Thursday, August 6, 2009

Borak-borak Dengan RAT - Fared Ayam



Susah betul aku nak dapatkan temuduga dengan lelaki berambut ikal mayang dengan tali mengikat lengang kanan dan kepalanya. Aku memang nak tanya, fashion apa ni? Tapi malas. Itu identiti dan KEHIDUPAN dia.

Aku mula kenal dia pun di Seksyen 14 PJ pun dah memang macam ni. So buat apa u-turn?

Ikuti borak aku dengan Fared Ayam. Beliau juga pernah dicalonkan sebagai Most Promising Artist di BOH Cameronian Arts Award untuk tahun 2008.


Faisal Mustaffa: Cuba kau ceritakan maksud Naturalisasi dan ceritanya.

Nak tau maksud Naturalisasi sila beli kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi kedua.. Nak tau cerita, sila datang tonton pementasannya.. abis cerita..


Dalam realiti, kau rasa perkara macam ni berlaku tak? Atau hanyalah khayalan dan mimpi-mimpi kau?

Aku tengok dalam rancangan realiti tv tu tak real pun..Tapi ia juga bukan mimpi.. abis apa benda tu?



Aku nampak ada kesamaan cerita kau dengan teater Air-Con (yang pernah dipentaskan sebanyak dua kali di KLPAC). Pelakon-pelakonnya sama; Zahiril Adzim dan Amerul Affendi. Kau plagiat ke?

Aiceh..sukahati je..sama celah mana? Bapak takde kena mengena..Premisnya tak sama..Persoalannya juga jauh berbeza..Jangan hukum sebelum bicara brader..Lu pun nak jadi macam abang rambut ketak melodi ke apa..



Skrip kau ni akan dibukukan dan dijual di kedai-kedai buku. Kau rasa mak bapak kau akan bangga dengan kejayaan kau ni?





Mak bapak aku adalah penduduk Felda yang hidup dalam kelompok masyarakat yang majoritinya dididik, disogok dan mati-mati percaya bahawa hanya dengan sains dan teknologi sahajalah anak-anak mereka akan terjamin masa depannya.. Jadi kau rasa macam mana?


Ada orang nak tahu, budak-budak RAT ni selalu lepak kat mana. Apa jawapan kau?

Lepak mamak..


Kau pernah menangis tak? Bila keadaan yang boleh membuatkan kau menangis?

Eerrr.. eh, lepas ni kau nak lepak mana?


Kau seronok tak bila pergi Istana Budaya tengok teater?

Seronok sampai rasa nak berlari sambil bogel..


Kau bangga tak bila budak-budak ASWARA menjayakan Teater Muzikal...Tun Razak? Kenapa?

Bangga.. sebab aku bukan salah seorang dari mereka..


Orang kata skim cepat kaya tu membohong. Tapi diorang pandu kereta mewah. Apa sebenarnya ni?

Berbohong adalah salah satu cara untuk hidup mewah..


Lepas Teater vol 2 ni selesai, apa projek KoKEN selepas ini?

Bump out barang-barang Teater vol 2 dari Stor Teater DBP..

3 comments:

marmarn said...

owh ayam pinero. lu mmg rawk la! kotak neurotical lu jalan pimpin tangan dgn kotak lymbic buat wa teruja seh. terang sungguh legasi lu!
tabik hormat la sekali! hidup 'poyo'

binjidan said...

fared ada hari kita joget sama lg...dan gua pun ingin mencuba teater

Unknown said...

laa,abg ayam baru nak lauch buku ke..dah beli dah pada sebuah ketentuan.hehhe
by the way,all best abg ayam! hohho

Post a Comment