Monday, January 18, 2010

Projek KoKEN Vol 3 TANDA: Pelakon

MARDIANA ISMAIL

Sudah berkahwin dan punyai dua orang anak tidak menghalang beliau untuk bergiat aktif di dalam Projek KoKEN: TANDA. Beliau merupakan graduam Universiti Malaya di dalam pengkhususan drama. Sewaktu di dalam pengajian, Mardiana pernah dianugerahkan dengan Anugerah Buku 2006 atas pencapaiannya yang cemerlang di dalam akademik. Selain itu juga Mardiana pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik di dalam Festival Teater 2001.

Beliau pernah bekerja dengan ramai pengarah seni terkenal. Di antaranya Rosminah Mohd Tahir untuk Monolog“ Kopi Pangku”Monodrama (2004), Namron di dalam Jangan Bunuh Sam (2003) dan Monolog “Aku Nak Jadi Bintang” (2000), Krishen Jit di dalam 7 Ten (2002) dan Manchester United and the Malay Warrior (2002), Norzizi Zulkifli di dalam Menjelang Takbir (1996), Raden Galoh, Makyong “Raja Tangkai Hati”(2001) dan Makyong” Anak Raja Gondang” (2000 ), Khalid Salleh di dalam Pandirnya Si Pandir (2000), Ahmad Yatim di dalam Macbeth (1999), Midsummer Night’s Dream (Classical Theatre)(1998) , Kebun Ceri (1997) dan Atap Genting Atap Rumbia (1998) dan banyak lagi.

Selain teater, Mardiana juga banyak menyebarkan sayapnya di bidang lakonlayar dengan memegang watak utama seperti drama lapan episod “Kerana Mu Mas Intan”.

Beliau kini seorang pensyarah di ASWARA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.



Kau rasa apa sebenarnya nak disampaikan dalam teater ini?

Ekspresi, persepsi dan perspektif yang terdapat di dalam kotak pemikiran manusia masa kini terhadap alam semulajadi. Evolusi yang di alami oleh dunia bakal mencetuskan suatu fenomena yang kelak bakal mengembalikan manusia ke suatu percaturan hidup yang tulus jika mereka tulus sepanjang proses kehidupan namun sebaliknya jika ianya dilalui dengan caranya yang tidak tulus.

Keterangan lanjut mengenai pementasan TANDA, sila klik di pautan ini.

No comments:

Post a Comment