodi, beliau juga pernah terlibat dalam 12 siri drama TV. Antaranya Cinta Tanpa Suara (Khalid Arab), Delima (Jamal Khan), Dua Kali Aku Mencintaimu ( Joeza), Rona Roni Makaroni (Shahrulezad), Merah Puteh (Azma Aizal Yusof), Tower 13 (Khabir Bhatia), Kekasihku Seru (Khabir Bhatia), Aki Nabalu (Khabir Bhatia), Arjuna (Elmy), Crossings (Prakash), Tiramisu dan Tahajjud Cinta.

Selain itu, ibu beranak satu itu yang juga gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi itu juga pernah berlakon dalam telemovie seperti 100 harijadi (Woo Ming Jin), Perempuan (Fahmi Sarudi), Tiga (Wan Hasliza), Rumah Tinggal (Jason Chong), Tipah Torpedo (Azma Aizal Yusof), Salah Mesej Suami (Moon), Ku Sangka Malam Kiranya Siang (Jurey Latif Omar) dan Senyawa (Faizal Arif).

Pertama kali Dira berjinak dengan panggung teater ialah pada tahun 2008 ketika memainkan watak utama Cikgu Zaleha dalam Legasi melalui Teater Kompilasi II dan kemudiannya Tanda melalui Teater Kompilasi III. Kedua-duanya di bawah terbitan Rumah Anak Teater.

Thursday, January 5, 2012

Sinografer AKU MANUSIA BERDOSA Teater Kompilasi V


Yusman Mokhtar adalah seorang graduan dari Akademi Seni Budaya dan WarisanKebangsaan (ASWARA) dalam teater, pengkhususan dalam scenography. Mula membuat teater pada tahun 2001 dan telah melakukan kerja kedua-dua di atas pentas dan peringkat off. Antara mereka bentuk kredit termasuk Rama-rama AdakahPercuma (TAS), kopi & Toast (Aroma), Tat Nenas (Aroma), Teater Kanak-KanakDebunga Setia, Teater Kanak-Kanak Wa, Wa ... Tu Bulan, Opera Cina Si YatimChao, Jalan Mati, Mata Pendek, Muzikal Tun Razak (ASWARA), Kisah Gadis (TAS),Adakah Ia Min Akan Malaysia, Atas Bawah, belacan Geragok dan Udang Lain-lain,Oh Tuhanku, Kaki Blue The Musical, Rosencrantz dan Guildenstern Adakah Mati ,Hamlet (KLPAC), DanSing Melalui Broadway (Farah Sulaiman) dan Projek KoKenTeater Himpun Vol. 1 dan Teater Himpun Vol.2. Beliau juga sebahagian daripadapasukan mengarah asal dari pementasan pertama Tanda.

Pekin & Mislina bak Romeo & Juliet!


Persahabatan dua pelakon meningkat naik, Pekin Ibrahim dan Mislina Mustaffa nampaknya semakin mesra sejak kebelakangan ini. Mereka kelihatan berdua-duaan di kebanyakan majlis awam mahupun membeli-belah di kompleks membeli belah serata ibukota.


Apabila ditanya tentang kemesraan beliau dengan Mislina Mustaffa, pelakon filem yangpernah membintangi filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah itu tidak menafikannya.

Berita selanjutnya di sini.

Wednesday, January 4, 2012

Penerbit Eksekutif AKU MANUSIA BERDOSA Teater Kompilasi V


Faisal Mustaffa (41 tahun) mula berjinak-jinak dengan penulisan sejak 2001 sungguHpun berlatarbelakangan Sarjana Pengurusan Pentadbiran. Bermula dengan rencana pengurusan, alam sekitar, beliau bertukar arah kepada sosial, politik dan budaya. Pernah menerbitkan buku KONFLIKTING (2007), SAPU MALAYSIA (2010), APA ADA DENGAN LIBERALISME (2011). Beliau juga pernah menerbitkan pementasan teater, filem yang berlatarbelakangkan surealisme. Antaranya ialah Teater Kompilasi 2 (2009), Teater TANDA Kompilasi 3 (2010), Banduan Akhir di Sel Akhir (2010), Kampung Semut & Tanda Kecil (2011), SenaPas (2011), seorang bapa tunggal yang kini terlalu asyik dengan aktiviti skuba bila sahaja ada masa lapang.

Beliau juga bertanggungjawab menerbitkan buku PADA SEBUAH KETENTUAN (Ayam Fared, 2011), BOGEL MENUJU TUHAN (Zahiril Adzim, 2011), Hitamputih (Taj Addin, 2011) dan AKU MANUSIA BERDOSA, (Nur Ahmad, 2011).

Keterangan lanjut mengenai pementasan ini boleh diperolehi di pautan ini.

Penulis Skrip AKU MANUSIA BERDOSA Teater Kompilasi V



NUR AHMAD mula menulis secara profesional sejak 2002. Bermula dengan sitkom 13 episod YANG&YANG (2002) yang diarahkan oleh Othman Hafsham, beliau mula menulis untuk skrip pementasan-pementasan teater. Nur Ahmad juga menulis untuk telefilem MENCARI JANNAH (2010), KU YAKIN BERLAKU (2010), AKU PENGEMIS CINTAMU (2011), FIRDAUS @MENJARING PELANGI (2011), CUMA ADA KAMU! (2011), BERLARI MENGEJAR CINTA (2011), PERANG PENDEKAR (2011), PILIHLAH AKU! (2011). Skrip-skrip beliau pernah dilayarkan ke RTM dan Astro Oasis. Penulis sedang dalam proses mengusahakan novel grafik bertajuk SERIKANDI7 “perawat jiwa” dan skrip filem “PERANG PENDEKAR”.

Pada tahun 2008, lirik Nur Ahmad berjudul DENDANGAN UNTUK SERI PADUKA AYAHANDA diperkenan YTM, Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Kebawah DYMM TUanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Selain menulis, Nur Ahmad juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Syarikat untuk TANAH LICIN SDN BHD, syarikat produksi filem milik Pengarah U-Wei Bin HajiSaari (2008-2010).

Keterangan lanjut mengenai pementasan ini boleh dilihat di pautan ini.

Tuesday, January 3, 2012

Pengurus Produksi AKU MANUSIA BERDOSA Teater Kompilasi V


Han Zalini anak jati Negeri Sembilan ini merupakan seorang anak muda yang berjiwa besar dalam industri seni teater. Beliau merupakan pelajar Diploma Seni Teater di Kolej Yayasan Melaka dalam pengkhususan lakonan dan pengarahan. Sepanjang pengajian di KYM, Han telah melibatkan diri dalam pelbagai bidang kerja seperti krew pentas untuk Gejolak, bahagian pemuzik untuk Denyut, penolong pengurus pentas bagi Short Eyes dan Asrar 2. Antara pementasan teater yang mendapat sentuhan lakonan dari beliau adalah Melati & Melur, Bilik, Nur, sitkom Gila Muzik dan lain-lain. Di samping itu, beliau turut mengarah 3 short filem Lat Ta Li Lat,Kacau, Rasa dan satu pementasan teater Detik. Selain itu beliau pernah terlibat sebagai pelakon pembantu dalam dokudrama Pengakuan terbitan RTM. Selain itu beliau juga turut mencipta lagu dan lirik kerana meminati muzik yang mendalam sejak kecil lagi.

Keterangan lanjut mengenai pementasa di pautan ini.

Monday, January 2, 2012

Pelakon AKU MANUSIA BERDOSA Teater Kompilasi V




MISLINA MUSTAFFA sudah melalui banyak pahit maung di dalam melakonkan pelbagai watak. Sebagai seorang wanita, beliau telah menyelami banyak produksi filem yang memaparkan banyak peringkat zaman, keadaan latar belakang sosio-ekonomi di sepanjang penglibatan selama 15 tahun; di hadapan lensa kamera mahupun di pentas teater.
Mislina pernah bekerja dengan ramai pengarah terkemuka yang pernah memenangi pelbagai anugerah seperti berikut:


Chris Chong Karaoke
62nd Cannes Film Festival 2009 - calon untuk Camera d’Or (Golden Camera) Award
- ditayangkan di Directors’ Fortnight (Pilihan Rasmi)
Calgary International Film Festival, Canada 2009 – Maverick Award
Asian Film Award 2010 – Best Editor Award

Yasmin Ahmad Mukhsin
Berlin International Film Festival 2007 - Grand Prix of the Deutsches Kinderhilfswerk untuk Filem Terbaik oleh Generation Jury of Generation Kplus.
- Special Mention Award by Generation Kplus
Children’s Jury Awards.
Liew Seng Tat Flower In The Pocket
12th Pusan International Film Festival 2007 – New Current Award dan KNN Audience Award
37th Rotterdam International Film Festival 2008 – VPRO Tiger Award
22nd Fribourg International Film Festival 2008 – Le Regard d’Or (Golden Gaze) Award
10th Deauville Asian Film Festival 2008 – Jury Prize (Lotus du Jury)

Osman Ali Bukak Api
Red Ribbon Media Awards 2000
14th Singapore International Film Festival 2001
Cairo International Film Festival 2002
Nantes International Film festival 2002

Teck Tan Spinning Gasing
Hawaii International Film Festival 2000 – Netpac Award

Osman Ali Anak Halal
Festival Filem Malaysia ke 21 – Best Original Story Award

Tan Chui Mui The Year Without A Summer
15th Pusan International Film Festival 2010 – world premiere

Keterangan lanjut mengenai pementasan di pautan ini.