Thursday, July 22, 2010

TENAGA KERJA SHORT EYES (4)

Nadziratul Fadzila (Pengurus Pentas)

Lebih dikenali dengan namanya Eila di kalangan kawan-kawan adalah bekas graduan Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam Diploma Teater (Sinografi). Beliau sekarang melanjut pelajaran di Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Drama). Beliau juga pernah melanjutkan pelajaran ke Institusi Seni Indonesia, Surakarta dalam jurusan perdalangan pada 2010 selama sebulan. Sebelum ini beliau terlibat dengan beberapa produksi teater Aswara dan luar seperti Bangsawan Raden Galoh 2007 (pereka set), Makyong Raja Kecil Dewa Laksana 2008 (pelakon), Lawyer Dahlan 2006 (pelakon), Gamat 2007 & 2009(pelakon), Teater Kompilasi Volume 2 2009 (pengurus pentas), Angin Mengambang & Nangislah Anak 2009 (pengurus pentas), Tanda 2010 (peengurus pentas). Beliau juga pernah menyertai rancangan Bang-bang Bom iaitu untuk kenakan orang ramai. Dengan kata akhir, " anjing menyalak, bulan melihat " ;)

Pautan untuk pementasan ini: http://www.facebook.com/?sk=events#!/event.php?eid=126792327352590

Pelakon SHORT EYES 2

Khairil Ridzuan K'N (Pelakon)

KHAIRIL RIDZUAN anak kelahiran Pulau Langkawi ini lebih selesa di panggil KN. Graduan Diploma ASWARA ini mula bergiat secara serius seawal tahun 2004 lagi. Antara produksi yang pernah beliau terlibat seperti Atap Genting Atap Rumbia, Percakapan Seorang Oedipus, Bilik Sulit, Dua Bulatan Pukul Enam dan banyak lagi. Pernah bekerja dengan Suhaimi Baba dalam filem 1957 : Hati Malaya dan siri Anak Pontianak. Sekarang beliau menjadi pelakon sepenuh masa.

Tuesday, July 20, 2010

TEATER SHORT EYES (3)

Xavier Fong (Pelakon)

“Life indeed is the arts, for the very core of the arts is the heart itself. For that – our Heart is made out of 2 words - He & Art”

Jejaka berumur 25 tahun ini telah mencintai seni sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Anak bongsu ini yang suka berimaginasi ini sentiasa menginginkan pengembaraan yang luar biasa. Dibesarkan di Ipoh, Xavier beliau pernah melibatkan diri dalam pelbagai cabang seni persembahan.

Di SMK Methodist (ACS) Ipoh, beliau amat aktif dengan breakdance, Hip Hop serta membuat gig Rock untuk persembahan kelab-kelab dan aktiviti sekolah. Kemudian, beliau mula menyertai the Music and Drama Society (MADSOC). Di sini mulanya beliau merasakan apa itu lakonan dan teater buat pertama kalinya.

Xavier, yang mengalami stage fright tahap yang tertinggi akhirnya mendaftar di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) [sekarang lebih dikenali dengan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)] dan dianugerahkan Siswazah Fakulti Teater Terbaik tahun 2008, dan merupakan graduan Cina fakulti teater yang pertama di ASWARA.

Antara drama-drama, filem dan telemovie lakonan beliau adalah Lembing dan Layang (ASTRO Citra), Senja Permai (ASTRO Prima), K.I.T.A. (ASTRO Ria), Frontpage & Hartamas (NTV7), Gadoh (DVD Movie), Belukar (Movie 2010), dan beliau pernah memegang watak utama sebagai Alvin dalam Angpow untuk Mama (RTM 1 – Telemovie Raya Cina).

Xavier juga amat dikenali dalam persembahan Muzikal, Bangsawan, Opera Cina, dan persembahan teater. Antaranya - Grease the Musical (Danny Zuko & Kenickie), Cats the Musical (Rum Tum Tugger), West Side Story (Riff), Sweeney Todd (Sweeney Todd), Aladdin (Aladdin), The Little Mermaid (Scuttle), The Anger in Ernest & Ernestine (Ernest), Bangsawan Menjunjung Duli Mahkota (Sultan Badrul Shah), Bangsawan Laksamana Cheng Ho (Maharaja Meng), Opera Cina Si Yatim Chao (General Han Chueh & Han Shin), Prince Charming’s Complaint – Monologue (Prince Charming), Play Me – adaptasi SAW the Movie (Dr. Gordon Lawrence) dan sebagainya.

Drama terbaru lakonannya adalah bersama terbitan Kash Picture’s Drama Inggeris 13 Episod, berjudul “CROSSINGS” sebagai Anthony (Antoine). CROSSINGS akan mula dimainkan pada bulan Ogos 2010 di NTV7.

Xavier akan melakonkan watak Nett.

Pautan mengenai pementasan: http://www.facebook.com/?sk=events#!/event.php?eid=126792327352590

Monday, July 19, 2010

MALAM SENI TAHAN TANPA BICARA



SEMPENA 50 TAHUN ISA:
MANSUH SAHAJA! TAK PAYAH PINDA!

Malam seni tahan tanpa bicara adalah satu malam untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai melalui lagu, puisi dan sebagainya tentang PENAHANAN TANPA BICARA..

...TARIKH: 24 JULAI 2010
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA MBPJ, JALAN NURI, SEKSYEN 7, KOTA DAMANSARA
MASA: 8 MALAM

PERSEMBAHAN KHAS DARIPADA:

MEOR & NIK (PENYANYI DAN PENGUBAH LAGU)

RUMAH ANAK TEATER – SHORT EYES

DEKLAMASI PUISI OLEH SDR. HISHAMUDDIN RAIS (BEKAS TAHANAN ISA)

KARTUNIS ZUNAR “KARTUN-KARTUN TAHANAN POLITIK”

DAN DEKLAMASI SAJAK KHAS DARIPADA ADUN KOTA DAMANSARA DR. NASIR HASHIM

JOM SERTAI KAMI DALAM MALAM SENI INI! JOM KITA SAMA-SAMA BERJUANG UNTUK MANSUHKAN ISA DAN SEGALA UNDANG-UNDANG TAHAN TANPA BICARA!

ANJURAN BERSAMA GERAKAN MANSUHKAN ISA(GMI) DAN ADUN KOTA DAMANSARA

UNTUK SEBARANG MAKLUMAT SILA HUBUNGI: NALINI DI 019 3758912 ATAU SIVA 0166798005

Pautan: http://www.facebook.com/profile.php?id=100001302102704#!/event.php?eid=110396292344228

Wednesday, July 14, 2010

PELAKON TEATER SHORT EYES


Amerul Affendi (Pelakon)

AMERUL AFFENDI adalah graduan diploma Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang sekarang di kenali ASWARA dalam teater. Sekarang menyambung pelajarannya peringkat ijazah di Universiti Malaya. Banyak berlakon dalam teater, filem pendek, filem dan televisyen. Teater, Pentas Opera, Si Yatim Chao, Tanda, Waktu experimental Merdeka, Air Con, Uda dan Dara. Filem pendek, Aman dan kenapa ayah tak tanam pisang, Gadoh. Filem, Karaoke dan Jimbo. Televisyen, Rona Roni Makaroni, Rembat dan Misteri Penarik Becha.

Monday, July 12, 2010

KARAOKE(2009) MENGHADAPI PERUBAHAN

Oleh Azlina Mohadzir

Jika dilihat pada tajuknya, pasti ramai yang menyangka bahawa filem Karaoke(2009) berkisar kepada kegiatan berkaraoke yang menjadi kegemaran kebanyakan anak muda masa kini. Banyak perkara tersirat yang ingin ditonjolkan di sebalik setiap babak yang ditonjolkan dan dialog yang dilontarkan di dalam filem ini.

Karaoke merupakan filem cetera pertama arahan Chris Chong yang sebelum ini telah mengarahkan lapan buah filem pendek. Di antara filem pendek arahan beliau yang mendapat perhatian daripada peminat filem pendek antarabangsa ialah Blok B yang diterbitkan pada 2008. Ia pernah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin dan dipilih sebagai sepuluh filem pendek terbaik di Festival Filem Kanada. Filem Malaysia terakhir yang ditayangkan di Festival Filem Cannes ialah Kaki Bakar(1995), sebuah filem arahan U-Wei Haji Shaari. Selepas 14 tahun, akhirnya Karaoke terpilih bagi mewakili negara di Festival Filem Cannes. Karaoke turut memenangi anugerah di Festival Filem Calgary di Kanada. Shanon Shah yang menulis skrip filem ini turut bertanggungjawab bagi menulis lagu-lagu yang terdapat di dalam filem ini. Karaoke dibarisi oleh para pelakon yang mempunyai asas kukuh di dalam teater seperti Zahiril Adzim, Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Amerul Affendi dan Nadiya Nissa.

Karaoke mengisahkan tentang Betik yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim, seorang anak muda yang baru menamatkan pengajian di universiti dan pulang ke kampung dengan tujuan untuk membantu ibunya menguruskan perniagaan peninggalan bapanya; sebuat pusat karaoke di tengah estet kelapa sawit. Mislina Mustaffa yang melakonkan watak ibu Betik, dilihat sebagai tidak merestui kepulangan Betik ke kampung. Hubungan di antara mereka berdua masih dingin sejak sekian lama akibat daripada tindakan Betik yang tidak menghadiri majlis pengkebumian ayahnya. Di dalam satu babak ditunjukkan Betik cuba untuk memperbaiki hubungan mereka dengan berbual sambil melihat ibunya melipat kain. Namun usahanya sia-sia apabila si ibu kemudiannya bangkit memasang langsir; sebuah perlambangan akan penolakan si ibu yang masih tidak dapat memaafkan Betik. Bahasa tubuh yang ditunjukkan oleh kedua pelakon menunjukkan kecanggungan di antara kedua anak-beranak. Si anak cuba untuk membawa pembaharuan yang dilihat di bandar bagi memajukan perniagaan karaoke mereka sementara si ibu pula membuat keputusan untuk menjual perniagaan itu dan berhijrah ke bandar.

Betik yang sudah sekian lama tidak pulang ke kampung digambarkan sebagai seorang yang kini tersisih di dalam persekitaran estet kelapa sawit yang dulunya adalah tempat dia membesar. Tema ini turut di guna pakai di dalam filem Asia lain seperti filem Wong Kar Wai, Chungking Express (1994) dan Tsai Ming-Liang, What Time is It There? (2005). Betik berjalan meneroka kampung yang kini seakan tempat asing baginya sehingga tersesat ke hujung kampung. Sepanjang dia berjalan, kita dapat melihat proses yang terjadi saban hari di estet kelapa sawit. Buah kelapa sawit dikutip dan dihantar ke kilang untuk diproses menjadi minyak kelapa sawit. Namun, apa yang tersirat di sebalik babak ini merupakan gambaran kepada isu yang dihadapi di ladang kelapa sawit. Pengurusan ladang kelapa sawit yang lemah mengakibatkan banyak hutan musnah demi menambahkan keluasan kawasan ladang. Kilang kelapa sawit menjadi perlambangan akan pencemaran yang kian menjadi-jadi; pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh mesin pemprosesan kelapa sawit dan pencemaran air bersih akibat kegagalan kilang mengawal saliran. Babak di mana penggembala kambing memohon agar perlawanan bola sepak dimulakan selepas kambingnya selesai meragut rumput menunjukkan betapa ketamakan manusia sedikit demi sedikit memusnahkan ekosistem kita.

Anisah yang dilakonkan oleh Nadiya Nisaa, merupakan seorang gadis yang membesar di estet kelapa sawit dalam dalam filem ini. Betik yang tertarik kepadanya tatkala bertemu di karaoke milik ibu Betik digambarkan sebagai seorang yang cuba mencari jalan untuk keluar daripada kehidupan di estet yang kian mati dan tersisih daripada arus kemodenan. Bapa saudara Betik, Bak, yang dibawakan oleh Mohammad Hariry membantu ibu Betik menguruskan perniagaan karaoke pada malamnya dan bekerja sebagai pembantu di dalam penggambaraan video karaoke. Ibu Betik meminta Bak supaya membawa Betik untuk bekerja bersamanya sebagai pembantu. Bermula sebagai pembantu, Betik akhirnya menjadi pelakon di dalam video tersebut.

Terdapat enam buah lagu di dalam filem ini dan kesemuanya ditulis oleh Shahnon Shah. Apa yang menarik di sini ialah lagu-lagu tersebut bertindak sebagai pelengkap penceritaaan bagi sesuatu babak. Sebagai contoh, semasa Betik dan Anisah sedang berbual di karaoke, salah seorang pengunjung menyanyikan lagu cinta dengan klip video karaoke yang menunjukkan sepasang kekasih berjalan berpegangan tangan dengan latar belakang romantis iaitu matahari terbenam. Sementara babak lagu nasyid yang dinyanyikan oleh seorang pengunjung berbangsa India menunjukkan toleransi kaum dan agama yang wujud di negara kita sejak sekian lama.

Babak penggambaraan video karaoke menggambarkan keadaan yang berlaku semasa penggambaraan. Pelakon yang diupah hanya mengikut arahan sang pengarah di dalam menterjemahkan emosi yang bersesuaian dengan lagu tanpa perlu berusaha untuk memahami lebih lanjut akan maksud di sebalik sesebuah lagu itu. Dengan langit cerah sebagai latar belakang Betik semasa syot yang diambil dari dekat dan lirikan mata Betik yang merenung jauh menggambarkan konflik dalam diri Betik yang ditinggalkan keseorangan di kampung yang kini asing baginya kerana ibu dan bapa saudaranya telah pergi berhijrah ke bandar.

Tema utama yang ingin disampaikan oleh Karaoke: perubahan di dalam hidup yang tidak dapat dielakkan dan kita sebagai manusia sering gagal untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu. Betik sebagai watak utama digambarkan sebagai seorang manusia yang gagal: dia gagal untuk berbaik semula dengan ibunya yang membuat keputusan untuk menjual pusat karaoke peninggalan suaminya demi masa depan yang lebih cerah. Hubungannya dengan Anisah juga tidak ke mana kerana Anisah tidak tertarik latar belakang pendidikan Betik dan kisah-kisah kehidupan di bandar yang sering diceritakan oleh Betik kepadanya.

Tema menghadapi perubahan (di sini, perubahan modenisasi, atau kehadiran urbanisasi ke dalam sosio hidup masyarakat pendalaman) bukanlah sesuatu yang asing di kalangan cendekiawan tempatan. Begitu juga dengan penulis cereka tempatan serta beberapa filem Malaysia yang mengandungi tema sebegini pada 70-an dan 80-an, seperti Setinggan (1981), Bujang Lapok Kembali Daa (1986), Bila Hati Sudah Retak (1983) dan Ceritaku Ceritamu (1979). Tetapi gaya dan garapan Chris Chong yang minimalis, tanpa banyak berdialog, dengan penggunaan ruang dan latar untuk “bercerita” memberikan satu kesegaran yang lain dalam mengimbuhkan kehadiran perubahan terhadap “orang-orang kecil”. Malah, secara menarik sekali, Chris Chong dan Shahnon Shah memilih untuk menggunakan simbolisme karaoke untuk mengikat setiap entiti di dalam filem ini tentang pertalian reaksi dalam menghadapi perubahan itu. Secara tidak sedar, filem ini juga “menyatakan” tentang perubahan sinema Malaysia, serta “reaksi” kita sebagai penonton secara tidak sengaja.

Kejayaan tunggal Betik di dalam filem ini adalah apabila dia menjadi pelakon klip video karaoke. Bermula sebagai bidan terjun kerana menggantikan pelakon lelaki yang tidak datang, dia akhirnya menjadi pelakon yang hanya menurut arahan pengarah. Pada permulaan filem, syot yang diambil dari dekat digunakan bagi memberikan gambaran keadaan karaoke peninggalan bapa Betik. Di akhir filem syot lanskap digunakan bagi memperlihatkan keadaan sekeliling karaoke itu.

Filem ini di akhiri dengan Betik sebagai pelakon di dalam video karaoke, sesuatu yang digemarinya sejak kecil lagi. Ia memperlihatkan Betik sebagai seorang yang masih terikat dengan dunia khayalan di dalam mindanya dan tidak mahu menerima bahawa perubahan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Walaupun dia ditinggalkan oleh si ibu yang telah berhijrah ke bandar bersama pakciknya demi untuk mengubah nasib mereka namun Betik merasakan kerjaya sebagai pelakon klip video karaoke adalah yang terbaik untuknya. Betik tetap mahu hidup di dalam dunia yang penuh fantasi yang dirasakan ideal bagi dirinya. Inilah realiti hidup bagi sesetengah manusia yang tidak mahu berubah.

Rencana ini di siarkan di dalam Dewan Budaya April 2010.

Wednesday, June 30, 2010

Hebahan: Kursus Jangka Pendek Lakonan oleh Rumah Anak Teater



Rumah Anak Teater (RAT) Production dengan bangganya akan mengadakan satu kursus jangka pendek lakonan yang terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi dalam dunia lakonan atau yang ingin mendapat pengalaman baru dalam bidang lakonan.

Berikut adalah butir-butir tentang kursus yang bakal dianjurkan oleh RAT Production:
  • Kursus Jangka Pendek Lakonan oleh RAT Production
  • Tenaga Pengajar: Nam Ron
  • Tempoh: 4 Minggu (8 sessi, 2 jam setiap sessi)
  • Jadual: Setiap Sabtu dan Ahad, jam 2.00 ptg - 4.00 ptg
  • Tarikh: 10 July 2010 - 01 August 2010
  • Bayaran: RM 300
  • Tempat: Studio RAT Production, No 56-2, Jalan 1/76 D, Desa Pandan, Kuala Lumpur
  • Maklumat Lanjut: Hubungi Faisal 019-2232002, Hafiz 012-2395209, email: rumahanakteater@gmail.com
  • Setiap pelajar yang menamatkan kursus ini berpeluang untuk bernaung di bawah RAT Production
Layari laman Facebook Event Kursus Jangka Pendek Lakonan oleh RAT Production bagi mengetahui maklumat terkini.

Thursday, June 24, 2010

BUNYI RUNUT ASAL PROJEK KoKEN



Projek KoKEN: Teater Kompilasi vol 1
Projek KoKEN: Teater Kompilasi vol 3 "TANDA"
Lagu:

1. TERUK
Komposer: Indra Zaaba
Lirik: Zahiril Adzim
Vokal: Indra Zaaba

2. Pokok Kelapa Sayang: Sempurna
Komposer: Indra Zaaba
Lirik: Khairunadzwan Rodzy
Vokal: Indra Zaaba

3. Tambat Kaki: Sekuasa
Komposer: Indra Zaaba
Lirik: Khairil Ridzuan
Vokal: Indra Zaaba

4. Stabil
Komposer: Indra Zaaba
Lirik: Fared Ayam
Vokal: Indra Zaaba

5. Industrial
6. Party People
7. Tonton
8. Aftermath
9. Apocalypse

VCD Detail

Year: 2010
RM15.00*

*excluding postage charges

To order;

1. Pls SMS 019-2232002 (Type vcd KoKEN )
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)

Wednesday, June 23, 2010

NORIS & THE BLISS

Kumpulan yang lahir dari Rumah Anak Teater ini akan membuat persembahan pada 24 Julai 2010 di Annexe Cetral Market.

Kumpulan ini terdirid daripada:

Noris Ali - vocals
Indra - vocals & guitar
Zharan - bass
Amir - drum

Keterangan lanjut, sila lihat pautan ini.

Tuesday, June 22, 2010

Tayangan rakaman PEMENTASAN TANDA


Pementasan tersebut pernah diadakan di ASWARA dan kemudiannya dipentaskan semula di PJLA atas keengganan pihak ASWARA meneruskan pementasan tersebut.

Selepas tayangan, pengarah-pengarah akan turut serta dalam sessi soal-jawab.

Pengarah:

Nam Ron (Artistik)
Khairunadzwan Rodzy
Yusman Mokhtar
Amar Asyraf
Aishah Hoo
Fared Ayam

Majlis ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Noris & The Bliss.

MASUK PERCUMA

DVD 9 dan CD bunyi runut asli TANDA juga ada dijual.

Keterangan lanjut, sila lawat pautan ini.

Tuesday, June 15, 2010

Human Rights Youth Camp


Fared Ayam akan bersama fasilitator-fasilitator lain akan mengendalikan bengkel di dalam perkhemahan ini di Alang Sedayu, Gombak, Selangor.

Fared Ayam akan mengendalikan bengkel seni lakon di dalam kebebasan berkekspressi.

Keterangan lanjut sila lihat di pautan ini.

Wednesday, June 9, 2010

You Know What I'm Saying?




sunday, june 13, 2010
12:00pm - 1:00pm

The Annexe Gallery, Central Market Annexe


WHAT YOU DON’T KNOW THAT YOU DON’T KNOW

Forum Theatre by Centre for Independent Journalism (CIJ) Malaysia


*This event is part of Art For Grabs + KL Alternative Bookfest 2010*
http://www.facebook.com/event.php?eid=125854494104150&ref=ts


Recently, a journalist was courageous enough to resign AND go public over self-censorship in the media organisation he works for. This sparked off a series of supportive civil society actions, from pseudo flash mobs reading newspapers upside down to a superb exhibition-performance of censored stuff. But what’s the big deal about media self-censorship? What’s at stake when a reporter or the media is not allowed to do their job, i.e. “to provide the people with the information they need to be free and self-governing”?

Be part of the answers in our interactive session, make a song-and-dance out of it (we mean that literally – so bring your own musical instruments and what-have-yous) at the Centre for Independent Journalism’s 'Forum Theatre' entitled, “What you don’t know that you don’t know”, and transform it to, “What you didn’t know you now know”. With facilitation by writer/director/theatre trainer Ayam Fared. Welcomed: Journalists, wannabe and closet actors and activists, and victims of media censorship…which means pretty much everyone!

For more information, contact: 03-4023 0772; cijmalaysia@gmail.com . And look out for the CIJ booth at the KL Alternative Book Fest.


p/s : lebih baik kita tahu apa yang kita tak tahu, daripada kita tak tahu apa yang kita tak tahu.. tahu? keh keh keh






Friday, May 14, 2010

Mari Sebarkan Cinta



This is a Postcard Project to our dear Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

USE THE POSTCARD TO TELL HIM THE PEOPLE OF SABAH LOVE THEIR ENVIRONMENT AND DO NOT WANT A COAL-FIRED POWER PLANT IN SABAH.


1. Please grab this photo onto your desktop
2. Put it on a thumbdrive
3. take it to a photo printing shop
4. Print as many as you can
5. kau kau stick the photo on a piece of cardboard
6. write your message to our dear PM on the back of the photo - on the cardboard
7. Don't forget to leave space for the address and stamp
8. Address the letter to the Prime Minister (details below)
9. Put a stamp on it.
10. Post your postcard
11. Bully all your friends, class mates, colleagues, family members to do the same thing please.
12. Everyone LOVES getting postcards.

'Kopivosian' in the Kadazandusun language of Sabah means: 'Greetings' or 'Salam Sejahtera'
'Kotohuadan' in the Kadazandusun language of Sabah means: 'Thank you'.

- Don't be excessively rude cause that's not nice.
- Do use your own language to write to him. He can find a translator & learn some Sabah languages. 1Malaysia bah.


Here is the PM's mailing address at his office in Putrajaya:

Mailing Address
Office of The Prime Minister,
Main Block, Perdana Putra Building,
Federal Government Administrative Centre,
62502 Putrajaya, MALAYSIA

Tel : 603-8888 8000
Fax : 603-8888 3444

Please feel free to phone or fax him or his office if you feel moved to do so.


On 31 October 2009, in Kuala Lumpur, in his keynote address at Tenaga Nasional Berhad’s (TNB's) 60th anniversary celebration, our dear PM said:

“…The government needs to revise its energy policy, ..the current one [is] obsolete and in need of a revamp… was proven to be costly, both environmentally and financially.

“I don’t like the current energy policy. It’s not right,” he told some 1,500 TNB workers attending the event.

“…coal is what we call DIRTY technology, it’s NOT environmentally friendly,”


Do remind him of his own wise words.

USE THE POSTCARD TO TELL THE PRIME MINISTER THE PEOPLE OF SABAH LOVE THEIR ENVIRONMENT AND DO NOT WANT A COAL-FIRED POWER PLANT IN SABAH.

PLEASE TAKE THIS PHOTO + ALL THE INSTRUCTIONS ABOVE AND ADD THIS TO YOUR OWN FB.
THERE IS NO COPYRIGHT
THIS BELONGS TO ALL CONCERNED EARTHLINGS.
DON'T BE SHY.
MAKE A STAND.

NO TO COAL IN SABAH
POWER TO THE PEOPLE
FIX THE GRID

This is a GLOBAL CAMPAIGN because it affects a GLOBALLY OUTSTANDING site therefore requires GLOBAL RESPONSIBILITY to protect it! You from other countries are SO IMPORTANT to us to help stop this coal-fired power plant in our Sabah. Please just do your thing, take hold of the campaign for yourself and spread the word! Kotohuadan from the peoples of Sabah! & do come visit. We're nice & we have gorgeous special places to visit: http://www.sabahtourism.com/sabah-malays
ian-borneo/en/home/

P/s : Jemput sebarkan jika anda juga bersetuju.. Jika tidak, jangan buat pembalut buku.. keh keh keh...

Sunday, May 9, 2010

DVD Tanda 3D kini di pasaran



DVD Pementasan ProjekKoken : TANDA kini sudah berada di pasaran.. Kali ni, kualiti boleh tahan.. tahap dvd Avatar versi cetak rompak gold disc.. keh keh keh.. cuma tak 3D je.. tapi bagi sesiapa yang memiliki cermin mata 3D tu, why not try tengok dvd TANDA guna cermin mata tu.. siapa tahu mungkin akan terhasil kesan yang lebih menakjubkan? keh keh.. ahhh.. cerita banyak pun tak guna, sesiapa yang tak berkesempatan datang menonton pementasan TANDA haritu, atau yang dah menonton tapi masih tak puas dan mahu mengubat kerinduan pada babak-babak yang kononnya telah menjadi punca ia ditarik-balik kebenaran pementasannya (dihalau/dibanned) dari institusi yang dirahsiakan dan diharamkan disebutkan di sini, apalagi? Belilah!

Untuk pembelian, ikut aturan ini..

1. Pls SMS 019-2232002 (Type DVD TANDA )
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)
(Harga RM25.oo)

P/s : Adakah Tanda versi DVD gold disc ini juga bakal menerima nasib yang sama? ooppsss!!! Tak sayang mulut!!

Friday, April 30, 2010

Merayakan mereka yang tidak berkarier.



buka kolektif 2.1

BUKA MATA! a performance art event at PEKAN FRINJAN 11

featuring:

1. Wong Eng Leong
2. Aisyah Baharuddin
3. Alina Abdullah
4. Fared Ayam + Amerul Affendi
5. Intan Rafiza
6. Elaine Foster
7. Lanimal Bringittogether

esok malam, sabtu 1 mei - 8pm to 9 pm

Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam (next to Plaza Alam Sentral),
Jalan Masjid, Seksyen 14,
40000 Shah Alam.

All are welcome... into the unknown..


p/s : bekerjaya tetap atau tidak, tak kisah. Datang sudah...