Wednesday, July 15, 2009

Borak - Borak Dengan RAT - Mirul


Aku berkesempatan berbual-bual kosong dengan salah seorang pelakon teater Kompilasi vol2 subuh tadi pada jam 3 pagi. Beliau ialah Mohd Amerul Affendi B. Mohd Mawardi ( 23 tahun) yang berasal dari Temerloh, Pahang. Beliau kini sedang menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang seni.

Dia teruja dengan dvd yang aku baru beli dari Jakarta, Laskar Pelangi, sehingga sekarang dvd tersebut masih gagal dipulangkan.

Agak banyak juga perkara-perkara yang aku selami. Tidak semua dapat dipaparkan dalam temuramah ini.

Ikuti temubual Faisal Mustaffa bersama Mirul.


Faisal Mustaffa (FM): Boleh beritahu tahap pendidikan kau?

Mohd Amerul Affendi B. Mohd Mawardi (Mirul): Tak tau lah dah terdidik ke tak ni. sebab masa sekolah dulu cikgu tak mendidik tapi mengajar.


FM: Boleh tak kau senaraikan teater yang kau pernah sertai.

Mirul: Sertai tak ada tapi terlibat adalah. Eh! sama ke maksud dua perkataan tu?


FM: Kenapa anda sertai teater?

Mirul: Aku terlibat dengan teater ni sebab aku cari satu method belajar yang berkesan. Dan aku rasa berkesan untuk menggunakan method belajar berbagai-bagai ilmu ini dengan teater.


FM: Teater ni boleh cari makan ke?

Mirul: Teater boleh mendatangkan untung. Yang pertama, bila anda buat teater yang menyampaikan propaganda kerajaan (parti yang memerintah) anda akan senang dapat sponsar yang besar-besar. Yang kedua, jika anda ada saudara atau kawan yang bekerja dalam kementerian penerangan, komunikasi dan kebuyaan dan jawatanya pula tinggi anda boleh mintak tolong dari mereka untuk berikan dana yang patut diberikan pada penggiat-penggiat teater. sonang yo tak guno cable!


FM: Siapa pelakon teater yang paling anda kagumi? Mengapa?

Mirul: Pelakon teater yang aku kagumi ialah Ahmad Yatim walaupun aku tak pernah tengok dia berlakon teater. Ramai orang bercerita pasal kehebatan dia berlakon. Jadi aku pun suka lah.


FM: Pada pandangan kau, apa sebenarnya hendak ditonjolkan dalam teater Pokok Kelapa Sayang?

Mirul: Emosi penulis tu sobonaryo dan orang tua itu adalah bayangan John Lennon disebabkan oleh cermin matanya.


FM: Apa sebenarnya motif penubuhan Rumah Anak Teater?

Mirul: Motifnya adalah untuk graduan-graduan atau orang awam yang berminat join untuk buat teater berkumpul disitu. nama pun rumah tompat apo lai kalau bukan tempat berkumpul.


FM: Apakah saat-saat pahit dan manis sejak berkecimpung dalam dunia teater ini?

Mirul: Saat-saat manis apabila dapat tido awal lepas habis latihan. saat-saat pahit bila tak boleh tidur sebab tak ada latihan teater atau job lakonan.




FM: Setakat ni Kementerian Kesenian tahu tak tentang perkembangan teater di Malaysia?

Mirul: Entah lah, mana aku tahu. Kau tanyalah diorang sendiri. Kalau ada peruntukan diorang pergi tengok perkembangan kot.


FM: Anda rasa, Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri) pernah menonton teater Melayu?

Mirul: Ada ke? Cerita apa? (ditanya balik kat orang yang menanya soalan itu)


FM: Anda sudah nonton YouTube Perempuan Puaka? Apa pendapat anda?

Mirul: Dah. pendapat saya cerita tu sedih tapi ceria lah.


FM: Pada pendapat anda, adakah wajar Istana Budaya diswastakan?

Mirul: Tak yah swastakan atau apa-apa. Tutup je lah terus. Tak pun jadikan muzium macam balai seni lukis negara tu. Apa macam?

11 comments:

amicus curiae said...

hai.

aku suka interview ni.jujur dan kelakar :)

oh ye,salam perkenalan.kita pernah berjumpa di stadium KJ, untuk ceramah beberapa minggu lepas.

Unknown said...

ya, saya masih ingat di mana nyawa saya hampir diambil bas ekspress.

Mirul, kau ingat tak kakak lawyer ni?

Fasyali Fadzly said...

saya juga seronok membaca sesi interview ini.

Pegawai Khalwat said...

Kuang kuang kuang

amicus curiae said...

oh encik acai fm rupanya :)

(haha bas kilang yang penuh dengan rombongan cikgu)

beautiful.disgrace said...

borak-borak ini seperti dapat minum air sirap ais di tengah panas terik di kenduri kahwin anak tok penghulu di kampung saya.. bagus.. ;8)

Shamimi Haniza said...

Merul yang penuh dgn misi! Semoga cita-cita merul tercapai. Sy sentiasa sokong perjuangan Encik Merul. =)

mimiette said...

Go Merul!

MaHieRa said...

aduh....
klu cam ni lah...
bleh bt sesi interview untuk org2 penting ni

warwickshire said...

blink! the power of thinking without thinking! horizontal yg bagus. malcolm gladwell sedang beri tepukan gemuruh :D

Hawa said...

baru lps tgk lakonan dia dlm gaduh..not bad..n i like da way he thinking(da way he ans da ques too)..gud luck 2 u all..(^^,)

Post a Comment