T-shirt eksklusif 'SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA' sudah boleh dibeli.
Baju ini boleh diperolehi dalam pelbagai saiz (XS, S, M, L, XL). Harga bagi tshirt ini ialah RM30 sahaja.
Bagi mereka yang ingin membeli secara online, anda boleh whatsapp ke 0122290944.
Wednesday, December 10, 2014
PELAKON (TEATER) SUPERPTUI! & TANSIT KALER MAGENTA
ROS
Nama sebenar Rosmi Fazreen Fazira Binti Othman berasal dari Pendang, Kedah merupakan pelajar IPTA dalam bidang seni persembahan. Sepanjang pengajian, beliau pernah memainkan watak utama di dalam pementasan Dendam Si Kakak Tiri yang menyertai ‘ Short and Sweet Theatre 2014’ anjuran PenangPac ,Ensamble di dalam Pementasan Teater Muzikal Mencorak Destini anjuran Uitm pada Jun 2014 dan juga Pelakon di dalam Teater Raden Galo September 2013.
Ros merupakan penerima Anugerah Naib Chansellor UITM dalam Majlis Istiadat Konvokesyen ke 80, Diploma dalam Seni Lakon Teater dan dianugerahkan Pelakon Utama Wanita Terbaik, “ Short and Sweet Theatre” anjuran PenangPac.
Keterangan lanjut mengenai pementasan.
Tuesday, December 9, 2014
PENERBIT EKSEKUTIF (TEATER) SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA
Faisal Mustaffa
Faisal Mustaffa merupakan Pengarah Urusan kepada RAT Production. Memiliki Sarjana Perniagaan dan Pengurusan UKM (2001), beliau juga memiliki syarikat penerbitan sendiri, Merpati Jingga.
Di bawah RAT Production, beliau telah menerbitkan Teater Kompilasi vol 1 (2008), Teater Kompilasi II (2009), Teater Tanda Kompilasi III (2010), teater Pokok Kelapa Sayang (2010), teater Banduan Akhir di Sel AKhir (2011), teater kanak-kanak Kampung Semut + Tanda Kecil kompilasi IV (2011), teater Short Eyes (2011), teater SeNaPas (2011), Aku Manusia Berdosa Kompilasi V (2012). teater Beng Hock (2012). Beliau telah dijemput untuk bekerjasama dengan Esplanade Singapura untuk mementaskan Beliau juga menerbitkan filem Jalan Pintas (2011) yang diarahkan oleh Nam Ron.
Faisal juga baru-baru ini menerbitkan sebuah filem pendek ‘Ragut’ (2014) yang memaparkan keadaan kemiskinan bandar yang menjurus kepada kenaikan kadar jenayah.
Keterangan lanjut mengenai pementasan.
PELAKON (TEATER) SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA
MUHAMMAD FANDI CHE HISHAM
Fandi Che Hisham lulusan Diploma Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA. Antara projek terawal beliau dengan menggalas tanggungjawab sebagai pelakon adalah Bangsawan Syakuntala, Presentasi Fizikal Metamorphosis, Mono Teater Asrar dan lain-lain. Kalung Oh! Kalung ini merupakan pengarahan kedua beliau selepas Teater Asrar 2 dibawah pimpinan Jemaah Seni Suri Jawi.
Keterangan lanjut mengenai pementasan.
Monday, December 8, 2014
PENGARAH (TEATER) SUPERPTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA
WAN AZLI WAN JUSOH
Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Wan Azli Wan Jusoh tetapi ramai yang pernah dengar filem Budak Kelantan yang menimbulkan fenomena pada 2008 kerana memaparkan jujur di layar perak.
Dalam arena teater pula Wan Azli yang mesra dengan panggilan Wae (sebut ‘where’) pernah mengarah teater yang kemudiannya dibawa ke filem oleh Nam Ron, Agi Ni Jadi Jjaha’ (2006), Supertui! Dan Transit Kaler Magenta (2006), Cikgu Mizi (2006) dan Asrar (2010) juga Asrar2 (2011).

Teater SuperPTUI!: Ludahan kepada Sistem yang Berbeza-beza
Dari kiri: Ros (MasehDara.), Botak (Ptuih!) dan Fandi (Helium)
Komplikasi yang harus ditanggung oleh tiga beradik yang dibentukkan berbeza oleh suatu sistem yang dalam cerita ini disebut sebagai Bapak. Watak Helium Si Gas Nadir, Maseh Dara., dan Ptuih! mewakili watak masyarakat dunia yang telah terdidik sewajarnya sebagaimana kemahuan sistem tersebut.
Skrip yang membawa penonton berfikir amat kurang dalam persada teater negara dan membawa risiko yang besar dalam menarik minat pembeli-pembeli tiket namun Rumah Anak Teater mengambil cabaran tersebut atas kepercayaan kepada naskah “SuperPTUI! & Transit Kaler Magenta” karya Wan Azli Wan Jusoh.
“Cukup-cukuplah kita dibanjiri dengan skrip-skrip melankolik dan separa muzikal”, kata penerbit eksekutif Faisal Mustaffa.
“Penonton perlu bersedia untuk menerima pertunjukan yang membawa mereka berfikir dan berani mengkritik di akhir pementasan. Bukan terkesima dengan tarikan pementasan yang menonjol pelakon pujaan mereka di atas pentas mahupun persembahan separa muzikal”, tambah Faisal lagi.
Walaupun tidak memohon sebarang dana dan sengaja tidak memaparkan selebriti dalam projek teaternya, Faisal percaya teater sebegini harus diberi pendedahan. Faisal juga berkata penonton di luar Lembah Klang juga berhak untuk menonton teater-teater secara langsung.
SuperPTU! & Transit Kaler Magenta bakal dipentaskan di Panggung Pelanggang Cahaya, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 12-14 Disember 2014 akan datang dan dibarisi pelakon-pelakon seperti Botak Alhakeem (Ptuih!), Rosmi Fazreen (MasehDara.) dan Fandi Che Hisham (Helium Si Gas Nadir). Ianya diarahkan oleh Wan Azli Wan Jusoh yang juga merupakan penulis kepada naskah tersebut.
Naskah yang sama juga telah dirancang untuk dipentaskan di PJLiveArts pada 5-7 Februari 2015 dan dalam perbincangan untuk mementaskannya di Jakarta.
Menurut Faisal, pementasan 5-7 Februari 2015 telah pun dipersetujui manakala pementasan di negara luar masih dalam peringkat perbincangan.
Naskah yang pernah dipentaskan pada 2006 dahulu menceritakan mengenai percubaan memecahkan Sindrom Stockholm yang membelenggu dan dibungkus dengan simbolisme. Teks ini cuba memberitahu bahawa mereka (kesemua kita) adalah mangsa. Superptui! & Transit Kaler Magenta adalah sebuah konsekuensi.
Skrip ini juga akan diterbitkan sebagai bahan bercetak melalui syarikat penerbitan buku independen Merpati Jingga yang sebelum ini pernah menerbitkan buku skrip Aku Manusia Berdosa karya Nur Ahmad dan Laut Lebih Indah Dari Bulan karya NamRon.
CERITA MALAM JUMAAT EDISI DECEMBER
EDISI BULAN DECEMBER
Tarikh: 11 DECEMBER 2014 (Khamis)
Masa: 9-11pm
Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Dapatkan peta anda di sini.
Antara komik yang akan membuat persembahan nanti ialah:
1. Isham Rais
2. Rayza MukMin
3. Haikal Idris
4. KC Teruna Wangi
5. Sulaiman Azmil
6. Fiona Reutens
7. Fadhil Jaffri
8. David Chen
9, JD Raja Lawak
hos anda pada malam nanti ialah Sulaiman Azmil
UNTUK PERHATIAN: Persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan matang.
Tiket untuk masuk menonton persembahan ini ialah RM20.
Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi 017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.
Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk kePOZIBLE.
Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.
Thursday, November 27, 2014
KOMEDI BA-HAHA-SA EP. #04 - 1 DISEMBER 2014
Projek ini adalah gabungan Rumah Anak Teater bersama The Crackhouse Comedy Club KL di Taman Tun Dr Ismail dalam satu persembahan lawak berdiri (sebut stand-up comedy) bukan Bahasa Inggeris.
Tarikhh: 1 Disember 2014 (Isnin)
Masa: 9-11pm
Tempat: Tkt 1, No 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Dapatkan peta anda di sini.
Antara komik yang akan membuat persembahan dalam projek penggabungan ini ialah:
1. Botak
2. Teruna Wangi
3. Benjy
4. Rayza Mukmin
UNTUK PERHATIAN: Persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan matang.
Tiket untuk masuk menonton persembahan ini ialah RM15.
Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi 017-624 3412.
Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.
Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.
Maklumat lanjut di sini.
Sekiranya anda mahu melihat perkembangan aktiviti lawak berdiri di Malaysia, sila rujuk ke pautan ini.
Tuesday, November 18, 2014
CERITA MALAM JUMAAT EDISI NOVEMBER RAIN
EDISI MUSIM HUJAN
Walaupun kita berada dalam musim hujan, lawak berdiri CERITA MALAM JUMAAT diteruskan. Kali ini kita paparkan dua komik berbangsa cina yang selalu muncul dalam ONE MIC STAND yang kali ini mereka akan membuat persembahan mereka dalam bahasa Melayu. Mereka ialah Sim Tong dan Aaron Aw. Juga jarang-jarang kita menyaksikan Benjy yang kali ini akan membuat persembahan standup beliau.
Tarikh: 20 November 2014 (Khamis)
Masa: 9-11pm
Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Dapatkan peta anda di sini.
Antara komik yang akan membuat persembahan nanti ialah:
1. Botak
2. Teruna Wangi
3. JD Raja Lawak
4. Hishamuddin Rais
5. Rayza Mukmin
6. Fadhil Jaffri
7. Benjy
8. Sim Tong
9. Aaron Aw
.
Seperti biasa, hos anda ialah JD Raja Lawak.
UNTUK PERHATIAN: Persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan matang.
Tiket untuk masuk menonton persembahan ini ialah RM20.
Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi 017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.
Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.
Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.
Monday, November 17, 2014
AIMAN HAKIM dalam Teater KALUNG OH! KALUNG
AKTOR AIMAN HAKIM
Aiman mengambil bahagian dalam pertandingan bakat Mentor 5 yang dianjurkan oleh TV3 untuk musim kelima pada tahun 2011. Aiman berjaya melepasi ke pusingan keempat sebelum tersingkir. Aiman menghasilkan nyanyian solo Isyarat Hati, ditulis oleh Adi 6ixth Sense. Drama pertama Aiman, Vanilla Coklat, yang disiarkan di TV3 pada tahun 2011. Selepas drama tersebut tamat , Aiman berlakon dalam beberapa siri televisyen dan drama telemovie.
Maklumat lanjut tentang pementasan,
Friday, November 14, 2014
PELAKON TEATER 'KALUNG OH! KALUNG' 20-22 NOV 2014
AKTOR AMIN ABU BAKAR
Anak seni berusia dua puluh empat tahun ini menamatkan pengajiannya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA pada November 2011. Setelah melibatkan diri dalam dunia teater selama ini, ternyata jelas anak seni ini memiliki bakat semula jadi dalam lakonan pentas. Kini beliau menggalas tanggung jawab sebagai aktor sepenuh masa.
Maklumat lanjut mengenai pementasan.
Tuesday, November 11, 2014
PELAKON PROJEK TEATER 'KALUNG OH! KALUNG'
AQEELA KAMARUL berasal daripada Kuala Lumpur berumur 25tahun berbintang Libra. Graduan Diploma Theater Aswara 2010. Graduan Ijazah Sarjana Muda Drama Universiti Malaya. Darah seni yang ada dalam diri beliau bermula daripada bonda tercinta sebagai penari KBN dan menjadi sumber inspirasi kepada beliau until meneruskan legasi dalam bidang kesenian. Lakonan, nyanyian Dan tarian menjadi medium utama beliau dalam dunia kesenian beliau, teater fizikal minat utama.Beliau percaya pengalaman mengajar untuk mematangkan diri, cabaran dan dugaan adalah adat sebagai anak seni. Percaya dan yakin 'Love the arts in yourself not yourself in the arts' . Antara lakonan beliau ialah Teater Fizikal Tiga, Theater Eksperimental Janda Setinggan, Teater Fizikal Meta M(1&2), Opera Primadona, Bangsawan Harris Fadilah, Makyong Sindo, Teater Klasik Lysisyrata dan sebagainya.
Maklumat lanjut tentang pementasan.
Belian tiket secara online.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-2290944 atau emel kepada rumahanakteater@gmail.com
Saturday, November 8, 2014
PELAKON TEATER KALUNG OH! KALUNG
AKTOR KIKIE CARLA
Berasal daripada Kuala Lumpur berumur 27tahun berbintang Aries. Graduan Diploma Theater Aswara 2010. Darah seni yang ada dalam diri beliau menjadi sumber inspirasi kepada beliau untuk meneruskan legasi dalam bidang kesenian. Lakonan, dan bidang seni alih sura menjadi medium utama beliau dalam dunia kesenian beliau.Beliau percaya pengalaman mengajar untuk mematangkan diri, cabaran dan dugaan adalah adat sebagai anak seni. Percaya dan yakin 'Love the arts in yourself not yourself in the arts' . Antara lakonan beliau ialah Hanturisme, Bila Zoo Ditutup, Red Spade Black Diomand , Air Mata Syawal Theater Eksperimental Janda Setinggan, Bangsawan Harris Fadilah, Makyong Sindo, Teater Klasik Lysisyrata dan sebagainya. Antara bidang seni alih suara yang dilakonkan semula adalah seperti The Pollar Express, Panday Kids dan sebagainya.
Maklumat lanjut tentang pementasan teater #KalungOhKalung
Tuesday, November 4, 2014
CERITA MALAM JUMAAT RAIKAN JOKOWI
Sempena kemenangan Jokowi sebagai Presiden Republik Indonesia, kami menumpang gembira dengan membawa seorang pelawak terkemuka dari Jakarta, MO SIDIK. Pelawak ini sering tampil di rancangan-rancangan komedi di Indonesia dengan lawak-lawak bersahaja, Kami berharap ribuan rakyat Indonesia yang berada di sekitar Lembah Kelang untuk penuhkan panggung bagi mengetahui perkembangan politik dan senario di Indonesia.
Selain MO SIDIK, kami juga tampilkan Dr Jason Leong yang baru-baru ini mengadakan persembahan TO KNOW MALAYSIA, IS TO LOVE MALAYSIA.
Berikut ialah maklumat mengenai persembahan:
Tarikh: 6 November 2014 (Khamis)
Masa: 9-11pm
Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Dapatkan peta anda di sini.
Antara komik yang akan membuat persembahan nanti ialah:
1. Botak
2. Teruna Wangi
3. JD Raja Lawak
4. Hishamuddin Rais
5. Rayza Mukmin
6. Fadhil Jaffri
7. Harikeshwaran
8. Cemkar Singh
9. Mo Sidik
Seperti biasa, hos anda ialah Faisal Mustaffa
UNTUK PERHATIAN: Persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan matang.
Tiket untuk masuk menonton persembahan ini ialah RM20.
Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi 017-2BUY-TIX (017-2289 849) atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.
Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.
Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.
Sunday, November 2, 2014
Komedi BA-HAHA-SA bersama MO SIDIK (Indonesia)
Selepas membawa komik dari Singapura, kali ini kita bawa anda ke Indonesia. Projek ini adalah gabungan Rumah Anak Teater bersama The Crackhouse Comedy Club KL di Taman Tun Dr Ismail dalam satu persembahan lawak berdiri (sebut stand-up comedy) bukan Bahasa Inggeris.
Mo Sidik (gambar atas) merupakan seorang komik terkemuka di Indonesia.
Tarikhh: 3 November 2014 (Isnin)
Masa: 9-11pm
Tempat: Tkt 1, No 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Dapatkan peta anda di sini.
Antara komik yang akan membuat persembahan dalam projek penggabungan ini ialah:
1. Botak
2. Teruna Wangi
3. Cemkar Singh
4. Rayza Mukmin
5. Aiman Azri
6. Fadil Jaffri
7. Justin Heyes
8. Mo Sidik
.
Seperti biasa, hos anda ialah JD Raja Lawak.
UNTUK PERHATIAN: Persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan matang.
Tiket untuk masuk menonton persembahan ini ialah RM15.
Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi 017-624 3412.
Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.
Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.
Subscribe to:
Posts (Atom)