Gambar kredit Timothy Cheng
Faisal Mustaffa (Merdeka Review)
Pementasan TANDA yang sepatutnya berlangsung dari 2-6 Februari 2010 di Panggung Eksperimen Akademi Seni Warisan (Aswara) terpaksa dibatalkan atas "arahan" pihak pengurusan. Seterusnya ia menjadi sejarah hitam dalam kebebasan berkarya dan berekspresi di Negara ini.
Pementasan tersebut hanya dapat berlangsung selama tiga malam sahaja dan sepanjang pementasan tersebut, peminat-peminat seni teater amat terhibur dan mengharapkan industri teater di Negara ini sedang berkembang.
Namun, harapan tersebut hanya sebuah mimpi apabila pada jam 6 petang, 5 Februari 2010, pengawal Aswara memberitahu bahawa mereka terpaksa mengunci panggung dan meminta kesemua pihak produksi yang sedang bersiap sedia untuk pementasan meninggalkan panggung berkenaan.
Berita selanjutnya, sila layari di sini.
Keterangan lanjut mengenai Pementasan TANDA, sila layari di sini.
No comments:
Post a Comment