Kali ini aku cuba memaparkan seorang lagi pelakon dalam Teater Kompilasi vol2. Kali pertama aku kenal dia ni bila semasa vol1 dipentaskan Februari 2009 yang lalu. Dia ini mempunyai wawasan yang besar dan bercita-cita tinggi dalam kerjayanya dalam bidang seni. Apabila ditanya bangsanya, dia beritahu “aku bangsa Malaysia”.
Khairilridzuan Saharudin (25) merupakan anak kelahiran Pulau Langkawi ini lebih selesa di panggil KN. Graduan Diploma ASWARA ini mula bergiat secara serius seawal tahun 2004 lagi. Antara produksi yang pernah beliau terlibat seperti Atap Genting Atap Rumbia, Percakapan Seorang Oedipus, Bilik Sulit, Dua Bulatan Pukul Enam dan banyak lagi. Pernah bekerja dengan Suhaimi Baba dalam filem 1957 : Hati Malaya dan siri Anak Pontianak. Sekarang beliau menjadi pelakon sepenuh masa.
Ikuti temubual
aku dengan K'N.
FM: Aku dapat tahu kau pernah menjadi seorang penari tarian melayu. Kau ada tak kepingin nak belajar tango atau chacha?Amboi..amboi.. mana tahu ni? Dulu la aku ni penari tradisional. Aku mula menari masa umur 16 tahun sampai umur 17 tahun.. Ceritanye macam ni; .. aku ni minat sangat nak belajar main muzik, dan aku dah letak dalam fikiran aku yang aku mesti tahu main muzik sebab aku nak meng happy kan hidup aku, baru la jadi budak kampung yang sempoi.
So, berkenalanlah aku dengan geng-geng pemuzik tradisional ni. Bermulalah aku dan muzikku. Aku bermula dengan belajar main biola. Entah satu hari tu macam mana entah kawan aku seorang pemain muzik tradisional jugak suruh aku belajar menari. Aku pun nampak macam best je bila diorang ni menari zapin. So, aku pun menari ah. Tup..tup lepas tuh team penari tarik aku join diaorang untuk show.. sebab penari lelaki tak cukup… haiiii nasib.. nasib…
Belajar tango atau chacha ye? Mmmmm….. tak kot… minat dah takda.. tapi kalau kena buat atas sebab lakonan aku belajar lah…..
Aku dengar-dengar Ramli Ibrahim menari tarian India dia pakai kemenyan. Betul ke?Amboi..amboi… bukan setakan kemenyan je… spotlight, smoke machine pun dia pakai tau….
Kau pernah terlibat dalam filem 1957 : Hati Malaya. Aku rasa macam tak betul aje sejarah yang difilemkan tu. Apa pendapat kau?Memang tak betul pun. Tapi tu diaorang punya pasallah, nak glembong macam mana sekali pun. Yang penting aku berlakun dalam cerita tuh dan dapat lebarkan sayapku ke sana. Apa, ke mana adalah rahsia, mana leh gitau (bagitahu).
Teater Puteri Gunung Ledang tu projek juta-juta. Kau sendiri yang terlibat dalam projek tu dapat berapa juta?Hahahaahahaaaaaaaa.. dapat (RM)700 masa jadi krew diaorang.. yang tolak stupa yang bergerak kat atas pentas tu aku dan kawan-kawan aku lah yang menghambakan diri buat kerja tu… sial.. bayar ciput!!!!!
Kali ketiga masa kat Singapore aku dah naik pangkat jadi ensemble , kena menari lagi… aduhhh mujur tak jadi adik-adik…
K'N berkaca mata hitam yang berlakon sendiri teater arahannya.
Dalam teater Tambat Kaki vol 1, kau yang arah. Berapa lama kau ambil untuk siapkan skrip tu?Hahahaha kang aku cakap kantoi pulak…. Tapi kau macam jujur je Tanya. Jadi aku jawap jujur jugaklah…. Sehari semalam aku buat skrip tu… macam mana bole ke? Penonton enjoy ok lah….aku happy…
Apa inspirasi kau bila tulis skrip tu?Aku mengharapkan akan ada orang yang datang tengok show aku tu akan ambil kesedaran untuk join Pakatan Rakyat..hhahahahaaa…
Aku nak rakyat berani bersuara dan harus berani menentang parti yang poyo.. macam *(sensor)
Dalam skrip tu, kau macam tak puas hati tentang sesuatu. Boleh ceritakan?Memang la tak puas hati! Ambil tanah rakyat tapi bagi habuan ciput. Lepas tu susahkan rakyat balik. Aahhhhh, tak adil!
Diaorang je nak senang…haram jadah...******###@*****@@4@(terlalu kotor kata-kata ni…)
Aku mahu rakyat terima keuntungan bukan terima kesusahan hidup. Negara kaya tapi kenapa ramai lagi rakyat miskin. Tengok pembangunan akademik pun macam haram jadah diaorang sediakan kat masyarakat luar bandar. Ada saja yang tak cukup. Orang kampung bukan hamba.. dan orang kampung bukan selamanya harus jadi kuli orang kaya dari kota.
Kau percaya tak bercinta sebelum berkahwin? Kenapa?Sampai saat ini aku belum dapat menikmati cinta… (ahhh cinta bukan ke situ perasaannya condong!!)...(dialong dalam hemlet…huuhuu..) So aku tak tahu nak cakap hal ni….
Filem Gadoh yang kau berlakon tu menjadi. Apa rahsia kau?Amin syukur alhamdullilah….rahsianya sebab ada wajah kacak Namron dalam cerita tu.
Apa dvd Melayu / Indonesia terakhir kau tonton? Kenapa kau suka filem tu?Cerita Melayu… tak ingat.. tapi cerita Indonesia yang aku pinjam dari kau tu bertajuk Laskar Pelangi membuatkan aku bersemangat untuk dapat bahagia dalam hidup aku. Cerita tu simple.. tapi berkesan. Mesej dia jelas bahawa pendidikan harus diberikan pada semua dan secara percuma adalah perlu. Aku tahu kau nak balik. Nantilah aku pulangkan.
* Perkataan yang digunapakai tidak diletakkan di dalam penulisan ini kerana ada kemungkinan SPRM datang soal-siasat. Penulis tidak mahu mati dari tingkat 14.