Friday, October 18, 2013

LAUT LEBIH INDAH DARI BULAN - Teater Kompilasi Nam Ron



Sofia Jane memulakan karier lakonan beliau sejak berusia 17 tahun melalui dunia model dan iklan tv. Selepas terlibat dalam beberapa drama tv, filem dan pementasan teater, beliau akhirnya diterima sebagai pelakon utama filem U-Wei Hj Shaari, “Perempuan, Isteri & …” yang mencalonkan beliau sebagai Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia 11. Beliau jua pernah bekerja bersama nama-nama yang terkenal seperti Krishen Jit, Normah Nordin, Kamal Ishak, dan Ida Nerina.

Antara filem lakonan beliau yang lain termasuk “Cinta Kita”, “Kekasih Awal & Akhir”, dan “Puteri Gunung Ledang”. Antara anugerah yang dimenangi Sofia Jane ialah Aktres Terbaik Anugeah Skrin TV3 2007 menerusi drama tv “Sebuah Ijtihad”.

Selain lakonan, Sofia juga pernah muncul sebagai hos rancangan tv, “123 Dutch Lady”, yang mengongsikan pengalaman beliau sendiri sebagai ibu.

Pada tahun 2010, beliau sekali lagi bersama pengarahan U-Wei Hj Shaari melalui filem purba berjudul ‘Hanyut’. Pengalaman dalam industri filem selama 24 tahun juga telah membawa beliau bekerja di belakang tabir. Beliau kini berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip drama dan filem serta menubuhkan syarikat produksinya sendiri.

Keterangan lanjut pementasan di sini

No comments:

Post a Comment