Monday, December 21, 2009
SKRIP: ‘BAPA BOREK ANAK RINTIK’
‘BAPA BOREK ANAK RINTIK’
( KEDENGARAN SUARA DARI BELAKANG PENTAS )
( MELAUNG )
Yelah abah….nanti – nanti la….adus,leceh betul lah…
( PELAKON MASUK KE PENTAS ) Aku malas betul la benda - benda macam ni
Eh,nama aku Najib…Umur aku…20 tahun…masih lagi belaja kat IPT….ambil jurusan seni persembahan dan sekarang aku dah masuk semester 5…Sikit lagi je nak habis….Tapi,sekarang ni…aku tengah cuti 3 minggu…Biasalah,kalau dah cuti panjang tu…mestilah balik kampong halaman…nak tenangkan fikiran katanya…Tapi,bapak aku dah cantas niat murni aku tu…yela,dia paksa aku buat benda yang aku tak minat… rimas betul…korang tau tak,ada ke pagi – pagi lagi dah kejut aku semata – mata nak bagi aku borang bodoh ni…’Borang Daftar Sebagai Pengundi’…Leceh la nak kena isi borang - borang macam ni…Kan bagus kalau Negara kita ni ikut contoh macam Australia tu…Yela,rakyat kat sana tu,bila je umur diorang masuk 18 tahun,secara automaticnya diorang dah di daftar sebagai pengundi untuk Negara diorang…
Kan senang macam tu…tak la buang masa aku nak kena tunggu macam orang gila kat pejabat pendaftaran tu…dah la orang opis tu buat kerja lembap,mengula je tau…daripada waktu kerja 8 jam tu,orang – orang opis tu kerja bape jam je sehari…yang lebih – lebih tu,g minum pagi laa…pegi lunch laa…pegi minum petang la…cukup time,punch card n balik umah…
Lagipun,aku ni bukan la ambik tau pun pasal politik kat Malaysia ni…malas la aku nak campur hal – hal politik kat Malaysia ni.xde mase aku… pada pendapat aku,politik ni lebih pada memecahkan manusia je…buktinya,hari tu aku pegi surau…bila mula je orang cerita pasal politik,mula la jemaah kat surau tu berpuak – puak…entah apa la yang diorang semua fikir kt dlm otk diorang 2…padahal anak cucu masing – masing dah berderet – deret macam ketapi,tapi,masih lagi macam tu..
Kalau difikirkan betul – betul la kan…aku mana la ada masa nak mengundi ni…bukannya apa,aku kan busy dengan kuliah,assignment,exam…pointer kena jaga beb...kalau ada show lagi la busy..kena buat banyak latihan…macam yang kita semua tau,belajar untuk masa depan…nanti,boleh la kerja yang gempak – gempak sket…
Lagi satu,kerajaan sekarang ni banyak betul la rasuah….dari kat tepi jalan..sampai la yang kat atas – atas tu…ada jaminan tak kalau tukar kerajaan benda tu tak berlaku??alaa…sudah laa..rasuah tu tetap akan berlaku jugak….Cuma,namanye je ditukar sikit,nk bagi coverline..dari rasuah,ditukarkan ke hadiah…
Korang tau tak, kenapa aku jadi macam ni…aku ni sebenarnye ikut perangai bapak aku muda – muda dulu…dia bagitau aku yang dia menyesal sekarang…lepas tu aku tanya la kenapa…dia jawap macam ni ‘yela,mase aku muda – muda dulu,aku tak gunakan hak aku sebagai rakyat untuk mengundi..mungkin aku boleh ubah kerajaan kalau aku keluar mengundi mase tu..’ape la kan…kalau takat satu undi,tak adanye nk efek sampai boleh tukar satu kerajaan….
Dah laa…membazir mase je nk pikir banyak – banyak.baik aku isi je…kalau aku tak pegi mengundi pun,bukan bapak aku tau kan?Bapak aku ni pun satu…dye nak bising - bising kat aku,tapi dye lupe ke yang aku ni,ikut perangai dye…
( menulis untuk beberapa ketika )
Haa…dah siap..time to bersosial…kesian skandal aku tunggu lama – lama…
IDEA ASAL : FAISAL MUSTAFFA
KARYA : ESAN SAMAT
Skrip ini telah dipentaskan di Fiesta Anak Muda pada 20 Disember 2009 di Bukit Gasing, Petaling Jaya.
Monday, December 7, 2009
RAT dalam Konsert Akustika
Jom sertai Fiesta Anak Muda!
8.30 pagi bermula dengan makan sarapan dan pameran-pameran buku-buku, filem-filem dan sebagainya. Dan seterusnya dengan pelbagai program-program yang beza dan menarik...
Tarikh: 20hb December 2009 (Ahad)
masa: 8.30 pg - 11.30 mlm
Tempat: Dewan Serbaguna Seksyen 5, MBPJ (dekat dengan Stesen KTM Petaling)
10.15pg - 12.15tgh
Perkongsian Filem: 'GADOH' Aku Bangsa Malaysia
Pengarah dan pelakon-pelakon filem akan menghadiri untuk berkongsi pandangan filem tersebut
2.00ptg - 4.00 ptg
Bengkel - Suara Anak Muda
(cit cat cabaran Anak Muda)
4.00 ptg - 5.30 ptg
Minum Petang bersama dengan pemimpin Anak Muda dan Wanita:
- YB Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia ),
- YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang),
- Nalini.E (Koordinator kempen Suara Rakyat Malaysia-SUARAM dan Sekretariat Jaringan Rakyat Tertindas-JERIT) , dan
- Hilman Idham (Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen-KAMI, Aktivis Mahasiswa)
8.30 mlm - 11.30 mlm
Konsert Akustika
- Meor Yusoff Azzidin
- Beeha
- Nik
- Rumah Anak Teater
- Dum Dum Tak
- Thepips
- Mistikus
- Couple
Anak Muda, Seni dan Muzik
Jom bersembang dengan Mazir, Xifu Nassier (Algebra) dan Lim Ping Seng (binsen)
Makanan Sarapan, tengah hari dan malam disediakan, kemasukan adalah percuma...
Sila hubungi Shiekh Omar Ali 013-2965724, Ong Jing Cheng 012-7583779 atau Medecci Lineil Repong 016-2208784 untuk maklumat lanjut.
8.30 pagi bermula dengan makan sarapan dan pameran-pameran buku-buku, filem-filem dan sebagainya. Dan seterusnya dengan pelbagai program-program yang beza dan menarik...
Tarikh: 20hb December 2009 (Ahad)
masa: 8.30 pg - 11.30 mlm
Tempat: Dewan Serbaguna Seksyen 5, MBPJ (dekat dengan Stesen KTM Petaling)
10.15pg - 12.15tgh
Perkongsian Filem: 'GADOH' Aku Bangsa Malaysia
Pengarah dan pelakon-pelakon filem akan menghadiri untuk berkongsi pandangan filem tersebut
2.00ptg - 4.00 ptg
Bengkel - Suara Anak Muda
(cit cat cabaran Anak Muda)
4.00 ptg - 5.30 ptg
Minum Petang bersama dengan pemimpin Anak Muda dan Wanita:
- YB Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia ),
- YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang),
- Nalini.E (Koordinator kempen Suara Rakyat Malaysia-SUARAM dan Sekretariat Jaringan Rakyat Tertindas-JERIT) , dan
- Hilman Idham (Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen-KAMI, Aktivis Mahasiswa)
8.30 mlm - 11.30 mlm
Konsert Akustika
- Meor Yusoff Azzidin
- Beeha
- Nik
- Rumah Anak Teater
- Dum Dum Tak
- Thepips
- Mistikus
- Couple
Anak Muda, Seni dan Muzik
Jom bersembang dengan Mazir, Xifu Nassier (Algebra) dan Lim Ping Seng (binsen)
Makanan Sarapan, tengah hari dan malam disediakan, kemasukan adalah percuma...
Sila hubungi Shiekh Omar Ali 013-2965724, Ong Jing Cheng 012-7583779 atau Medecci Lineil Repong 016-2208784 untuk maklumat lanjut.
Friday, December 4, 2009
DELUSIONS 惑 KHAYALAN - Projek Teater Kolaborasi
Pentas Project Theatre Production Present’s
平台計劃呈獻
DELUSIONS 惑 KHAYALAN
The Year In A Word 今年一字 Setahun Dalam Kata
Pentas Theatre Collaboration Project 2009
平台劇場合作交流計劃2009
Projek Kolaborasi Pentas Teater 2009
Can art reveal truth?
Or is theatre just another delusion?
藝術能否揭露真相?
還是戲劇只是一個妄想?
Mampukah Seni Mendedahkan Kebenaran?
Atau Persembahan Teater Hanya Sekadar Khayalan?
Amelia tan 陳淑真 + Anne James + Au Sow Yee 區琇詒 + Ayam Fared + Boyz Chew Soon Heng 周順興 + Eagle Lee Ming Kiat 李明傑 + Edwin Sumun + Hafizee Hatta + JacAl Map + Jo. Kukathas + Kirin Muhamad +Ling Tang 鄧壹齡 + Loh Kok Man 羅國文 + Low Shee Hoe 劉詩豪 + Mark Teh + Moo Siew Keh 巫紹棋 + Soon Choon Mee 孫春美 + Tin Tan Chai Chen 陳彩珍
In 2006, Pentas Project initiated Pentas Theatre Collaboration Project, bringing together artists from different backgrounds to collaborate. The first critically acclaimed collaboration, “Break-ing 击破 (Ji Po) Ka Si Pe Cah” created a performance based on the theme “language”. The performance was well received and after its opening in August 2006 at the STOR Theatre (Dewan Bahasa dan Pustaka), the production toured internationally in 2008 to Japan and Singapore.
December 2009 sees Pentas Theatre Collaboration Project bring 7 short pieces performed by artists from diverse cultural backgrounds and art fields. This idea stems from Japan’s Kanji of the Year which was in 1995. Through discussions and various brainstorming sessions, the artists chose “delusions” as the word that reflects and represents the year 2009 in Malaysia. Each artist will use the word as a theme to create a 10-minute performance in any kind of media. They will explore and deconstruct “delusions”, bringing you different faces in a year which has been full of unexpected changes.
2006年,本地劇團平台計劃開啟了劇場工作者合作的契機,集合了來自不同文化背景的3位導演,帶來了『Break-ing 擊破 Ka Si Pe Cah:平台劇場合作交流計劃』。此演出也於2008年應邀前往日本東京以及新加坡交流。
2009 年,平台計劃以日本的“每年漢字”作為發想的起點,邀請本地不同文化源流的劇場與藝術工作者,從交流當中選出了一個字,反映了他們對於2009年的馬來西 亞的感想和反思,並以所選出的那一個字為演出的主題,各自發表為時10分鐘的演出。經過數次的討論,這群創作者以“惑 ”(Delusions/Khayalan)出發 。2009年是充滿疑惑、困惑以及迷惑的一年。小至個人以至更大的社會,離奇事件無限繁殖,電腦族群遷移到虛構的內在。2009年無疑惑影重重,以“惑” 一字進行解剖拆解,創作出歷經萬千變遷的一年不同的面貌。
Pada tahun 2006, Pentas Project memulakan Projek Kolaborasi Pentas Teater 2009, untuk mengeluarkan karya teater hasil daripada kumpulan artist yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Persembahan perdana projek tersebut adalah “Break-ing 击破 (Ji Po) Ka Si Pe Cah” yang bertemakan ‘bahasa’. Pementasan tersebut yang berlangsung di Teater STOR (Dewan Bahasa dan Pustaka) mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga berjaya mengadakan persembahan lawatan antarabangsa ke Jepun dan Singapura pada tahun 2008.
Pada Disember 2009, Projek Kolaborasi Pentas Teater mengumpulkan tujuh karya pendek hasil daripada para seniman daripada pelbagai latar belakang dan bidang. Idea tunjang projek persembahan tersebut berlandaskan Kanji of the Year negara Jepun (Karekter Perkataan Tahunan) yang telah bermula pada tahun 1995. Para artist mengambil keputusan untuk memilih karekter “Huo” (Khayalan) sebagai perkataan yang paling sesuai untuk mencerminkan situasi Malaysia pada tahun 2009. Setiap seniman bebas menghasilkan karya pendek selama 10 minit dengan bertemakan “khayalan” melalui pelbagai media persembahan. Ekplorasi dan de-konstruksi terhadap “khayalan” pasti akan membawa anda mengenali pelbagai wajah dalam tahun 2009 yang penuh dengan perubahan dan cabaran.
Date + Time:
17 to 19 December 2009 8:30pm
20 December 2009 3pm + 8:30pm
Venue:
The Annexe Gallery
2nd Floor , Central Market Annexe,
Jalan Hang Kasturi,
50470 Kuala Lumpur.
Admission by Donation:
RM30 (Adult)
RM20 (student/maximum 30 pax per show)
Box office:
The Annexe Gallery +603-2070 1137
Contact:
012-266.1579 / 012-511.7716 / 012-607.1318
pentasproject@gmail.com
Website:
http://pentasproject.blogspot.com
www.pentasproject.com
supported by
HSBC in the Arts | Krishen Jit- Astro fund | Annexe Gallery | Central Market | Colorganda!
p/s : Amacam? Ada berani?
Thursday, December 3, 2009
RUMAH ANAK TEATER Performing at SUARAM Dinner
SUARAM: 20 YEARS AS DEFENDER OF HUMAN RIGHTS AND CATALYST OF CHANGE
30 November 2009
In 1989, upon the release of the last detainees of Operation Lalang, where 107 individuals were detained under the Internal Security Act (ISA), several of these detainees formed a human rights NGO called Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) or the Voice of the Malaysian Peoples.
This year marks the 20th anniversary of SUARAM. Through many years of hard work, SUARAM has established itself as a leading human rights organization in Malaysia. Indeed, SUARAM has come a long way since its establishment.
Persistent Defender of All Human Rights
From its genesis in the Operation Lalang and through numerous other landmark events that shaped the sociopolitical landscape in the country, SUARAM has been steadfast in assisting and highlighting the plight of many victims of state oppression.
While beginning as an organization campaigning solely against the ISA, SUARAM’s work has since expanded to cover other areas of human rights. Today, SUARAM runs campaigns, trainings, and documenting and monitoring human rights violations, amongst others. Today, SUARAM’s name is synonymous with the following but not limited to, the campaign and movement to abolish the ISA; campaign to hold the police and other law enforcement agencies accountable for abuses of power; campaigns for the rights of refugees and the freedoms of expression, assembly, association and information; and monitoring the performance of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM).
SUARAM is also the only organization in Malaysia that publishes a human rights report on Malaysia every year without fail since 1998. This report is now widely recognized as the most objective, comprehensive and dependable source of information on the state of human rights in Malaysia.
SUARAM’s expansion can also be seen in the size of its staff and membership as well as geographical presence. From only a one member staff in 1989, today, SUARAM has its headquarters in Petaling Jaya and one branch each in Penang and Johor.
Catalyst of Change
True to its vision “[t]o uphold human rights for a society that is equal, just and democratic” and mission “[t]o build a human rights movement through empowerment, advocacy and solidarity”, SUARAM has facilitated many important initiatives in the larger movement for democratic change in Malaysia. Among others, in 1998, SUARAM played a facilitating and leading role in the landmark Gagasan Demokrasi Rakyat which linked NGOs with political parties in an attempt to create an alternative front for democracy and human rights in the country.
A more recent watershed event, the ‘Political Tsunami’ of 2008, can also be attributed to the persistent awareness building campaigns by SUARAM, whether on its own or through its roles in various coalitions. To some extent, the multiethnic united opposition front which challenged the hegemony of the Barisan Nasional during the 2008 General Election owes its existence to the Gagasan Demokrasi Rakyat which SUARAM led and helped strengthen in 1998.
Nurturing Leaders in Various Fields
Over the years, SUARAM has also consistently produced numerous committed activists and nurtured leaders in various fields.
In politics, a number of Members of Parliament and State Assemblypersons were trained by Suaram. Among them are Sivarasa Rasiah (Founder member and current Member of Parliament), Tian Chua (former staff and secretariat member, current Member of Parliament), Elizabeth Wong (former staff and secretariat member, current Selangor State Assemblyperson and Executive Councillor, Dr. Nasir Hashim (founder member and current Selangor State Assemblyperson), Chang Lih Kang (former staff and current Perak State Assemblyperson), and many others.
Their solid human rights knowledge and experiences acquired during their time at SUARAM have proven to be instrumental in their work in the political arena today.
Many other former staff and secretariat members have gone on to establish a name for themselves through their work at other organizations within the larger context of the movement for democracy in Malaysia. These include Premesh Chandran (former secretariat member who is a founder of the pioneering online newspaper MalaysiaKini), Irene Xavier (founding member who now leads the Persatuan Sahabat Wanita Selangor) and Eric Paulsen (former staff who went on to work for UNHCR in numerous countries). Some others have gone on to lead NGOs at the regional level.
A few are also currently serving as Local Councilor at Selangor which include Arutchelvan (former staff and current Director), Cynthia Gabriel (former Executive Director. current secretariat member and Executive Director for CARAM-Asia) and Arumugum K. (current Chairperson).
As SUARAM matures and expands itself, it continues to strive to train many more young activists to become leaders who care about justice, democracy and human rights.
20th Anniversary Bash: Fundraising Dinner, 6 December
The purpose of the dinner, themed “20 Years Defending Human Rights”, is to pay tribute to human rights defenders who have fought and sacrificed for the improvement of human rights in Malaysia, as well as to raise funds for SUARAM to continue its human rights work. It is also an opportunity for us to have fellowship and to thank those who have supported SUARAM in its work these twenty years. The dinner will be held on 6th December 2009 (Sunday) at the Banquet Hall MBPJ, Petaling Jaya, Selangor.
The programmed features the presentation of the 11th SUARAM Annual Human Rights Award., the launch of SUARAM’s latest publication, the announcement of our T-shirt competition winner, and several performances by renowned performers who are also fervent supporters of the cause of human rights, such as Jerome Kugan, Meor and Azmyl Yunor and a musical theater performance directed by Khairun Azwan Rodzi (Director of Erma Fatima’s Musical Sirah Junjungan, Istana Budaya).
Lastly, SUARAM welcomes and thanks all who have contributed and supported its work throughout the years. With your unwavering support, SUARAM will continue to play its role as a defender of human rights in the country in our mutual quest to build a society that is equal, just and democratic.
For more information, please contact SUARAM at 03-7784 3525.
Note from RAT:
Nam Ron, Tai Bakar and Dira Abu Zahar together with Indra on guitar will perform on behalf of RAT. They will perform a play entitle "BEBAS?" written by Faisal Mustaffa.
Wednesday, December 2, 2009
RAT Mengambil Bahagian Dalam Projek Sentuh di Frinjan 6.0
Sunday, November 15, 2009
Seruan SENTUH!
Project Sentuh is an art + activism event to highlight discrimination on the basis of sexuality in Malaysia featuring installation art, theatre performances and more.
We are calling for participants interested in these issues to join us! Participants will go through a workshop with trained facilitators from inter-disciplinary background and must be available during these days:
Workshop
21 & 22/28 & 29 Nov: 5pm-10.30pm
23 Nov-27 Nov : 7.30pm - 10.30pm
@ Five Arts Centre, Tmn Tun Dr. Ismail.
Performance date
5th December @ Pekan Frinjan
Fee: RM30/person
Open to all. No theatre/performance background needed! Limited space for only 25 participants!
Contact: Hui Koon (012-9760397/kunszitan@gmail.com) or Pat (nowhitespace@gmail.com) or Fared Ayam (013-2232169, revolutionstage@yahoo.com)
**Project Sentuh is a collaboration with women’s NGOs AWAM, Sisters in Islam, Women’s Aid Organisation and Empower with many talented artists such as Project Connect, Lost Generation Space, Fared Ayam (R.A.T), Fairuz Sulaiman, Koon Tan, Pria K, Pat Low, Shieko, Julya Oui, Aisyah Baharuddin, Mien Lor and more!!!
p/s: Apalagi? Ayuh ber-SENTUH-an!! Woo!!
Monday, November 2, 2009
Lihat Kehebatan RAT di Frinjan 5.0
Pekan Frinjan 5.0 akan hadir di port biasa tanggal 7 November nanti
Berbeza dengan sebelumnya, edisi 5.0 bertemakan teater jalanan dan kami turut berkolobarasi dengan BERSIH sempena ULTAH ke 2 (ulang tahun demo 10 nov) untuk membawa isu pilihanraya bersih dan adil ke jalanan Shah Alam.
Beberapa kumpulan teater seperti Rumah Anak Teater, Orang-orang Halus Tanjung Malim dan beberapa lagi dijangka akan membuat persembahan
Rasional - Walaupun Selangor telah diperintah kerajaan PR yang membentuk BERSIH jauh sebelum Mac 2008. Kempen BERSIH yang meneriakkan slogan pilihanraya bersih dan adil dengan tuntutan jangka pendek dan jangka panjannya masih jauh dari dipenuhi.
Isu ini bukan milik PR semata, ia milik rakyat yang wajib diberi pilihan yang adil dan saksama untuk memilih parti memerintah baik BN, PR atau parti2 lain.
GEN-S atau nama poyonya Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) akan mengetuai kempen pendaftaran pengundi ''Jom Daftar Undi!'
Untuk yang masih tidak percaya pada sistem pilihanraya dan juga semua parti2 politik yang ada, kami membuka ruang untuk anda berekspresi di pentas kami.
Keterangan lanjut, sila lawat FACEBOOK.
Berbeza dengan sebelumnya, edisi 5.0 bertemakan teater jalanan dan kami turut berkolobarasi dengan BERSIH sempena ULTAH ke 2 (ulang tahun demo 10 nov) untuk membawa isu pilihanraya bersih dan adil ke jalanan Shah Alam.
Beberapa kumpulan teater seperti Rumah Anak Teater, Orang-orang Halus Tanjung Malim dan beberapa lagi dijangka akan membuat persembahan
Rasional - Walaupun Selangor telah diperintah kerajaan PR yang membentuk BERSIH jauh sebelum Mac 2008. Kempen BERSIH yang meneriakkan slogan pilihanraya bersih dan adil dengan tuntutan jangka pendek dan jangka panjannya masih jauh dari dipenuhi.
Isu ini bukan milik PR semata, ia milik rakyat yang wajib diberi pilihan yang adil dan saksama untuk memilih parti memerintah baik BN, PR atau parti2 lain.
GEN-S atau nama poyonya Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) akan mengetuai kempen pendaftaran pengundi ''Jom Daftar Undi!'
Untuk yang masih tidak percaya pada sistem pilihanraya dan juga semua parti2 politik yang ada, kami membuka ruang untuk anda berekspresi di pentas kami.
Keterangan lanjut, sila lawat FACEBOOK.
Thursday, October 22, 2009
Dari Penerbit buku 'Projek KoKEN'
Watch here
Synopsis
This week we interview cultural activist Zulhabri Supian about the Frinjan indie movement.
Frinjan was established to organise fringe cultural activities with huge doses of pop culture, literature, music and activism. Since they've begun, their events, gigs, readings and projects have attracted a growing following amongst Klang Valley youth and university students.
Zulhabri Supian is a cultural activist and organiser, blogger and publisher (Oxygen Media). He also writes a column for The Malaysian Insider.
Friday, October 16, 2009
Amerul Affendi, Faisal Mustaffa @ ARA Music Fest
Nak tengok Amerul Affendi buat monolog? Nak dengar Faisal Mustaffa petik gitar?
Datang ke ARA Music Fest Vol 2 di Bukit Kiara Equestrian Club pada 23-24 Oktober 2009 bermula jam 5 petang (23 Oktober) dan akan berterusan selama 48 jam tanpa henti. Layari FACEBOOK untuk keterangan lanjut.
Amerul Affendi akan membuat pementasan solonya dalam siri mempromosikan buku 'Laut Lebih Indah dari Bulan' tulisan Nam Ron.
Faisal pula akan memetik gitar dan menjadi moderator untuk sessi bersama Meor dalam siri mempromosikan buku 'Sembang Tepi Jalan' tulisan Meor.
Rumah Anak Teater @ Frinjan 5.0
Rumah Anak Teater (RAT) akan mengadakan pementasan berdasarkan eksperimennya yang berkonsepkan teater jalanan. Sejajar dengan tema Pilihanraya Bersih, RAT akan mementaskan sebuah pementasan di bawah tema tersebut.
Untuk projek ini, RAT menggunakan tenaga kreatif Fared Ayam bagi mengarah pementasan tersebut.
Acara tersebut akan diadakan pada 7 November 2009 di Dataran Shah Alam mulai jam 5 petang.
Untuk keterangan lanjut mengenai acara tersebut, sila layari FACEBOOK.
Anda juga boleh membeli buku skrip, dvd KoKEN. Tidak ketinggalan juga buku Laut lebih Indah dari Bulan tulisan Nam Ron di sana.
Untuk projek ini, RAT menggunakan tenaga kreatif Fared Ayam bagi mengarah pementasan tersebut.
Acara tersebut akan diadakan pada 7 November 2009 di Dataran Shah Alam mulai jam 5 petang.
Untuk keterangan lanjut mengenai acara tersebut, sila layari FACEBOOK.
Anda juga boleh membeli buku skrip, dvd KoKEN. Tidak ketinggalan juga buku Laut lebih Indah dari Bulan tulisan Nam Ron di sana.
Wednesday, October 14, 2009
Dibaca Membaca
Lebih kurang 4 tahun lepas, waktu itu aku masih seorang anak muda yang penuh dengan cinta dan kemarahan yang masih keliru,masih mencari tempat untuk memuntahkan, bodoh (sekarang juga masih begitu sebenarnya). Saat itu aku di tahun satu semester dua diploma teater di ASK (kini ASWARA), sedang giat berlatih untuk pementasan projek akhir senior aku - Uda Dan Dara - dan aku sebagai Utih, ketika itulah Nam Ron pertama kali menegur aku. Mudah tapi penuh makna kata-kata darinya untuk perkenalan pertama; " kau ni lain sikit aku tengok berbanding kawan-kawan batch kau.. kenapa? apa yang kau marahkan? " Itu yang buat aku suka tentang dia. Dia punya mata seorang "director" yang bukan hanya digunakan terhadap pelakon-pelakonnya dalam penghasilan karya-karyanya tetapi juga terhadap segala yang berlaku dalam persekitaran rangka kehidupan masyarakat sekelilingnya.
Seronok rasanya bila sesekali "dibaca" setelah selalu "membaca". Begitulah juga pandangan aku terhadap karya-karya teaternya. Dia bagi aku bukanlah seorang penulis yang sibuk ingin bercerita tentang sesuatu persoalan yang besar-besar, yang kononnya gah, atau yang selalu disajikan di Istana Budaya atau Media Prima, tetapi dia lebih suka menyentuh persoalan-persoalan yang kelihatannya seakan kecil, tak diendahkan, yang dilupakan lalu dikorek-galinya sehingga impak yang diterima oleh kita penonton, adalah sesuatu yang sebenarnya menakutkan. Sesuatu yang tanpa kita sedari sebenarnya menyumbang kepada sesuatu yang lebih besar terhadap sosio-politik masyarakat kita. Bagaimana Nam Ron melihat dan mengangkat sesuatu permasalan yang berlaku di dalam masyarakat kita ini dari sudut yang paling asas dan fundemental serta dekat dengan sosio-budaya masyarakat Malaysia itulah yang menjadi kekuatannya. Juga bagaimana dia tak pernah memberikan sebarang katarsis atau poetic justice terhadap setiap persoalan yang diangkat dalam setiap karyanya malah dia lebih selesa untuk meninggalkan tugas dan tanggungjawab itu kepada penonton atau masyarakat itu sendiri untuk menjustifikasinya. Ini kerana aku percaya yang dia percaya bahawa seni atau teater itu bukanlah ruang untuk memberi jawapan, tetapi medium yang kita gunakan dan isi segala persoalan atau permasalahan untuk dipaparkan pada masyarakat untuk sama-sama difikir-bincangkan.
Seks-gelap-darah yang dikatakan menjadi trademark untuk setiap karya pementasannya bagi aku bukan sengaja diada-adakannya untuk gaya atau style semata, tetapi aku percaya tanpa disedari atau memang disedarinya itulah interprestasinya terhadap elemen-elemen yang menyumbang kepada sebab-akibat, punca-tindakan serta pilihan-pilihan yang sering berlaku dalam putaran 'kehidupan' manusia.
Dia, yang bagi aku bukan hanya bekas pensyarah, tetapi juga seakan mentor dan member yang telah beberapa kali menjayakan projek bersama (bukan projek perumahan), juga merupakan seorang yang jujur percaya pada kuasa 'orang muda', yang bagi aku sifat ini tidak mudah serta jarang untuk kita jumpa dalam diri seniman-seniman yang sudah berusia serta punya 'nama'.
Dia selalu saja memberi galakan dan bantuan semampunya untuk pengkarya-pengkarya muda seperti aku dan teman-teman malah sering saja mencari ruang dan peluang untuk mengexposekan kami kepada khalayak pengkarya-pengkarya lain yang telah stabil dan mapan (mantap+tampan). Ini jelas sekali terbukti dengan tertubuhnya RAT yang diasaskannya bersama beberapa graduan ASK (kini ASWARA) yang keseluruhannya dianggotai oleh anak-anak muda (kecuali NAM RON, haha) yang objektifnya adalah sebagai ruang dan gang untuk penggiat-penggiat muda seni persembahan melontarkan idea-idea serta suara mereka terhadap masyarakat melalui medium seni persembahan.
Kelima-lima karya Nam Ron ini, hanyalah sebahagian daripada karya-karya hasil kerjanya. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dan perjalanan kerjanya, pasti juga tahu tentang hasil kerjanya yang lain seperti 'Dua bulatan pukul enam', 'Vertigo' dan 'W.I.P' (hanya menyebut sebahagian). Pembukuan lima hasil air tangannya ini bagi aku merupakan satu usaha yang baik kerana ini akan dapat memberi kesinambungan terhadap peranannya sendiri sebagai penggiat teater di Malaysia khususnya, dan terhadap pengembangan seni persembahan di Malaysia amnya. Ini kerana kita sedia maklum bahawa di Malaysia ini agak kurang karya-karya tempatan berupa skrip pentas yang dicompile dan dibukukan bukan kerana kurangnya penghasilan, tetapi kurangnya pendedahan dan kesedaran dari pihak yang bertanggungjawab.
Jadi harapnya dengan terhasilnya buku ini akan dapat digunapakaikan serta menjadi rujukan oleh generasi akan datang tidak kira dari kalangan penuntut-penuntut institusi pengajian tinggi seni persembahan mahupun penuntut jurusan undang-undang sehinggalah kepada jurutera kimia yang mahu mencuba-cuba menceburkan diri dalam kancah seni persembahan, sepertimana aku terkesima sewaktu menonton 'Dua bulatan pukul enam' dan sebagaimana aku teruja tatkala menjadi krew pentas untuk 'Laut lebih indah dari bulan'.
Fared Ayam
* tulisan di atas dipetik dalam ruang prakata buku 'Laut lebih Indah dari Bulan' tulisan Nam Ron.
Thursday, October 8, 2009
Buku "Laut lebih Indah dari Bulan" dan "Projek KoKEN" boleh diperolehi di Festival RIGHT TO READ di Annexe Gallery, Pasar Budaya, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur.
Dapatkan tandatangan penulis yang hadir di festival itu 10-11 Oktober 2009.
Atau telefon Oxygen Media yang membuka kaunter jualan di sana: 019-3083804
Monday, October 5, 2009
Rumah Anak Teater ada peti ais?
Pernah sekali masa aku tengah melepak dengan mak aku di dapur (ya, mak aku juga kaki lepak, tapi di dapur), dengan harapan yang mak aku akan buatkan Nescafe untuk aku, mak aku bertanyakan sesuatu pada aku.
Tapi sebelum tu, mak dan bapak aku sedang mengemas - ngemas bahagian dapur. Waktu bila ni? Kerana kami adalah keluarga Melayu yang tak lari dari kemeriahan menyambut Aidilfitri, maka sudah tentu ini adalah beberapa hari sebelum Hari Raya. Excited nak Raya kan...
Mak aku nak beli peti ais baru sebab dia sedar yang peti ais sekarang tak mampu nak menampung makanan - makanan anaknya, terutama yang jantan - jantan (aku lah tu). Jadi untuk tidak berkawan dengan syaitan (pembazir) mak aku pun bercadang untuk tidak membuang peti ais lama. Lalu terpancullah soalan ini dari mulut mak aku.
"Rumah Anak Teater ada peti ais? Mak ingat nak bagi peti ais ni."
Tersembur sikit air Nescafe dari mulut aku dengan niat baik mak aku tapi sebenarnya menyentap raga juga. Memang niat mak aku tu best, tapiii....
"Mak, Rumah Anak Teater ni, jangan cakap peti ais, RUMAH pun kitaorang takda, mak".
"Lah, habis tu korang meeting, buat rehearsal semua, dekat mana?"
Itu yang susah aku nak jawab tu. Takkan nak bagitau selama ni kitaorang buat rehearsal dekat tepi jalan atau mana - mana ruang yang sempat?. Aku terus sambung makan.
Jadi harapan aku dan anak - anak teater yang lain untuk waktu ini ialah, agar sesiapa ribuan, jutawan, mak Datin ke pak Dato' yang baik hati yang nak sponsor sewa rumah untuk kami ber-RUMAH, di alu - alukan. Sungguh.
Tak pun ada sesiapa yang tahu lubang rumah sewa yang cun, selesa, besar dan menarik tapi harga sewa tidak terlalu sembelih leher, silalah roger - roger kami.
Bolehlah kami jadikan studio, tempat meeting untuk projek lebih gempaq, tempat tidur bagi yang tak mampu bayar sewa rumah, tempat rehearsal dan sebagainya.
Ok tak?
-zahiril adzim
Tapi sebelum tu, mak dan bapak aku sedang mengemas - ngemas bahagian dapur. Waktu bila ni? Kerana kami adalah keluarga Melayu yang tak lari dari kemeriahan menyambut Aidilfitri, maka sudah tentu ini adalah beberapa hari sebelum Hari Raya. Excited nak Raya kan...
Mak aku nak beli peti ais baru sebab dia sedar yang peti ais sekarang tak mampu nak menampung makanan - makanan anaknya, terutama yang jantan - jantan (aku lah tu). Jadi untuk tidak berkawan dengan syaitan (pembazir) mak aku pun bercadang untuk tidak membuang peti ais lama. Lalu terpancullah soalan ini dari mulut mak aku.
"Rumah Anak Teater ada peti ais? Mak ingat nak bagi peti ais ni."
Tersembur sikit air Nescafe dari mulut aku dengan niat baik mak aku tapi sebenarnya menyentap raga juga. Memang niat mak aku tu best, tapiii....
"Mak, Rumah Anak Teater ni, jangan cakap peti ais, RUMAH pun kitaorang takda, mak".
"Lah, habis tu korang meeting, buat rehearsal semua, dekat mana?"
Itu yang susah aku nak jawab tu. Takkan nak bagitau selama ni kitaorang buat rehearsal dekat tepi jalan atau mana - mana ruang yang sempat?. Aku terus sambung makan.
Jadi harapan aku dan anak - anak teater yang lain untuk waktu ini ialah, agar sesiapa ribuan, jutawan, mak Datin ke pak Dato' yang baik hati yang nak sponsor sewa rumah untuk kami ber-RUMAH, di alu - alukan. Sungguh.
Tak pun ada sesiapa yang tahu lubang rumah sewa yang cun, selesa, besar dan menarik tapi harga sewa tidak terlalu sembelih leher, silalah roger - roger kami.
Bolehlah kami jadikan studio, tempat meeting untuk projek lebih gempaq, tempat tidur bagi yang tak mampu bayar sewa rumah, tempat rehearsal dan sebagainya.
Ok tak?
-zahiril adzim
Friday, October 2, 2009
Jemputan ke Majlis Pelancaran Buku "Projek KoKEN" dan "Laut Lebih Indah Dari Bulan: Antalogi Skrip Teater Nam Ron"
Rumah Anak Teater dengan kerjasama Oxygen Media dan Kumpulan Frinjan dengan berbesar hati menjemput anda ke Majlis Pelancaran Buku "Projek KoKEN: Koleksi Skrip Teater Kompilasi Volume I & II" dan "Laut Lebih Indah Dari Bulan: Antalogi Skrip Teater Nam Ron" pada 4hb Oktober 2009, hari Ahad, jam 8.00 malam bertempat di Rumah Frinjan, 22 Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr. Ismail 60000 Kuala Lumpur.
Pelancaran akan disempurnakan oleh Encik Wahab Hamzah, Perancang Bahasa di DBP
Untuk peta ke lokasi, sila klik di sini
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Faisal Mustaffa 019-2232002 atau emel ke faisal.mustaffa@gmail.com.
Kenyataan Media RAT: Rumah Anak Teater Kongsi Kreativi Dalam Buku
Teater Kompilasi Vol 1 & 2 merupakan projek kedua yang diusahakan kumpulan Rumah Anak Teater (RAT) melalui Projek Komuniti Kental (KoKen).
Sebanyak enam skrip dalam dua pementasan tersebut akan dibukukan agar lebih banyak pihak dapat berkongsi kreativiti RAT yang khusus kepada Selangor dan Wilayah Persekutuan.
NAM RON atau nama sebenarnya Shamili Abdan (39 tahun) juga akan menerbitkan antologi skripnya sendiri melalui penerbit yang sama, Oxygen Media.
Nam Ron merupakan seorang pengarah, penulis, pelakon teater, tv dan filem. Di arena teater beliau mula terlibat dengan aktiviti ini bermula dari tahun 1989. Pada tahun 2000, selepas tamat pengajian di Akademi Seni Kebangsaan beliau menubuhkan Alternative Stage dan menjadi pengarah artistik hingga kini. Selain dari pengiat seni beliau juga turut menyumbang tenaga sebagai pensyarah sambilan di Jabatan Teater, ASWARA. Beberapa karyanya telah tercalon ke peringkat akhir di Anugerah Seni Cameronian sebagai pengarah, pelakon dan penulis antaranya adalah Lembu, Matderihkolaperlih, Laut lebih Indah dari Bulan dan VV(WIP). Pada tahun 2003 Matderihkolaperlih memenangi ketegori skrip bahasa melayu terbaik pada anugerah tersebut. Pencapaian beliau yang lain adalah apabila menerima anugerah graduan cermerlang bagi ketegori teater oleh ASWARA pada tahun 2007. Nam Ron juga adalah salah seorang ahli dalam pertubuhan Lohan Journey, sebuah pertubuhan teater antarabangsa yang bertapak di Tokyo.
Sinopsis Koleksi Skrip Kompilasi Teater Vol 1 & 2
Teruk
Dalam kehidupan, setiap perkara perlu dilakukan dengan batasan. Tidak kira samada perlakuan atau aktiviti fizikal, spiritual, emosi atau apa sahaja, termasuk hubungan dengan Tuhan.
Adib, seorang lelaki berkehidupan sederhana yang telah terlolos dalam keindahan perasaan serta kebahagian yang dimiliki bersama Alishia, serorang gadis yang agak senang dengan kehidupannya. Taraf kehidupan tidak pernah menjadi penghalang mereka. Hubungan mereka seperti hubungan sepasang kekasih yang lain. Cuma mereka lebih jarang bertengkar atau bergaduh. Akibat hubungan yang terlalu indah dan tenang seperti yang selalu diidam - idamkan oleh setiap pasangan lain, Adib telah menemui satu perasaan serta pemikiran dari sudut lain.
Pokok Kelapa Sayang
Pokok Kelapa Sayang adalah kisah seorang lelaki tua yang bernama Hasyim, berketurunan India di Malaysia yang mana telah memeluk agama Islam demi percintaan yang terjalin antara dirinya dan Nur Ain.
Percintaannya telah dimusnahkan oleh kuasa ekonomi, kuasa politik, kuasa pemikiran masyarakat, kuasa budaya dan perkauman serta kuasa pilihan yang mana setiap manusia punya hak untuk membuat keputusan.
Nur Ain yang terhimpit antara kesetiaan pada keluarga dan kehendak hatinya telah memilih untuk membutakan perasaannya bagi memperjuangkan pilihan keluarga yang dipercayainya akan mendapat kebahagiaan, namun ia berlaku sebaliknya.
Hasyim yang berpegang teguh dan mempercayai pada cinta sejatinya telah mengakui Nur Ain hanyalah miliknya seorang sahaja sehinggakan sanggup melakukan tindakkan yang diluar sedar dan kejam.
Hasyim telah menanam mayat yang dipercayainya Nur Ain bersama sebiji buah kelapa, sehingga buah itu terus membesar menjadi pokok kelapa dan menjadi sebuah tanda percintaan agung buat Hasyim sehingga ke zaman tuanya.
Hasyim mempunyai rahsia mengenai pokok kelapa sayangnya itu, dimana tersimpan sejarah hitam pada dirinya yang cuba diselami oleh Penjaga, iaitu pekerja rumah orang tua setelah pelik melihat gelagat Hasyim tua yang begitu menyayangi sebatang pokok kelapa di pantai Port Dickson itu.
Naturalisasi
Mengisahkan tentang watak Razman, seorang peguam kepada seorang ahli perniagaan yang ternama dan teman baiknya Rahmat, seorang penulis bebas. Suatu malam Razman termenung sendirian di dalam gelap. Kegelisahannya berpunca dari kes perbicaraan membabitkan ahli perniagaan tersebut siang tadi. Rahmat, yang juga merupakan teman serumah Razman yang baru pulang dapat mengesan perubahan Razman. Mereka berbincang tentang hal tersebut, kemesraan tetap ada walau kadangkala keadaan menjadi agak tegang. Nurul kekasih Razman sampai dengan keadaan marah dan runsing. Setelah dipujuk oleh Razman barulah dia tenang. Darinya diketahui bahawa Nurul mengandungkan anak Razman. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Malam itu Nurul tidur di situ, Rahmat marah dengan tindakan Razman. Mereka bertengkar. Pagi besoknya, Rahmat cuba menghasut Nurul dengan membuat satu helah, tujuannya untuk memisahkan hubungan Nurul dengan Razman. Setelah Rahmat keluar, Razman sekali lagi bertengkar dengan Nurul dan akhirnya Razman terperangkap dengan helah yang dicipta Nurul dan mengaku bahawa dirinya adalah lelaki gay. Nurul terkejut lalu mahu memutuskan hubungan dengan Razman. Tengah hari, Rahmat pulang membawa berita bahawa dia menghidap HIV positif.
Legasi
Legasi sebuah cereka yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang saling mencintai di antara satu sama lain sepenuhnya akan tetapi mempunyai sisi persepsi paksi politik yang berbeza. Ia berlatar belakangkan kepada budaya politik Malaya 1940an. Cikgu Bakar dan isterinya, Cikgu Zaharah adalah elitus Melayu lepasan Sultan Idris Teachers College yang menyokong dan bersama menggerakkan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Apabila KMM mulai lemah (1945), ramai pemimpin utama kesatuan itu mengambil pendirian untuk meninggalkan KMM, termasuklah Cikgu Zaharah, namun ianya tidak melibatkan Cikgu Bakar. Hal ini adalah kerana Cikgu Bakar tetap terus berpaksi kepada perjuangan KMM. Konflik persepsi politik ini terus menyelubungi kehidupan Cikgu Bakar dan Cikgu Zaharah. 50 tahun kemudian, di hari-hari terakhir Cikgu Bakar, dia sempat berjumpa dengan cucu perempuannya yang merupakan seorang liberal anthropologist, Suhaila. Bersama Suhaila, Cikgu Bakar merungkai pengalaman, pandangan, kepercayaan politiknya. Adakah Suhaila akan meneruskan “LEGASI” yang di bangunkan oleh Cikgu Bakar.
Sinopsis buku ' Laut lebih Indah dari Bulan' karya Nam Ron
Lembu merupakan kisah cinta yang sangat biasa, seolah-olah sebuah drama yang sudah klise. Nam Ron menjadikan kisah cintanya ini lain daripada yang lain, kerana cinta itu terhalang akibat perbezaan pegangan politik ahli keluarga teruna-dara. Apa yang lebih menarik, Nam Ron mengambil pendekatan komedi, dengan mengenengahkan peristiwa kehilangan seekor lembu yang sepatutnya menjadi korban untuk meraikan kedatangan seorang pemimpin. Dalam pada itu, beliau ketara menyuntik dan menjentik hal-hal yang dirasakan mengganggu fikirannya.
Proses mengangkat masalah sosial yang sejak berkurun sudah mewarisi kehidupan masyarakat Melayu: kemiskinan dan tidak berpendidikan. Situasi ini diburukkan lagi dengan sikap sesetengah orang Melayu sendiri yang tidak begitu cerdik untuk mengatur kehidupan. Memberhentikan anak daripada persekolahan dan mengahwinkannya dalam usia muda jelas merosakkan terus masa depan anak itu.
Matderihkolaperlih sebagai sebuah monodrama, mengambil pendekatan penceritaan dari sudut pandangan beberapa watak. Selain Derih sendiri, cerita juga disampaikan oleh watak rakannya, Solleh dan Wati. Kisah watak ‘budak’ nelayan dari Kuala Perlis yang bertukar menjadi gedebe yang mengutip duit perlindungan, menjadi tauke Song di Padang Besar, hingga akhirnya bertukar menjadi ahli politik. Detik paling menarik dalam riwayat Matderih ini ialah apabila dia menembak lelaki yang cuba memperkosa Wati dan didapati lelaki itu ialah ayahnya sendiri, yang dicari-cari selama ini. Ini adalah sisi gelap kehidupan ‘seorang Matderih’ yang cuba diperlihatkan oleh Nam Ron, sebagai analogi kepada kehidupan manusia yang memungkinkan segala-galanya, di sebalik takdir.
Aku Nak Jadi Bintang mengungkapkan kisah seorang gadis desa dengan impian besarnya untuk menjadi bintang – sebagai artis yang hidup penuh glamor. Bagaimanapun dia terjebak dengan Alex yang menjadikannya “bintang” lain. Si gadis mula mengenali segala macam lelaki yang berjanji untuk menjadikannya bintang. Gadis lalu melayani kesemua mereka. Akhirnya dia bertemu dengan Johan yang bekerja dalam bidang perfileman dan gadis sangat meyakininya. Dan dia menyerah kepada Johan. Hingga akhirnya dia terbabit dalam perlakuan dan aksi yang membawa kepada tragedi.
Laut lebih Indah dari Bulan semacam sekuel kepada Aku Nak Jadi Bintang, mengambil premis daripada satu peristiwa yang pernah berlaku dan menggemparkan negara tidak berapa lama dahulu. Kalau Aku Nak Jadi Bintang merupakan monolog atau penceritaan oleh gadis yang mahu menjadi ‘bintang” itu, Laut... memilih pendekatan penceritaan dari sudut pandangan isteri kepada lelaki yang menghadapi tuduhan sebagai pembunuh (Johan dalam Aku Nak Jadi Bintang?). Si isteri (Bulan) yang sangat setia dan percaya pada suaminya (Laut) itu sangat sukar untuk mempercayai kecurangan pasangannya, sehinggalah dia menemui bukti-bukti yang nyata.
Latarbelakang RAT
Rumah Anak Teater atau nama singkatannya RAT ditubuhkan secara tidak rasmi pada Oktober 2008. Ianya diasaskan oleh Nam Ron bersama beberapa anak muda graduan ASWARA. RAT adalah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh penggiat muda seni persembahan. Penubuhan RAT pada asasnya adalah bagi memastikan kesinambungan kerja-kerja seni persembahan diteruskan oleh anak-anak muda melalui bengkel, diskusi dan persembahan. Bagi memastikan usaha-usaha ini bergerak, RAT telah melaksanakan suatu rancangan jangka panjang yang dinamakan Projek Komuniti Kental atau singkatannya Projek KoKen. Projek Komuniti Kental (KoKen) adalah nama yang diberikan kepada sekumpulan penggiat muda seni persembahan yang menganggotai Rumah Anak Teater (RAT). Projek ini adalah sebagai satu landasan atau tapak bagi mereka berkongsi idea dan pemikiran dalam kerja-kerja seni persembahan dengan ahli masyarakat.
RAT memberi satu ruang untuk berkumpul, berkongsi, berkolaborasi dan melaksanakan kerja- kerja seni dalam bentuk produksi dan pengembangan serta penggalakan seni di Malaysia.
Tentang Oxygen Media
Oxygen Media lahir di tengah kekosongan buku-buku bersubyek seni budaya di dalam bahasa kebangsaan. Tidak banyak yang perlu diperkatakan, melainkan kami ingin menerbitkan sebanyak mungkin buku-buku berkisar seni dan budaya yang sering diabai dan dipinggir. Buku sangat penting untuk proses dokumentasi akan wujudnya karya & buah pemikiran yang berguna untuk referensi dan tujuan lainnya.Buku adalah media oksigen untuk penulis dan masyarakat bernafas dan memaknai hidup.
Program aturcara dan persembahan, sila klik di sini.
“Lahirkan kesakitan dengan berkarya”
By Shanon Shah (shanonshah@thenutgraph.com)
PERLIS-born Nam Ron has been called "one of the freshest voices declaiming in contemporary Malaysian theatre". The talented playwright won Best Original Malay Script at the Boh Cameronian Arts Awards for his Perlis gangster history, matderihkolaperlih, in 2004. He has since been multiply-nominated for his plays Lembu (2005), Laut Lebih Indah Dari Bulan and WIP (both in 2007). Although he can be seen on television and film, it is onstage that the fire and depth of Nam Ron's work can truly be felt.
Undoubtedly one of the brightest talents in Malay-language theater, Nam Ron sat down with The Nut Graph on 18 August 2009 to discuss his origins and his dreams. The interview was conducted in Malay, heavily inflected with the northern Kedah and Perlis dialects.
TNG: Nam Ron dilahirkan di mana?
Aku dilahirkan di Hospital Besar Kangar, Perlis, pada 21 November 1969.
Membesar pula di mana?
Membesaq di Kangaq juga. Ada dua tempat, satu dekat Batu 9, Jalan Kaki Bukit. Di situ aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Beseri.
Lepas mak dan ayah bercerai, aku ikut mak ke Kangaq, Perlis. Aku sambung belajaq dekat Sekolah Seri Perlis, kemudian dekat Sekolah Menengah Perlis. Sampai la [sekarang] mak duduk Kangaq lagi, pak duduk Batu 9.
Nama "Nam Ron" pula siapa yang bagi?
Nama sebenar aku Shahili Abdan. Masa dekat sekolah orang panggil aku Shili. Bila aku pakai nama ni character aku lain. Aku loner sikit. Ada kawan seorang dua saja. Tak pandai bergaul, rendah diri, tak popular, sifat negatiflah juga.
Tapi lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), aku ke Jasin, Melaka, untuk belajaq nak jadi buruh dekat Institut Kemahiran Mara (IKM) [tahun 1987]. Masa orientasi semua pelajaq kena kumpul dekat dewan untuk ragging kecil-kecilan. Masa ini kami semua kena buat apa yang senior suruh buat.
Senior-senior pun tanya nama kami seorang-seorang. Ada seorang senior yang ambil kursus jahitan, dia pun lelaki lembut sikit, dia tanya aku, "Nama apa?" Aku jawab, "Shahili." Dia tanya, "Asal mana?" Aku jawab, "Perlis." Dia tanya, "Boleh cakap Siam?" Aku jawab, "Sikit-sikit."
"Cuba sikit," dia kata. Aku pun jawab, "Nam Ron (maksudnya ayaq hangat)." Lepas itu senior ini pun panggil semua senior lain berkumpul depan aku. Dia buat macam raja bila nak bagi gelaran dekat knight, "Mulai hari ini, hang akan dipanggil Nam Ron."
Lepas itu semua panggil aku Nam Ron masa orientasi. Dan semua ingat nama aku. Aku jadi popular dan diselamatkan oleh nama itu. Aku tak kena ragging dengan senior, malah aku dilantik menjadi budak suruhan untuk ragging junior yang lain. Contohnya, kalau senior suruh junior itu buat pumping 20 kali, akulah yang mengira.
Lepas orientasi selesai, senior-senior pun meminta maaf dengan junior, dan memberi aku izin untuk membuang nama Nam Ron. Tapi aku suka. Aku rasa macam ini pengalaman baru — kawan ramai.
Aku pun mula ada keberanian bersuara dan bercakap. Lepas habis belajaq, aku balik Perlis dan masih guna Nam Ron.
Boleh Nam Ron kongsi sikit asal-usul keturunan?
Ini ada kaitan dengan nama aku. Aku lebih kenal asal-usul sebelah mak, sebab aku dibesarkan oleh mak aku. Dia campuran [India Muslim] dan Siam.
Yang aku tahu ayah aku Melayu. Tapi kalau ikut sejarah, sebelum Perjanjian 1909, Perlis itu sebahagian dari Siam. Jadi kalau ikut sejarah, bapa aku keturunan Siam selatan. Tapi sebab politik dia jadi Melayu.
Belah mak, datuk kepada mak aku orang India Muslim dari dataran berhampiran dengan Teluk Bengal. Dari India, moyang aku datang masa dia bujang lagi, jual kain dekat kampung-kampung. Sampailah dia kahwin dengan local. Dapatlah nenek aku. Nenek aku pula kahwin dengan orang Siam dari Satun. Datuk aku lari dari Satun sebab larikan diri dari famili dia yang berebut harta pusaka. Jadi dia kahwin dengan nenek aku yang mamak ini. Dapatlah mak aku.
Satun dengan Patani ini lain. Orang Satun tak cakap bahasa Kelantan, tapi cakap Melayu macam orang Siam cakap bahasa Melayu pelat utara. Lanjut-lanjut dia macam orang Kedah — word Melayu tapi lenggok Siam.
Baru-baru ini, pak cik belah mak aku nak cari family tree kami. Cerita baru dari dia, mak dan bapa kepada datuk aku bukan asal dari Siam. Mereka orang Minang yang berhijrah ke Siam. Datuk aku hanya dilahirkan di Siam. Muka dia muka Cina, mata sepet, kulit putih.
Belah bapa, aku tak tahu dan tak pernah sembang dengan dia.
Apa kenangan Nam Ron yang paling kuat, sama ada yang manis atau pahit, ketika membesar?
Zaman kanak-kanak aku semuanya sengsara. Aku hanya kenal erti kebahagiaan masa aku capai umur 30 tahun. Sebelum itu hidup aku susah. Kalau orang yang tengok Bersamamu dekat TV3 boleh menangis, aku pula gelak saja. Bila kita hidup susah, kita tak menangis pun sebab itu memang hidup kita. Dulu kalau makan ikan seekor dengan lima beradik, nasi pula makan dengan kicap saja. Sebab itu aku tak popular dekat sekolah — baju pun sehelai, kasut pun aku akan pakai sampai rosak.
Aku pun kekurangan kasih sayang. Dulu aku akan dera diri aku sendiri, contohnya bakar tubuh aku dengan api rokok, patahkan tulang tangan sendiri bila kecewa dan sebagainya. Aku rasa macam aku boleh hilangkan penderitaan bila aku sakitkan diri sendiri.
Adakah karya sastera Nam Ron berpunca daripada kesakitan ini?
Lepas habis IKM, aku balik Perlis kerja bengkel membaiki kereta. Masa inilah aku mula berjinak-jinak dengan puisi dan teater. Masa free malam-malam, hujung minggu, aku buatlah teater.
Lepas itu aku rasa aku don't belong untuk bengkel kereta. Itu bengkel yang aku buka sendiri tapi aku tak boleh tumpukan perhatian. Teater yang memberikan apa yang aku perlukan sebelum ini — kasih sayang, perhatian, communication, bergaul dengan orang, bertukar pendapat. Dia macam terapi dan aku mula suka. Kerja aku pula tunggang-langgang.
Tahun 1994, masa Akademi Seni Kebangsaan (ASK) baru buka, kawan aku yang minat nak masuk ada bawa iklan paper. Dalam senyap-senyap aku pun memohon. Tuhan yang atuq bagi aku masuk, sebab aku hanyalah pilihan kedua, dan aku dapat tempat itu apabila pilihan pertama menarik diri.
Masa tahun pertama aku memang aku ada masalah dengan seorang guru lakonan, Ahmad Yatim [Talib]. Satu hari dalam kelas lakonan dalam aktiviti untuk mengeluarkan emosi, dia memang komen kepada semua orang, tapi aku yang terasa lebih. Dia kata kami semua tak dapat buat latihan dia sebab kami tak cuba betul-betul. Aku masa tu memang dah buat betul-betul.
Bila semua student keluar, aku tahan Ahmad Yatim. Air mata aku sudah keluar pasal aku marah, dan aku sudah tumbuk-tumbuk dinding. Aku kata, "Cikgu tak leh cakap macam tu. Macam mana cikgu boleh tau apa yang kami rasa tu tak betul?"
Masa ini dia pun sudah mula lembut, mungkin sebab dia tengok aku macam tak siuman. Barulah dia bagi note yang betul-betul dekat aku. Lepas itu dia kata, "Awak ini kena jumpa psychiatrist." Lepas perjumpaan aku dengan dia, aku jumpa pula [Datuk] Krishen Jit, yang merupakan ketua jabatan masa itu. Aku cakap apa yang Ahmad Yatim kata. Krishen suruh aku jangan jumpa psychiatrist. "Itu (kesakitan) adalah satu anugerah untuk terus berkarya. Dan lahirkan segala kesakitan itu dengan berkarya." Dan aku pun buat sampai la.
Bagaimana pula Nam Ron mencari kaitan antara pengalaman ini dan pengalaman Nam Ron sebagai warga tanahair ini?
Adakah negara kita aman dan makmur hanya dari segi luaran? Aku nak aman, damai dari segi dalaman. Aku bercakap dari sudut sosial, penerimaan masyarakat tanpa prejudis dan sebagainya. Aku tak mahu ada sistem atau sempadan kelas, bangsa dan status. Sekarang kita masih ada prejudis, terutamanya dari segi bangsa. Ini sebabnya aku buat filem Gadoh. Kadang-kadang orang Melayu dalam kelompok masing-masing akan melepaskan marah tanpa rasa bersalah pun.
Contohnya semua bangsa pun ada orang yang membawa kereta laju, tapi kenapa keluaq, "Cina bawa kereta laju macam negara dia sendiri?"
Dari segi status, aku nak semua orang menikmati kekayaan sama-sama, dan kemudahan yang lebih, hospital, pendidikan, kepada rakyat secara percuma dan tetap berkualiti.
Dari segi politik, aku mahu negara ini betul-betul bebas. Berikan kuasa kepada rakyat sepenuhnya. Dia orang yang hidup, dia orang yang tahu. Jangan bagi politician yang mengatur segala-galanya. Contohnya aku sebagai karyawan, bagilah aku kebebasan berkarya, dan rakyat kebebasan untuk menilai karya aku.
Wednesday, September 30, 2009
RIGHT TO READ FESTIVAL – Rumah Anak Teater Bagi Bengkel
Siapa kata Rumah Anak Teater (RAT) bikin teater sahaja? RAT juga dengan tenaga produksi dalam pelbagai bidang akan mengadakan bengkel dalam persembahan teater. Dengan pengalaman yang mereka junjung, mereka akan mendidik orang awam dalam persembahan teater.
Tenaga yang telah diperuntukkan untuk bengkel ini ialah Fared Ayam, Khairunazwan Rodzy, Yusman Mokhtar dan Khairil Ridzuan (K’N).
Di akhir bengkel ini, peserta akan membuat persembahan cara percuma kepada orang awam. Namun, bagi mereka yang berminat, mereka mestilah mempunyai asas dalam persembahan teater dan pelajar-pelajar seni persembahan, sekurang-kurangnya pernah menyertai kelab teater di sekolah. Bengkel ini adalah sebahagian daripada Mini Arts Fest yang dianjurkan oleh Sisters In Islam dan Centre For Independent Journalism. Projek ini dipanggil PAGE@STAGE. Ia diadakan pada 10 – 11 Oktober 2009 jam 11 pagi.
Festival yang digelar “Right To Read Festival”, idea-idea gala dalam mempromosikan pemikiran independen dijalankan atas kebebasan berkespressi dan hak untuk mendapat maklumat.
Buku menjadi kunci dalam kebebasan berkespressi. Buku boleh member pengisian kepada minda, membersihkan jiwa serta menggalakkan perubahan positif di dalam individu dan masyarakat. Hidup tanpa buku seperti hidup di dunia tanpa udara. Justeru, kita tidak boleh hidup tanpa buku. Tindakan mengharamkan buku seolah-olah seperti mengharamkan udara. Di antara 1971 dan 2009, kerajaan Malaysia telah mengharamkan lebih 1,500 buku.
Sekiranya berminat, sila hubungi Syue at 03-7785 6121.
Maklumat lanjut klik di sini.
Sunday, September 27, 2009
Sinopsis buku ' Laut lebih Indah dari Bulan' karya Nam Ron
Lembu merupakan kisah cinta yang sangat biasa, seolah-olah sebuah drama yang sudah klise. Nam Ron menjadikan kisah cintanya ini lain daripada yang lain, kerana cinta itu terhalang akibat perbezaan pegangan politik ahli keluarga teruna-dara. Apa yang lebih menarik, Nam Ron mengambil pendekatan komedi, dengan mengenengahkan peristiwa kehilangan seekor lembu yang sepatutnya menjadi korban untuk meraikan kedatangan seorang pemimpin. Dalam pada itu, beliau ketara menyuntik dan menjentik hal-hal yang dirasakan mengganggu fikirannya.
Proses mengangkat masalah sosial yang sejak berkurun sudah mewarisi kehidupan masyarakat Melayu: kemiskinan dan tidak berpendidikan. Situasi ini diburukkan lagi dengan sikap sesetengah orang Melayu sendiri yang tidak begitu cerdik untuk mengatur kehidupan. Memberhentikan anak daripada persekolahan dan mengahwinkannya dalam usia muda jelas merosakkan terus masa depan anak itu.
Matderihkolaperlih sebagai sebuah monodrama, mengambil pendekatan penceritaan dari sudut pandangan beberapa watak. Selain Derih sendiri, cerita juga disampaikan oleh watak rakannya, Solleh dan Wati. Kisah watak ‘budak’ nelayan dari Kuala Perlis yang bertukar menjadi gedebe yang mengutip duit perlindungan, menjadi tauke Song di Padang Besar, hingga akhirnya
bertukar menjadi ahli politik. Detik paling menarik dalam riwayat Matderih ini ialah apabila dia menembak lelaki yang cuba memperkosa Wati dan didapati lelaki itu ialah ayahnya sendiri, yang dicari-cari selama ini. Ini adalah sisi gelap kehidupan ‘seorang Matderih’ yang cuba diperlihatkan oleh Nam Ron, sebagai analogi kepada kehidupan manusia yang memungkinkan segala-galanya,
di sebalik takdir.
Aku Nak Jadi Bintang mengungkapkan kisah seorang gadis desa dengan impian besarnya untuk menjadi bintang – sebagai artis yang hidup penuh glamor. Bagaimanapun dia terjebak dengan Alex yang menjadikannya “bintang” lain. Si gadis mula mengenali segala macam lelaki yang berjanji untuk menjadikannya bintang. Gadis lalu melayani kesemua mereka. Akhirnya dia bertemu dengan Johan yang bekerja dalam bidang perfileman dan gadis sangat meyakininya. Dan dia menyerah kepada Johan. Hingga akhirnya dia terbabit dalam perlakuan dan aksi yang membawa kepada tragedi.
Laut lebih Indah dari Bulan semacam sekuel kepada Aku Nak Jadi Bintang, mengambil premis daripada satu peristiwa yang pernah berlaku dan menggemparkan negara tidak berapa lama dahulu. Kalau Aku Nak Jadi Bintang merupakan monolog atau penceritaan oleh gadis yang mahu menjadi ‘bintang” itu, Laut... memilih pendekatan penceritaan dari sudut pandangan isteri
kepada lelaki yang menghadapi tuduhan sebagai pembunuh (Johan dalam Aku Nak Jadi Bintang?). Si isteri (Bulan) yang sangat setia dan percaya pada suaminya (Laut) itu sangat sukar untuk mempercayai kecurangan pasangannya, sehinggalah dia menemui bukti-bukti yang nyata.
Saturday, September 12, 2009
Pelancaran Buku Kompilasi Skrip Vol 1 & 2
Majlis pelancarannya seperti berikut:
Tarikh: Ahad, 4 Oktober 2009
Masa: 8-11 malam
Tempat: Rumah Frinjan, No 22, Lorong Rahim kajai 13, Tmn Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Semua dijemput hadir. Program-program yang diaturkan termasuk ucapan dan persembahan dari artis-artis Rumah Anak Teater.
Sila dapat perincian program di dalam facebook.
Anda boleh membeli secara online di laman TOKOBUKU.
Skrip:
Teater Kompilasi Vol 1
1. TERUK Oleh Zahiril Adzim
2. POKOK KELAPA SAYANG Oleh Khairunazwan Rodzy
3. TAMBAT KAKI Oleh Khairil Ridzuan
4. STABIL Fared Ayam
Teater Kompilasi Vol 2
1. NATURALISASI Oleh Fared Ayam
2. LEGASI Oleh Moizzis R.Cong
Product Detail:
ISBN: -
Suntingan: Faisal Mustaffa
Publisher: Oxygen Media
Year: 2009
No of Pages: 90
Price: RM25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Berminat untuk memiliki buku ini? Ikuti arahan berikut:
1. SMS 019-2232002 (Taip Projek KoKEN )
2. Selepas mendapat harga sebenar, jawab SMS dengan menyatakan alamat surat-menyurat dan pindahkan* wang ke akaun Faisal bin Mustaffa MBB 114179439605.
* pilihan: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, atau cawangan-cawangan Maybank berhampiran.
Tarikh: Ahad, 4 Oktober 2009
Masa: 8-11 malam
Tempat: Rumah Frinjan, No 22, Lorong Rahim kajai 13, Tmn Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Semua dijemput hadir. Program-program yang diaturkan termasuk ucapan dan persembahan dari artis-artis Rumah Anak Teater.
Sila dapat perincian program di dalam facebook.
Anda boleh membeli secara online di laman TOKOBUKU.
Skrip:
Teater Kompilasi Vol 1
1. TERUK Oleh Zahiril Adzim
2. POKOK KELAPA SAYANG Oleh Khairunazwan Rodzy
3. TAMBAT KAKI Oleh Khairil Ridzuan
4. STABIL Fared Ayam
Teater Kompilasi Vol 2
1. NATURALISASI Oleh Fared Ayam
2. LEGASI Oleh Moizzis R.Cong
Product Detail:
ISBN: -
Suntingan: Faisal Mustaffa
Publisher: Oxygen Media
Year: 2009
No of Pages: 90
Price: RM25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Berminat untuk memiliki buku ini? Ikuti arahan berikut:
1. SMS 019-2232002 (Taip
2. Selepas mendapat harga sebenar, jawab SMS dengan menyatakan alamat surat-menyurat dan pindahkan* wang ke akaun Faisal bin Mustaffa MBB 114179439605.
* pilihan: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, atau cawangan-cawangan Maybank berhampiran.
Friday, September 11, 2009
Belian Online DVD Teater Kompilasi Vol 1
Teater Kompilasi Vol 1
1. TERUK Oleh Zahiril Adzim
2. POKOK KELAPA SAYANG Oleh Khairunazwan Rodzy
3. TAMBAT KAKI Oleh Khairil Ridzuan
4. STABIL Fared Ayam
Layari di TOKOBUKU.
Product Detail:
Year: 2009
Price: RM15.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Berminat untuk memiliki dvd ini?
Ikuti arahan berikut:
1. SMS 019-2232002 (Taip DVD KoKEN
2. Selepas mendapat harga sebenar, jawab SMS dengan menyatakan alamat surat-menyurat dan pindahkan* wang ke akaun Faisal bin Mustaffa MBB 114179439605.
* pilihan: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, atau cawangan-cawangan Maybank berhampiran.
Friday, August 21, 2009
Monday, August 17, 2009
Gambar-gambar Teater Kompilasi Vol II
Taiyuddin Bakar sebagai Cikgu Bahar dan Dira Abu Zahar sebagai Cikgu Zaharah dalam LEGASI.
Gambar-gambar teater Legasi dan Naturalisasi yang lain boleh diperolehi dari sini.
Semua foto kepunyaan Saharuddin Adnan. Tidak dibenarkan mengambil tanpa kebenaran.
Friday, August 14, 2009
Buku Kompilasi Skrip Vol 1 & 2
Buku Projek KoKEN: Kompilasi Skrip Vol I&II sudah berada di pasaran. Ia boleh didapati di luar pintu masuk Stor Teater DBP, Jalan Dewan Bahasa sepanjang pementasan Teater Kompilasi vol II sehingga 16 Ogos 2009.
Harga RM25-00.
Belian secara online: sms 0192232002. Tunggu arahan selanjutnya (melalui sms).
Pelancaran secara rasmi buku pada 15 Ogos 2009 di Stor Teater DBP.
Rumah Anak Teater (RAT) juga ada menjual dvd Teater Kompilasi Vol I.
Harga: RM15-00
Belian secara online: SMS 0192232002. Tunggu arahan selanjutnya (melalui sms).
Selain itu, RAT juga ada menjual DVD filem GADOH dengan ihsan KOMAS.
Harga: RM15-00
Wednesday, August 12, 2009
Seks, Perjuangan dan Kegagalan Jantan
Rahmat Haron telah membuat ulasan terhadap pementasan yang beliau hadir pada hari pertama.
Sila baca ulasan beliau di sini.
Borak-borak Dengan RAT - Zahiril Adzim
Akhirnya, aku sempat juga meluangkan masa dengan Zahiril Adzim. Ada orang kata dia 'hot'. Ada orang kata dia sudah berada di puncak kariernya; dengan memenangi Pelakon Lelaki Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia-22 mingu lalu.
Walau apa pun, aku masih anggap dia sebagai rakan sekerja. Ada orang tanya aku; kau sekarang manager Zahril Adzim ke? Aku jawab; dia tak mampu bayar RM5000.
Ada yang minta nombor telefon dia, aku minta maaf sangat fasal aku diberi kepercayaan. Ada yang minta latar belakang dia (korek rahsia peribadi), aku kata; aku tak suka campur hal peribadi orang lain sepertimana aku tak suka orang lain campur hal peribadi aku.
Ikuti temubual aku dengan salah seorang pelakon utama Teater Kompilasi Vol2, Zahiril Adzim.
Hari tu kau pergi Cannes dengan siapa? Kau rasa glamour tak?
Hari tu aku pergi dengan Chris, Nandita, Yatsuhiro, Pierre (bukan Pierre Andre ya, ni Pierre betul punya mamat dari Perancis). Dan sepatutnya dengan Mislina. Tapi dia tak dapat pergi sebab kena tahan dekat KLIA. Nak wakil negara ni beb, tapi dihalang dengan orang negara sendiri jugak! Macam mana? Sapa nak jawab?
Glamour? Ada lah rasa sikit masa aku nak beli rokok sekaton dekat airport, duty free. Masa tu tertunjuk duit Euro Dollar. Lepas tu, gadis kaunter tu tanya nak pergi mana. Aku jawab, nak pergi Cannes! Nak bawak filem KITA (AKU, DIA DAN MALAYSIAN) bertanding sana! Nak wakil negara kita beb! Amacam, rokok sekaton ni boleh bagi free ke?
Dia cakap "Whatever". Ke-glamour-an aku dibunuh kat situ je.
Cakap pasal lakonan...... babak menangis tu airmata original ke pakai eye-mo?
Oh, kita tengah cakap pasal lakonan eh? Babak menangis tu, aku rasa diaorang Photoshop je kot. Sebab masa aku nangis masa tengggg... cis! Aku nangis betol!
Ada orang cakap kau jambu. Apa komen kau?
Dah makan tengahari? Aku boleh belanja.
Kau dah lakon banyak watak.... Kalau ada tawaran watak maknyah, kau terima tak?
Kalau bayar boleh beli sebiji banglo untuk RAT, aku ok je. Aku kan pelacur bakat. Wakaka!
Masa mula-mula kau mohon masuk ASWARA, apa response mak bapak kau?
Yuran berapa ringgit?
Dalam banyak-banyak drama yang kau berlakon, yang mana satu kau rasa gagal?
Semua drama aku gagal. Gagal apa? Aku gagal tackle heroin drama tu. Atau aku memang loser.
Pada pendapat kau, rakyat Malaysia rata-rata faham tak 1Malaysia tu apa?
Jangan cakap rakyat Malaysia. Aku sendiri pun tak paham 1Malaysia tu apa! Mungkin sebab aku banyak sangat baca gossip, tak pun cerita misteri kot.
Eh jap, one ke satu? Macam mana nak sebut ni?
Kenapa ada orang bantah Chin Peng pulang ke tanahair?
Pasal Chin Peng tak nak bawak balik ole - ole untuk diaorang. Tak pun sebab TANAH ni banyak sangat AIR kot. Entahlah.. salah baca buku sejarah kot. Ishh! Susahlah soalan ko ni Faisal.
Dalam teater kompilasi vol2 ni ada orang cakap kau buka baju. Betul ke?
Betul. Tapi aku bukak baju dekat backstage je. Masa nak pakai kostum. On stage tak boleh bukak baju sebab sejuk sangat.
Kau rasa teater vol 2 ni boleh tanding Tun Razak...The Musical tak?
Tak boleh, sebab penonton yang datang Teater Kompilasi Vol II ni tak pakai formal (baca: kot hitam)
Tuesday, August 11, 2009
Borak-borak dengan RAT - Yusman Mokhtar
Dalam sibuk-sibuk kami berhempas pulas dalam panggung Stor Teater DBP dan kerja-kerja harian aku, aku berkesempatan 'bermesra' dengan Pengarah Pencahayaan (sebut; Lighting Director) untuk Teater Kompilasi Vol 2.
Yusman Mokhtar (29 tahun) ialah seorang pemegang diploma ASWARA dalam Sinografi. Badan besar tapi penakut ni mengingat aku kepada John Little dalam cerita Robin Hood. kah kah kah.
Dia kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Malaya.
Ikuti temubual aku dengan beliau.
Sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam lighting, kenapa kau rasa peranan kau penting?
Penting. Sebab bebudak lain tak berapa reti nak buat lighting.
Kalau tak ada lighting takpe ke?
Boleh la gak. Tapi muka tak terang. Mood takda. So penting gak la lighting ni.
Lighting ni boleh buat orang nangis tak?
Bleh kot. Sebab dia tolong bagi mood lebih skit kat plakon dengan penonton ni.
Wah, tiket sold-out hari-hari. Ada apa-apa kau nak kata?
Syukurlah... ada gak duit nak wat makan. Tima kasih pada semua yang datang sokong show kita.
Kau rasa kenapa diorang suka tengok teater RAT ni? Apa kelainannya? Kenapa diorang tak pergi Istana Budaya aje?
RAT sempoi kot. Semua macam geng-geng dengan kawan-kawan. So rasa at home je. Tu agak nye ramai yang datang. Kalau kat IB nak kena formal skit. Takleh lepak-lepak sangat. Isu pun dengan approach pun lain. IB lagi commercial la.
Kau pernah buat lighting kat Istana Budaya. Canggih ke lighting system kat sana?
Tolong-tolong je. Bukan buat kat hall besar dia. Wat kat tempat kecik je. Okla lighting system kat sana.
Kau dah terlibat dengan kedua-dua teater kompilasi RAT. Kau rasa ada ada kemajuan tak?
Harap-harapnya ada la sikit-sikit. Takut wo kalau tak maju-maju langsung.
Siapa yang funding RAT ni? Camne diorang makan hari-hari?
Funding RAT ni semua main poket sendirik dengan bantuan dari poket Namron ngan Enchik Faisal Mustaffa (ehemmm)... so kengkadang tu bila semua orang busy pastu kerja banyak gila and semua takda duit sangat.... tak de la makan... time ada tu semua makan ramai-ramai... macam family la gitu.
Apa nasihat kepada mereka yang tak dapat masuk panggung sebab tiket penuh?
Sorry la. Maybe next time leh buat extended show kan (eheeem... Enchik FM). Kalau nak wat kat space lain yang lagi besar dia punya feel macam dah lain pasal tak intimate kan... so macam terpaksa la nak had kan jumlah orang yang boleh masuk. Nak sumbat ramai-ramai kang orang kata tamak pulak kan.... so sorry la sapa2 yang tak dapat nak masuk tu... beli la dvd Kompilasi Vol 1 buat pengubat rindu!
Apa lagi keistimewaan RAT ni lain dengan kumpulan-kumpulan teater lain?
Aku tak nak cakap lebih-lebih. Nanti kalau aku cakap lebih-lebih kang orang kata bias pulak kan. Semua orang ada keistimewaan ngan kelemahan dia sendiri.
Nota penulis: Extended show? RAT kena bump-out 17hb kerana Stor Teater mahu digunakan oleh pejuang-pejuang seni yang lain.
Nota penulis: Gambar-gambar yang dimuatkan daripada koleksi Yusman sendiri atas kebenaran beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)