Rumah Anak Teater (RAT) turut menyatakan bantahan mereka bersama ribuan rakyat Malaysia di Kuala Lumpur 1 Ogs lalu di bandaraya semasa Perhimpunan Mansuhkan ISA anjuran Gerakan Mansuh ISA(GMI).
Mereka berarak dari Kompleks Pertama sehingga ke Raja Laut sambil memegang kain rentang persembahan yang bakal mereka pentaskan, Teater Kompilasi vol 2 di Stor Teater DBP, 11-16 Ogos 2009.
Mereka juga turut disimbahi pancutan air berasid dan disembur gas pemedih maa ketika berarak.
Orang ramai yang melihat gelagat mereka ini tidak menyangka bahawa kumpulan artis juga turut memiliki pemikiran politik dan mahu menyumbang di dalam Malaysia yang lebih bebas dari undang-undang zalim.
Sungguhpun pementasan mereka ini tidak berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi mereka berbicara mengenai perjuangan dan persepsi anak muda mengenai perjuangan ke arah kemerdekaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
pun nak juga.. ishh3..sudah2 lah.. macam2 gelagat korang ni.. kalakar beb
korang memang berani!!betul ar ckp lecturer aku dulu..kalo kita nak jual sesuatu produk tu,muka kena TEBAL n hati kena KENTAL.aku tau korang memang udah terLEBIH KENTAL!!
gilalah berani.
Buatlah apa yang difikirkan terbaik!
bapak a..
ni la org dolu2 ckap..
pantang maut sebelum ajal...
hahaha
Publisiti yang cukup bagos!
Kalau keluar kat tivi, lagi bagos!
Bayangkan iklan free, kalau nak bayar mau ratusan ringgit malaya tu.
patutla nampak dlm al-jazeera aritu :P
curse of dimension! marketing strategy yg whoosh! mesti mckinsey dtg merisik pasnih ;)
kurang setuju..
bukan semua benda boleh dipolitikkan..
dipolitikkan? heh..
apa yg dipolitikkan?
cuba saudara terangkan?
p/s;jgn terlalu mudah buat justifikasi..
bukan buat justifikasi..
sy cuma pelik apa signifikan perkara dlm entri ini dilakukan?
utk publisiti @ utk buktikan sesuatu?
klu utk publisiti, byk lg cara len, dan klu utk buktikan sesuatu, apa yg mahu ditunjukkan?
pelikkan?
sy bukan pesimis, hny pendapat peribadi..
jadi, apa salahnya jika tujuannya publisiti?
mmg banyak cara lain,tapi ini juga salah satu cara bukan?
jadi why not?
adakah kerana itu jadi ia diklasifikasikan sebagai dipolitikkan?
kalau sebagai pembuktian terhadap sesuatu, apa yg saudara rasakan?
adakah 'dipolitikkan' jika mereka sekadar ingin menunjukkn pendirian sebahagian mereka terhadap isu 'ISA' itu?
hahaha..relax..
kdg2 kita yg sensitif sgt.. takde apa pun..
bagi aku ini satu bahan yg boleh buat aku gelak..tu je..
sama je kalau diorang pergi konsert jom heboh tv3 dan bawak banner tu.. kau mesti tak heran kan? tak timbul 'dipolitikkan' kan?
sebab apa? haha..
ini pendapat aku je..
p/s; jgn marah marah, nanti cepat mati..
sudah masanya berlaku revolusi pemikiran yang di tanam dalam pemikiran kita sejak dari kecil lagi oleh pemerintah yang mengawal dunia penyiaran kita dengan memberi pemikiran yang tidak berapa tepat dan menghalang pemikiran rakyat malaysia.
tak sangka ini menjadi isu..
mungkin cara pemikiran kita berbeza..
mungkin mereka ada sebab dan sy boleh terima sebab2 tersebut.. cuma mungkin sy kurang phm dan kerana itu kepelikan itu muncul..
lek2..
haha.. takde apa pun..
tapi kau ni yg unik sebenarnya..
mula2 kau cakap 'tak semua boleh dipolitikkan', sedangkan aku rasa kau yg memolitikkan benda yg takde pape ni..
sekarang kau cakap 'tak sangka ini jadi isu' plak, sedangkan kau yg pertama membangkitkan persoalan ini ke arah yg serius..
hehe.. ironi.. dan menarik
tapi takpe, bagus kita berkongsi begini.. sihat..
yup.. bagus..
sy akui sy yg bangkitkan isu ini dan terima kasih sbb membalas..
mahu tulis lebih byk tapi xpela lain kali..
jumpa di Teater Kompilasi vol 2..
Politik ialah sebahagaian dari kehidupan (suka atau pun tidak). Malah di dalam al-Quran setiap ayatnya mempunyai unsur politiknya sendiri.
Apa yang saudara maksudkan dengan dipolitikkan? Saya masih tidak jelas.
Keduanya, mencari publisiti atau membuktikan sesuatu?
Samada mencari publisiti atau membuktikan sesuatu itu hasrat dan niat setiap seseorang daripada mereka yang memegang kain rentang (dan yang mengambil gambar ...ahaks), kedua-duanya tidak salah di sisi undang-undang.
Tetapi matlamat utama mereka berada di Kompleks Pertama bukannya secara kebetulan (seperti yang didakwa oleh seseorang) tetapi bersama-sama iingin menyatakan sokongan terhadap pemansuhan akta yang tidak mempunyai keperikemanusiaan. Sila baca Dua Wajah oleh Dr Syed Husin Ali atau pun Meniti Lautan Gelora oleh Said Zahari.
Diminta agar sdr berfikir di luar kotak pemikiran sendiri.
Cara lain untuk publisiti, sekiranya inilah pilihan mereka, adakah ianya salah? Kata Malaysia sudah merdeka....Merdeka abende?
Pelik...? Kenapa berasa sedemikian? Sebab Erra Fazira atau AC Mizal tak buat?
Buat all rumah anak teater tahniah for the best teater kompilasi vol 2 , kalau nk tahu komen dari kami ''TAPAK PELITA'' terjah - terjah la blog aku :ungubiru75@blogspot.com
Post a Comment