Tuesday, January 19, 2010

Pementasan Teater TANDA: Pengarah



Fared Ayam adalah teruna konon berdarah kacukan berjiwa mustang yang sentiasa penuh dengan cinta dan kemarahan. Beliau yang jarang mandi kerana percaya bau lelaki itu seksi ini juga sering tertanya tentang siapa dia di mata masyarakatnya lalu menjadikan teater, puisi dan segala macam cabang seni sebagai laman luahan ketidakpuashatian. Antara pementasan hasil pengarahan/penulisannya termasuk WAKTU-eksperimental merdeka, Short Eyes, Projek Kolaborasi Pentas Teater 2006:Breaking/Ji Poh/ Kasi-Pe-Cah (Kuala Lumpur, Jepun, Singapura), Instant Cafe Kurang Manis, Uda dan Dara, ProjekKoken:Teater Kompilasi Vol 1, ProjekKoken:Teater Kompilasi Vol 2 serta Projek Kolaborasi Pentas Teater 2009:DELUSIONS The Year In A Word | KHAYALAN Setahun Dalam Kata | 惑: 今年一字. Pernah terlibat sebagai fasilitator untuk beberapa workshop seperti Festival Right To Read, SENTUH:Seksualiti dan Tubuh serta Indonesian Study Tour:Feminisme dari sudut pandangan Islam. Selain pernah dicalonkan sebagai Most Promising Artist di BOH Cameronian Arts Award 2008 beliau juga baru-baru ini hampir-hampir dicalonkan sebagai Jejaka Cun Mangga.


Kau sakit hati tengok traktor meratah hutan. Cuba kau ceritakan perasaan kau ketika itu.

Masa aku 10 tahun (darjah 4) aku pernah jadi ketua kelas. Satu hari tu ada mesyuarat antara cikgu-cikgu. Jadi sebagai ketua kelas, aku harus menjaga kelas supaya sentiasa diam sepanjang cikgu bermesyuarat. Itu undang-undang sekolah. Namun kerana aku rasa undang-undang itu membuatkan murid-murid kelihatan bosan dan tertekan, maka aku mengajak sekalian rakan sekelas aku untuk bermain dan bersembang, tentang mandi sungai, tentang mancing ikan. Kerana aktiviti itu sejelasnya lebih menceriakan mereka. Guru disiplin buat rondaan, aku kantoi tak jalankan tanggungjawab yg telah ditetapkan oleh sistem undang-undang sekolah. aku dilempang dan dicabut tali leher di depan sekalian rakan sekelas. Terus dilucut jawatan. Kau rasa, apa rasanya?

Maklumat lanjut mengenai pementasan TANDA, sila layari di sini.

No comments:

Post a Comment