Monday, August 10, 2009

Peringatan dan Persediaan Menjelang Teater

(Ikut pusingan jam dari atas kiri), K'N, RCong, Ameerul, Dira

Pengumuman:

Tiket pada esok, Selasa 11 Ogos 2009 sudah habis ditempah. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin mengambil risiko, anda boleh juga datang dah berharap agar mereka yang tidak datang untuk mengambil tiket mereka boleh dijual kepada anda.

Begitu juga tayangan petang Ahad (16 Ogos 2009) dan Sabtu malam (15 Ogos 2009).

Peringatan kepada para tetamu:

1. Bawa baju sejuk. Khuatir anda akan ditempatkan di bawah penghawa dingin.
2. Teater ini akan berehat selama 15 minit sebelum pementasan kedua.
3. Surau di tingkat 6. Anda boleh datang awal dan kerjakan solat.
4. Matikan alat komunikasi anda. Bagi ahli politik dan peguam yang tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit sila letakkan 'silent mode'.
5. Anda boleh membuat rakaman gambar tetapi tidak dibenarkan menggunakan flash. Ia mungkin akan memberi kesan kepada pementasan ini. Lagi pun, pementasan ini banyak berharap kepada pencahayaan.
5. Tidak ada nombor kerusi. Free Seating. Tolong jangan rebut.
6. Pementasan ada surtitle berbahasa Inggeris. Kepada sesiapa yang tidak faham Melayu atau sekolah Inggeris, anda tidak akan mempunyai sebarang masalah memahami teater ini.
7. Tidak dibenarkan makan / minum /hisap rokok di dalam panggung. Makanan ada disediakan di luar.
8. Tidak ada dress code. Asalkan anda selesa dengan cara berpakaian anda.
9. Jangan berbual di dalam panggung kerana suara anda boleh hilangkan konsentrasi orang lain.


CARA UNTUK KE STOR TEATER DBP

Kalau guna pengangkutan awam, turun di stesyen STAR Hang Tuah atau MONOREL Maharajalela. Anda juga boleh turun di stesyen MONOREL Imbi. Jalan mengikut arah menuju ke Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tersergam.

Bagi mereka yang datang dengan motokar, (Indonesia bilang mobil; kita ada 9 tetamu dari Jakarta pada Selasa 11 Ogos), anda boleh parkir kenderaan anda di kawasan letak kereta bersebelahan Dewan Tun Syed Nasir, DBP atau pun Wisma Mirama di berhadapan DBP Bangunan lama. Tak perlu bayar.

Sekiranya penuh, anda boleh parkir di basement bangunan baru DBP. Kedua-duanya tidak menjadi tanggungjawab pihak penganjur sekiranya sebarang kecelakaan berlaku.

Selamat terhibur......

7 comments:

Anonymous said...

yeay dah banyak hari google cara untuk ke DBP.
~akhirnya~!
terima kasih

sekarang perlu mencari orang yang mahu bersekongkol untuk menonton. tsk

Pegawai Khalwat said...

Aku dah confirm datang Sabtu petang. Dah book pun.

Kalau dari tol Jalan Duta, macam mana nak ke Stor? Aku mai jauh ni....

-Aku- said...

mcm mn nk book? tlg!

Lucky said...

ishh.. ni lain macam je.. arahan.. hikhik..Aku pergi sehelai sepinggan saja..

faisal mustaffa said...

dari tol Jalan Duta, keluar Pusat Bandaraya....tembus Bank Negara. Ikut terus ke Dewan Bahasa.

Pegawai Khalwat said...

Tq Faisal.

Lagi satu, DVD Koken Vol 1 boleh booking jugak ka? Atau stok memang banyak?

faisal mustaffa said...

stok memang banyak dan rasanya cukup untuk penuhi permintaan anda untuk masa sebulan.

Faisal

Post a Comment