Rumah Anak Teater (RAT) di bawah program Projek KoKEN akan mementaskan sebuah teater kolaborasi yang mengabungkan 6 orang pengarah yang berkerja dalam sebuah pementasan; TANDA. Teater Kolaborasi TANDA yang akan dipentaskan pada 2 hingga 7 Februari 2010 di Panggung Eksperimen, ASWARA bertemakan alam sekitar. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat bertapa pentingnya penjagaan alam sekitar dari kemusnahan kerana kesannya amat buruk.
Di sudut artistiknya, pementasan ini cuba meneroka teknik penceritaan yang penuh dengan unsur-unsur kekaguman baik dari segi lakonan, pencahayaan, muzik/bunyi, video, pentas dan penontonan. Segala unsur-unsur kekaguman ini diperlukan untuk membawa penonton lebih dekat dengan persembahan dan segala persoalan-persoalan yang terkandung di dalam persembahan mudah diterima oleh penonton.
Secara jujurnya, sehingga ini pihak RAT belum mendapat sebarang tajaan bagi merealisasikan pementasan ini ke tahap yang diinginkan. Kebimbangan saya sebagai Pengarah Artistik RAT adalah pada pembinaan pentas khas untuk pementasan ini. Pentas yang akan dibina dengan unsur-unsur kekaguman itu direka khas dengan bermodalkan RM15 ribu. Kegagalan mendapat pembiayaan bagi membina pentas tersebut akan menjejaskan keseluruhan konsep yang dikerjakan. Dan, Teater Kolaborasi Tanda akan hanya menjadi sekadar persembahan teater yang biasa-biasa sahaja.
Oleh itu sebagai alternatif lain bagi memperoleh pembiayaan tersebut saya kemukakan cadangan ini kepada individu yang berminat dan mempercayai usaha kami di RAT bagi menyumbang sumbangan peribadi anda kepada kami.
Anda boleh menyumbang dengan minimun RM1 ribu. Anda akan mendapat 2 tiket VIP, cenderahati berupa barangan terbitan RAT, menyertai cast party dan nama anda akan dikreditkan sebagai Penerbit Eksekutif bagi pementasan TANDA.
ATAU
Anda boleh menyumbang dengan minimun RM1 ratus. Anda akan mendapat 1 tiket VIP dan cenderahati berupa barangan terbitan RAT.
Kami di RAT amat mempercayai pementasan Teater Kolaborasi TANDA ini akan memberi impak dan satu anjakan paradigma kepada perkembangan seni persembahan di Malaysia dan mengharapkan anda bersama-sama kami mengapai impian tersebut.
Sekian,
terima kasih
Nam Ron
Pengarah Artistik
Rumah Anak Teater (RAT)
nam_ron_69@yahoo.com
016 2947498
Untuk info tentang persembahan klik SINI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment