Monday, February 1, 2010
Pementasan Teater TANDA: Pelakon
Tuan Faisal Azmy (Tapai)
Tuan Faisal merupakan seorang jurutera telekomunikasi dan perunding amanah saham yang amat cenderung dalam bidang seni teater.
Mula terlibat dalam bidang teater sejak tahun 2001 sebagai pengurus produksi untuk Kelab Teater AROMA yang telah memenangi beberapa anugerah, termasuk Johan Festival Teater Malaysia 2004 dengan karya Shahredza Minhat yang bertajuk “Tat Nenas” arahan Megat Sharizal.
Mula aktif berlakon pada tahun 2007. Sejak itu, antara pementasan yang turut dipersembahkan adalah Mangli, Kisah Gadis, Oh My God!, Stage Theraphy, Hikayat Merong Mahawangsa, Kaki Blue, Allah!, & A Light in KL City.
Berharap untuk terus menceburi bidang seni lakon pentas dan meluaskan pengalaman dalam seni lakon skrin.
Apakah nasib kita bila kita tidak ambil isu alam sekitar ini sambil lewa?
Nanti kita semua kena pindah planet Marikh sebab bumi dah ambil lewa dengan kita. Itupun kalau sempat sampai sana.
Keerangan lanjut mengenai Pementasan Projek KoKEN:TANDA, sila lihat pautan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment