Dalam sibuk-sibuk kami berhempas pulas dalam panggung Stor Teater DBP dan kerja-kerja harian aku, aku berkesempatan 'bermesra' dengan Pengarah Pencahayaan (sebut; Lighting Director) untuk Teater Kompilasi Vol 2.
Yusman Mokhtar (29 tahun) ialah seorang pemegang diploma ASWARA dalam Sinografi. Badan besar tapi penakut ni mengingat aku kepada John Little dalam cerita Robin Hood. kah kah kah.
Dia kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Malaya.
Ikuti temubual aku dengan beliau.
Sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam lighting, kenapa kau rasa peranan kau penting?
Penting. Sebab bebudak lain tak berapa reti nak buat lighting.
Kalau tak ada lighting takpe ke?
Boleh la gak. Tapi muka tak terang. Mood takda. So penting gak la lighting ni.
Lighting ni boleh buat orang nangis tak?
Bleh kot. Sebab dia tolong bagi mood lebih skit kat plakon dengan penonton ni.
Wah, tiket sold-out hari-hari. Ada apa-apa kau nak kata?
Syukurlah... ada gak duit nak wat makan. Tima kasih pada semua yang datang sokong show kita.
Kau rasa kenapa diorang suka tengok teater RAT ni? Apa kelainannya? Kenapa diorang tak pergi Istana Budaya aje?
RAT sempoi kot. Semua macam geng-geng dengan kawan-kawan. So rasa at home je. Tu agak nye ramai yang datang. Kalau kat IB nak kena formal skit. Takleh lepak-lepak sangat. Isu pun dengan approach pun lain. IB lagi commercial la.
Kau pernah buat lighting kat Istana Budaya. Canggih ke lighting system kat sana?
Tolong-tolong je. Bukan buat kat hall besar dia. Wat kat tempat kecik je. Okla lighting system kat sana.
Kau dah terlibat dengan kedua-dua teater kompilasi RAT. Kau rasa ada ada kemajuan tak?
Harap-harapnya ada la sikit-sikit. Takut wo kalau tak maju-maju langsung.
Siapa yang funding RAT ni? Camne diorang makan hari-hari?
Funding RAT ni semua main poket sendirik dengan bantuan dari poket Namron ngan Enchik Faisal Mustaffa (ehemmm)... so kengkadang tu bila semua orang busy pastu kerja banyak gila and semua takda duit sangat.... tak de la makan... time ada tu semua makan ramai-ramai... macam family la gitu.
Apa nasihat kepada mereka yang tak dapat masuk panggung sebab tiket penuh?
Sorry la. Maybe next time leh buat extended show kan (eheeem... Enchik FM). Kalau nak wat kat space lain yang lagi besar dia punya feel macam dah lain pasal tak intimate kan... so macam terpaksa la nak had kan jumlah orang yang boleh masuk. Nak sumbat ramai-ramai kang orang kata tamak pulak kan.... so sorry la sapa2 yang tak dapat nak masuk tu... beli la dvd Kompilasi Vol 1 buat pengubat rindu!
Apa lagi keistimewaan RAT ni lain dengan kumpulan-kumpulan teater lain?
Aku tak nak cakap lebih-lebih. Nanti kalau aku cakap lebih-lebih kang orang kata bias pulak kan. Semua orang ada keistimewaan ngan kelemahan dia sendiri.
Nota penulis: Extended show? RAT kena bump-out 17hb kerana Stor Teater mahu digunakan oleh pejuang-pejuang seni yang lain.
Nota penulis: Gambar-gambar yang dimuatkan daripada koleksi Yusman sendiri atas kebenaran beliau.
7 comments:
DVD Teater Kompilasi vol 1 ni ada jual ka?
macamana nak dapat?
haa..mana nk dpt dvd nye tu?
Setahu sy, ad dijual semasa pementasan vol 2 ni di stor dbp. rm 15
kalau tak dapat pegi,
macamana nak dapat yek?
ada beli online tak?
Buku skrip ada dijual di pintu masuk Stor Teater.
Kita juga akan menjual secara online melalui http://tokobuku.fotopages.com.
Pelancarannya akan diadakan pada jam 5 petang, 15 Ogos.
DVD ada dijual di pintu masuk Stor Teater harga RM15 sahaja.
Eh ada ke pelancaran haritu? Tak perasan pun :O
Post a Comment