Friday, January 2, 2009

Projek KoKEN - Diskripsi Projek


Projek Komuniti Kental (KoKen) adalah nama yang diberikan kepada sekumpulan pengiat muda seni persembahan yang menganggotai Rumah Anak Teater (RAT). Projek ini adalah sebagai satu landasan atau tapak bagi mereka berkongsi idea dan pemikiran dalam kerja-kerja seni persembahan dengan ahli masyarakat. Teater Kompilasi Vol. 01 adalah karya Projek KoKen yang bersifat kolektif ini adalah himpunan kerja-kerja 4 pengarah teater yang dipersembahkan dalam satu pertunjukan selama 2 jam. Disebabkan Teater Kompilasi ini bersifat jangka panjang maka penggunaan Vol. 1 adalah mewakili kerja pertama yang akan disusuli dengan kerja-kerja lain dengan pendekatan yang sama di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment