Saturday, February 6, 2010

PEMBERITAHUAN

Pementasan teater TANDA telah ditarik semula kebenaran oleh pihak ASWARA tanpa sebab-sebab yang tidak jelas. Pada hari jumaat tanggal 5 februari jam 6 petang beberapa pegawal keselamatan telah memasuki Panggung Eksperimen ASWARA dan memberitahu atas arahan pihak atasan pementasan itu harus dihentikan serta merta dan segala kelengkapan pementasan dan orang-orang yang terlibat harus dikosongkan dengan kadar segera.

Kami di Rumah Anak Teater ingin memohon jutaan kemaafan atas kejadian ini. Namun dalam masa yang terdekat RAT sedang berusaha bagi memastikan pementasan teater TANDA akan dipentaskan semula di lokasi yang lain dalam masa yang terdekat. Dan, segala perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

sekian
Terima kasih
Nam Ron
Pengarah Artistik,
Rumah Anak Teater

7 comments:

maPieCeoFarT said...

*disappointed... kena pulak malam yg dibatalkan tu, saya tgh on the way ke sana... =(

tetap tunggu dipentaskan semula...

fae ishak said...

Komuniti kental. Teruskan perjuangan

S.I.D said...

saya tunggu....harap sangat dapat dipentaskan semula~

Coffeeholic said...

sabar ya anak2 KoKEN! kami tetap menyokong.

misteriaku said...

sedih gila. buat je kt tmpt lain koken! dkt2 ngn area hostel sy. ye? haha

ryann said...

sedih dengan situasi ini

Anonymous said...

buat kat stor teater DBP tak boleh ke?

Post a Comment