Sunday, January 31, 2010

Tanda-tanda akhir zaman di dunia



Written by Faisal Mustaffa

Artikel ini diterbitkan di laman Centre for Policy Initiatives.

Selepas mementaskan dua teater kompilasi yang menggabungkan beberapa pengarah dalam satu pentas, Rumah Anak Teater (RAT) akan mementaskan sekali lagi karya mereka dengan cara persembahan yang berbeza kali ini.

Karya Tanda yang menggabungkan enam pengarah – Aishah Hoo, Amar Asyraf, Khairunadzwan Rodzy, Fared Ayam dan Yusman Mokhtar diolah secara kreatifnya oleh Nam Ron – dijadikan satu cerita di bawah satu tema kemusnahan alam.

Gaya berteater secara kolaborasi menjadi satu gerakan teater yang sedang melanda seluruh dunia. Teater Kompilasi Vol. 3, Tanda, dengan sengaja ingin memaparkan kegusaran, kerunsingan kumpulan RAT mengenai akibat daripada kerakusan manusia yang akhirnya akan memakan diri dan bertemu akhir zaman.

Berteater cara begini bukan saja cuba untuk menghasilkan sebuah persembahan yang mantap tetapi yang lebih penting adalah bagaimana kita sebagai manusia belajar untuk hidup dan bekerja bersama.

Bagi kolaborasi antara dua atau lebih negara berbeza secara amnya, mereka cuba untuk memahami budaya dan bangsa asing. Proses ‘intercultural’ ini sudah lama diamalkan dan ia pernah menjadi alat politik bagi mengeratkan hubungan antara negara.

Bagaimanapun baru-baru ini beberapa pengiat dan aktivis teater mula melaungkan perkataan ‘intracultural’. Jika intercultural hanyalah persembahan antara budaya dari bangsa dan negara berbeza, intracultural pula berlaku di dalam negara dan bangsa yang mengamalkan budaya yang sama.

Nampak seperti intercultural lebih besar dan luas tapi itu hanya luarannya sahaja. Intracultural yang dilihat sempit itu sebenarnya lebih penting nilainya untuk digayakan dalam proses kreatif kerja seni tanpa sebarang kepentingan politik di belakangnya.

Mengajar kita untuk mengenali lebih mendalam erti kehidupan yang sebenar; inilah yang ingin dipersembahkan RAT melalui persembahan teater Tanda ini yang menjadi sebuah kerja kolaborasi secara intracultural.

Menghadapi bumi musnah

Bagi menggabungkan kerja enam orang pengarah, walaupun datang dari bangsa dan negara yang sama bukanlah satu tugasan mudah. Mereka ini harus bekerja dengan satu struktur penceritaan yang mampu memuatkan pemikiran mereka. Oleh itu, hanya satu proses kerja yang sesuai untuk dipraktikkan dalam pementasan demikian – devised play.

Bermula dengan memilih isu akhir zaman, ianya melihat semula tanda-tanda yang hadir dari sudut agama (Islam) dan sains.

Di atas kertas, pementasan Tanda akan kelihatan seperti sebuah cerita di mana ketika manusia mulai hilang harapan dan jasad sudah tidak berjiwa, maka mereka mulai melakukan perkara-perkara yang menyumbang kepada pencemaran alam.

Bumi yang makin tercemar tidak dihiraukan manusia. Bumi turut menunjukkan tanda-tanda yang hayatnya sudah di hujung, namun manusia-manusia ini tidak pernah memberi perhatian. Sehingga akhirnya bumi itu menunggu saat untuk musnah, maka bagaimanakah manusia-manusia itu menghadapinya? Itu persoalannya.

Di dalam Tanda, multimedia menjadi peranan penting dalam penceritaan. Multimedia bukan hanya sekadar untuk tayangan tetapi membantu memberi visual, mood dan efek kepada cerita yang ingin disampaikan.

Sebanyak lima buah projektor dan video kamera bersama miniture set akan digunakan bagi merealisasikan persembahan ini. Muzik juga memainkan peranan yang sama penting seperti multimedia. Di dalam Tanda, muzik akan dimainkan secara langsung di atas pentas bagi mengiringi persembahan.

Persembahan Tanda kali ini akan menjadi siri teater kompilasi yang paling mencabar untuk RAT yang kini berusia 15 bulan. Tanda menggunakan komitmen hampir 20 orang pelakon, antaranya yang sudah pun mempunyai nama Zahiril Adzim, Dira Abu Zahar, Beto Kusyairy, Maya Tan dan tidak kurang pelakon-pelakon baru.




Dari segi agama dan sains


Teater Tanda diarah menjadi satu persembahan yang berevolusi daripada manusia yang lahir suci, bersih dari dosa yang akhirnya musnah akibat diri mereka sendiri.

Kegagalan Persidangan Copenhagen, kedegilan kita memulihara alam sekitar, pembangunan rakus yang melihat faktor alam sekitar sebagai suatu penghalang menjadi ilham kepada kumpulan ini dalam mementaskannya.

Dari segi agama, terdapat beberapa sabda Rasulullah (s.a.w) bahawa, “Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq”.

Secara saintifiknya pula, sistem planet seperti bumi seakan-akan metamorfosis. Bumi penuh dengan kombinasi daya-daya yang kita tahu dan tidak tahu.

Bumi sebenarnya mengalami perubahan-perubahan di sepanjang kewujudannya atau kita namakan ia sebagai anjakan atau shift. Dua perubahan yang popular adalah Galactic Shift dan Polar Shift. Perubahan ini berkait dengan kitaran.

Faktor-faktor sedemikian menjadi inspirasi bahawa tanda-tanda akhir zaman mula menunjukkan isyaratnya.
___________________________

* Tanda akan dipentaskan di Panggung Eksperimen Aswara Kuala Lumpur pada Feb 2-7.

Saturday, January 30, 2010

Pementasan Teater TANDA: Pelakon


SITI NOR KATIJAH


Anak jati Kuala Lumpur , merupakan salah seorang daripada graduan Diploma ASWARA. Beliau telah melaksanakan penialian tahun akhir menerusi pengkhususan lakonan. Beliau pernah melibatkan diri di dalam persembahan-persembahan pentas sebagai pelakon, penari, pengacara, krew pentas, pengurus pentas dan juga pengerusi majlis di kampus mahupun di luar. Diantara persembahan lakonan beliau adalah ‘Tikar Mengkuang Hamparan Bulu’ arahan Marlia Musa, ‘Si Belalang Kenit’ arahan Zaifri Husin, ‘Tartuff Si Musang’ arahan Ahmad Yatim, ‘Tanda’ arahan Fareed Ayam, Yusman Mokhtar, Zahiril Adzim, Shah Hassannul Manzar, dan Nam Ron, ‘Bangsawan Bendahara Garang Perak’ arahan Rahman B, ‘Mak Yung Anak Raja Panah’ arahan Fatimah Abdullah, ‘Randai Puti Nilam Sari’ arahan Wisran Hadi, Zainal Latiff, ‘Randai Sabai Nan Aluih’ arahan Zainal Latiff, ‘Muzika Rubiah’ arahan Ahmad Tarmimi Siregar, ‘Muzika Kesuma’ arahan Rosminah Tahir, ‘Muzika Ibu Zain’ Rosminah Tahir, ‘Gamat’ arahan Zaifri Husin, ‘Teater Kolaj Saya …..dari Hujung Kota’ arahan Rohani Yousoff, ‘Mak Yung Nik Kecik Dewa Muda’ arahan Che Mohd Nasir, ‘Randai Anggun Bainai Jo Sutan Nagari’ arahan Musra Dahrizal.



Boleh ke kau rasa teater pupuk kesedaran?

Boleh. Tidak semua teater berbentuk hiburan semata. Ada ketikanya da pengajaran dalam sesebuah pementasan itu. Cuma sama ada sedar atau tidak je akan pengajaran itu dari yang menonton. Sedikit pengajaran pastikan ada dalam sesebuah pementasan.

Untuk keterangan lanjut mengenai "Pementasan Projek KoKEN:TANDA" sila lihat kepada pautan ini.

Friday, January 29, 2010

TANDA: Ini bukan teater bodekan


Oleh Faisal Mustaffa

Selepas mementaskan dua teater kompilasi yang menggabungkan beberapa pengarah dalam satu pentas, Rumah Anak Teater (RAT) yang sudah pun berusia 15 bulan mementaskan sekali lagi karya mereka dengan cara persembahan yang berbeza kali ini.

Teater yang menggabungkan enam pengarah kali ini dijadikan satu cerita di bawah satu tema kemusnahan alam.

Teater ini bukannya sebuah pementasan yang mengagung-agungkan seseorang bagi mengaut keuntungan. Teater ini tidak juga tidak dipengaruhi oleh pihak-pihak yang ingin mengaut publisiti. Teater ini dengan sengaja ingin memaparkan kegusaran, kerunsingan kumpulan RAT mengenai akibat daripada kerakusan manusia sendiri yang akhirnya akan memakan diri sendiri dan bertemu akhir zaman.

Gaya berteater secara kolaborasi menjadi satu gerakan teater yang sedang melanda seluruh dunia. Berteater cara begini bukan saja cuba untuk menghasilkan sebuah persembahan yang mantap tetapi yang lebih penting adalah bagaimana kita sebagai manusia belajar untuk hidup dan bekerja bersama. Bagi kolaborasi antara dua atau lebih negara berbeza secara amnya mereka cuba untuk memahami budaya dan bangsa asing. Proses intercultural ini sudah lama diamalkan dan ia pernah menjadi alat politik bagi mengeratkan hubungan antara negara.

Bagaimanapun baru-baru ini beberapa pengiat dan aktivis teater mula melaungkan perkataan "Intraculturul". Jika intercultural hanyalah persembahan antara budaya dari bangsa dan negara berbeza, intracultural pula berlaku di dalam negara dan bangsa yang mengamalkan budaya yang sama.

Nampak seperti intercultural lebih besar dan luas tapi itu hanya luarannya sahaja. Intracultural yang dilihat sempit itu sebenarnya lebih penting nilainya untuk digayakan dalam proses kreatif kerja seni tanpa sebarang kepentingan politik dibelakangnya. Mengajar kita untuk mengenali lebih mendalam erti kehidupan yang sebenar.

Inilah yang ingin dipersembahkan RAT melalui persembahan teater TANDA ini yang menjadi sebuah kerja kolaborasi secara intracultural. Bagi menggabungkan kerja enam orang pengarah, walaupun datang dari bangsa dan negara yang sama, ianya bukanlah satu tugasan mudah. Mereka ini harus bekerja dengan satu struktur penceritaan yang mampu memuatkan pemikiran mereka. Oleh itu hanya satu proses kerja yang sesuai untuk dipraktikkan dalam pementasan demikian; devised play.

Bermula dengan memilih isu akhir zaman dan melihat semula tanda-tanda yang hadir dari sudut agama (Islam) dan sains.

Di atas kertas TANDA akan kelihatan seperti sebuah cerita di mana ketika manusia mulai hilang harapan dan jasad sudah tidak berjiwa mereka mulai melakukan perkara-perkara yang menyumbang kepada pencemaran alam. Bumi yang makin tercemar tidak dihiraukan manusia. Bumi turut menunjukkan tanda-tanda yang hayatnya sudah dihujung namun manusia-manusia ini tidak pernah memberi perhatian. Sehingga akhirnya bumi itu menunggu saat untuk musnah bagaimanakah manusia-manusia itu menghadapinya. Itu persoalannya.

Di dalam TANDA, multimedia menjadi peranan penting dalam penceritaan. Multimedia bukan hanya sekadar untuk tayangan tetapi membantu memberi visual, mood dan efek kepada cerita yang ingin disampaikan. Sebanyak 5 buah projektor dan video kamera bersama miniture set akan digunakan bagi merealisasikan persembahan ini. Muzik juga memainkan peranan yang sama penting seperti multimedia. Di dalam TANDA muzik akan dimainkan secara langsung di atas pentas bagi mengiringi persembahan.

Persembahan TANDA kali ini akan menjadi siri teater kompilasi yang paling mencabar untuk RAT. TANDA kali ini menggunakan komitmen hampir 20 orang pelakon dan 6 orang pengarah. Menjadikannya sebuah persembahan dengan satu penceritaan yang bukan mudah untuk dikerjakan. Namun komitmen yang diberikan oleh tenaga produksi amat tinggi bagi memastikan persembahan ini akan berada pada tahap yang sepatutnya dan menjadikan persembahan Teater Kompilasi Vol 3 TANDA amat berbaloi untuk ditonton.

Kegagalan Persidangan Copenhagen, kedegilan kita memulihara alam sekitar, pembangunan rakus yang melihat faktor alam sekitar sebagai suatu penghalang menjadi ilham kepada kumpulan ini dalam mementaskannya.

Dari segi agama, terdapat beberapa sabda Rasulullah (s.a.w) bahawa, "hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq".

Secara saintifiknya pula, sistem planet seperti bumi seakan-akan metamorfosis. Bumi sebenarnya penuh dengan kombinasi daya-daya yang kita tahu dan tidak tahu. Bumi sebenarnya mengalami perubahan-perubahan di sepanjang kewujudannya atau kita namakan ia sebagai anjakan atau shift. Dua perubahan yang popular adalah Galactic Shift dan Polar Shift. Perubahan ini berkait dengan kitaran.

Faktor-faktor sedemikian menjadi inspirasi bahawa tanda-tanda akhir zaman mula menunjukkan isyaratnya.

Teater ini diarah oleh Aishah Hoo, Amar Asyraf, Khairunadzwan Rodzy, Fared Ayam dan Yusman Mokhtar diolah secara kreatifnya oleh Nam Ron menjadi satu persembahan yang berevolusi daripada manusia yang lahir suci, bersih dari dosa yang akhirnya musnah akibat mereka sendiri.



Pementasan ini melibatkan 20 pelakon yang sudah pun mempunyai nama dan tidak kurang pelakon-pelakon baru. Antaranya ialah Zahiril Adzim, Dira Abu Zahar, Beto Kusyairy, Maya Tan dan ramai lagi.

TANDA akan dipentaskan di Panggung Eksperimen Aswara Kuala Lumpur pada 2 hingga 7 Februari ini.

Artikel ini disiarkan di KLPOS.

Thursday, January 28, 2010

TANDA: Paparan di Astro AWANI

Pementasan Teater TANDA: Pelakon


Siti Nuraisya Md Jiwa

Pelakon muda yang lebih dikenali sebagai Raisya menjadikan profession lakonan sebagai kerja sambilan. Selain berlakon, beliau juga minat dalam tarian dan nyanyian.

Raisya terlibat dalam pementasan Tanda Eksperimen (2000) lalu di ASWARA. Selain itu, beliau juga pernah berlakon dalam Teater Tycoon 2009, Teater Tartuffe 2006, Teater Belalang Kenit 2005, Teater ‘Perempuan Itu’ (PETA 2007) , Bangsawan Laksamana Raja Bentan.

Raisya berlakon di bawah arahan Amar Asyraf.




Kau rasa apa yang bezanya TANDA dengan pementasan teater-teater yang ada dalam pasaran, yang konvensional?

TANDA one of da theater pertama yang BERANI...perbezaan pada TANDA adalah Teater yang menggabungkan idea-idea yang 'beyond' pemikiran oleh pengarah-pengarah yang berbakat besar..Satu penyusunan cerita-cerita yang berteras kan hanya satu IMPAK dan berhubung kait diantara satu sama lain..TANDA dapat menarik penonton untuk merasai 'sign-sign' yang sebenar yang berlaku di dunia pada hari ini.

Satu kolabarasi yang bisa mengubah pemikiran para penonton dan bisa membuatkan penonton sentiasa berfikir tentang kealpaan dunia yang dimusnahkan oleh manusia itu sendiri.

TANDA jawapan bagi semuanya!
TANDA is TERRIFIC !

DVD YANG DIJUAL SEMASA PEMENTASAN TANDA


Rumah Anak Teater (RAT) juga ada menjual dvd Teater Kompilasi Vol I.
Harga: RM15-00
Belian secara online: SMS 0192232002. Tunggu arahan selanjutnya (melalui sms).


Selain itu, RAT juga ada menjual DVD filem GADOH dengan ihsan KOMAS.
Harga: RM15-00

Pelakon-pelakon dalam GADOH ramai yang terlibat di dalam TANDA. Antaranya; Nam Ron, Zahiril Adzim, Amerul Affandi dan Maya Tan Abdullah.

Wednesday, January 27, 2010

Tiket Konsert EFEK RUMAH KACA Boleh Diperolehi Juga!


EFEK RUMAH KACA LIVE IN KUALA LUMPUR 2010

KONSERT ECO-FREEDOM: EFEK RUMAH KACA LIVE IN KUALA LUMPUR 2010

Tempat: No One Cafe, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit (same row as Tune Hotel), KL
Masa: 3PM – 11PM
Tarikh: 27hb Februari 2010, Sabtu
Tiket: Pre Sale, RM25 at door, RM35

Keterangan lanjut tentang konsert, sila layari di sini.

Keterangan lanjut mengenai pementasan TANDA, sila layari di sini.

BUKU YANG BOLEH DIPEROLEHI SEMASA PEMENTASAN TANDA

' Laut lebih Indah dari Bulan' karya Nam Ron

Suntingan: Faisal Mustaffa
Publisher: Oxygen Media
Year: 2009
Price: RM25.00

Sinopsis baca di sini.





Teater Kompilasi Vol 1
1. TERUK Oleh Zahiril Adzim
2. POKOK KELAPA SAYANG Oleh Khairunazwan Rodzy
3. TAMBAT KAKI Oleh Khairil Ridzuan
4. STABIL Fared Ayam

Teater Kompilasi Vol 2
1. NATURALISASI Oleh Fared Ayam
2. LEGASI Oleh Moizzis R.Cong

Sinopsis baca di sini.


Product Detail:
ISBN: -
Suntingan: Faisal Mustaffa
Publisher: Oxygen Media
Year: 2009
No of Pages: 90
Price: RM25.00


Melangkaui Sempadan: KONFLIKTING ialah sebuah kompilasi rencana-rencana dan hasil karya seni hasil nukilan pendapat dan pemerhatian muda mengenai situasi dan pergolakan politik Malaysia. Penulis-penulis masih tidak ada nama di bidang penulisan, diberikan peluang dan platform bagi mereka menyatakan hasrat, cita-cita terhadap negara mereka. Kebebasan memberi pendapat yang semakin meruncing, sistem pendidikan yang memfokuskan kepada pembelajaran kajian dan kekangan universiti member sedikit sebanyak kebebasan mereka untuk berkongsi ide melalui penerbitan ini. Perbezaan pendapat yang diekspresikan di dalam buku ini bukan bermakna penulis-penulis ini menentang sistem dan budaya yang ada sekarang. Kekangan-kekangan itu sesungguhnya bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia dan Perlembagaan Malaysia.

Publisher : Tokobuku
ISBN : 9789834371807
Author : Susunan oleh Faisal Mustaffa
Number of Page(s) : 56

Item price : RM5.00
Item weight : 0.11 lb(s)



Buku Untuk Filem: ESTET
ISBN: 9789834484507
Edited by Ajami Hashim
Publisher: Matahari Books
Year: 2009
Number of page: 132
Price: RM20.00

"ESTET" ialah filem komedi muzikal ala filem-filem Selatan India (Kollywood) yang menceritakan tentang sahabat, cinta dan juga bolasepak. Buku ini mengandungi lakonkayar draf pertama yang amat berbeza dengan filem yang akhirnya dibikin. Juga dimuatkan temubual dengan pengarah dan penulis lakonlayarnya Mamat Khalid serta pengarah forografi Indra Che Muda.
Buku Untuk Filem: Pisau Cukur
ISBN: 9789834484521
Edited by: Amir Muhammad
Publisher: Matahari Books
Year: 2009
Number of page: 182
Price: RM20.00

Buku ini mengandungi skrip lengkap filem panas Pisau Cukur gandingan Maya Karin & Nor Fazura, serta temubual bersama penulisnya Rafidah Abdullah, pengarahnya Bernard Chauly dan penerbitnya Lina Tan. Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi!

Album lagu "DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT"
Karya: Meor
Harga: RM20-00

Tuesday, January 26, 2010

Creative people behind stage: FAIRUZ SULAIMAN


Fairuz Sulaiman video projections / visual art

With a background in multimedia, he has made live video projections and music videos for many local bands like KLPHQ, 7 Collar T-shirt, Ferns, Bittersweet and Butterfingers. These videos are made with a very distinct style, using stop-motion, puppetry, hand-made masks, 3D animation and live video mixing.He also regularly provides live visual projections for music events like Moonshine ,Motion Picture Soundtrack and product launches for brands like UOX, Puma and Converse.

And recently, he involved himself in theatre, working with Cloudbreak and Welcome Community Home in “Fallen Leaves”; a play about and by HIV/AIDS patients that was performed at Actors Studio Bangsar and venues around KL. He also created visuals for the director Zahim Albakri’s “Tarap Man” in 2007. He was also part of the production of the big budget musical Puteri Gunung Ledang Season 3 and also Mahsuri, both performed at Istana Budaya.In 2008, he was involved in a theatre exchange program, involving York Theatre Royal and Soho Theatre from the UK. This exchange brought together an eclectic group of young artistic minds to create and perform pieces relating to their surrounding and memories. This project was partly sponsored by The Commonwealth Foundation.He had his first group exhibition at Valentine Willie Fine Art for the show Rock Kaka, where he collaborated with Callen Tham to create a home-made analog projector using common house hold materials. This projector involves user interaction to create the moving visuals on the wall.

Recently, Fairuz was nominated as the hottest and most handsome local artist. If you adore him, you can vote him by clicking here.


*Fairuz is holding the umbrella.

For more information on TANDA, please visit here.

Pementasan Teater TANDA: Pengarah


Yusman Mokhtar

Yusman Mokhtar is a graduate from the Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) in theatre majoring in scenography. Started doing theatre in 2001 and has done work both on stage and off stage. Among his designing credit includes Butterflies Are Free (TAS), Coffee & Toast (Aroma), Tat Nenas (Aroma), Teater Kanak-Kanak Debunga Setia, Teater Kanak-kanak Wa, Wa… Tu Bulan, Opera Cina Si Yatim Chao, Jalan Mati, Short Eyes, Muzikal Tun Razak (ASWARA), Kisah Gadis (TAS), What Does It Mean To Be Malaysian, Bottom Top, Belacan Geragok And Other Prawns, Oh My God!, Kaki Blue The Musical, Rosencrantz and Guildenstern Are Dead, Hamlet (KLPAC), DanSing Thru Broadway (Farah Sulaiman) and Projek KoKen’s Teater Kompilasi Vol. 1 and Teater Kompilasi Vol . 2. He was also part of the original directing team from the first staging of Tanda.



Kenapa kau rasa masalah ikan-ikan paus yang terdampar kat tepi laut macam diorang ni bunuh diri mereka?

Sebab diorang sejuk kot. Ingat manusia je nak sun tanning? But seriously, aku rasa sebab kita dah banyak sangat kacau ekosistem diorang ni. Aku ada tengok satu dokumentari, dia tunjuk ikan lumba-lumba dengan ikan paus ni kelam kabut arikan diri bila US Navy buat diorang punya military exercise kat laut tu guna solar. Banyak paus yang terdampar kat tepi pantai. Bila diorang scan oak ikan paus to ada hemorrhage dalam orak dia. Kesian ikan paus tu.

Keterangan lanjut mengenai pementasan TANDA, sila layari di sini.

Monday, January 25, 2010

Playing with issues

Rumah Anak Teater insists that theatre is a good platform to enlighten society on political and social matters

Bissme S. (Sun2Surf)

LOCAL theatre is now examining doomsday issues like the destruction of our environment and the ‘impending’ end of the world. One such production is Tanda, produced under the banner of Rumah Anak Teater (RAT).

Shahili Abdan, better known as Nam Ron, is one of the six directors of Tanda and he has his reasons for coming up with this production. He feels greed is the main culprit for the degradation of the environment.

“The human race is so busy chasing material wealth that they’ve forgotten their obligation to look after Mother Earth,” says Nam Ron, who is also a part-time lecturer at the Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) in Kuala Lumpur, where the 20-member play will be staged from Feb 2 to 7.

Nam Ron established RAT two years ago to provide a platform for young ­artistes to express themselves. It is a fact the Nam Ron and his associates are an outspoken and radical lot and they are known for their plays with strong ­political and social overtones.

The 41-year-old theatre activist is quick to defend RAT’s productions. “Is it wrong to stage plays that have such ­elements? We cannot deny that politics and social issues shape the world, society and our lives. I want to put up plays that make people think about issues that are affecting them.”

But can theatre be ­powerful enough to change society for the better?

Nam Ron is confident it can, but he points out: “I’m not here to reform ­anyone. I’m not a moralist.

As an artiste, I just want to raise some questions in the open. In the end, the people have to decide whether they want to change or remain the same.”

He insists that what he is doing is not very different from what journalists are doing. “You also raise issues when you write. You use the print medium to achieve that while I use the stage,” he tells the press.

He also dismisses talk that he is anti-politicians, saying that politicians are important people but they should always put the people’s interests first.

“A politician’s duty is to serve his people and help to give them a better life. If the people in this country are ­earning a minimum wage of RM500, then ­politicians should be earning less. They should be leading a simple and humble life.”

Unfortunately, he laments, many ­people these days go into politics with the sole purpose of leading an easy life. “They are attracted by the big ­allowances and salaries. They want to become ‘celebrities’ and live in big houses. This is not only happening in Malaysia but everywhere in the world.”

His colleague, Fared Ayam, a co-­director of Tanda, is also somewhat of a ‘rebel’ and shares Nam Ron’s penchant for stage productions that highlight social and political issues.

Fared says he quit his studies in ­marine engineering to pursue his ­passion for theatre. “The only setback about being in theatre is that we don’t earn a fixed ­income and I often have to tighten my belt.

“Sometimes, I feel downcast as my friends who are marine engineers are leading a comfortable life.

Then I tell myself that life is not only about ­making money and living a luxurious lifestyle,” says Fared, who has a diploma in theatre directing.

He feels he is making a significant contribution by highlighting issues that are affecting society.

He says: “The true path is ­always the difficult road. If the road you’ve taken is an easy one, then ­something is wrong.”

He strongly believes that theatre has the power to change society for the better, adding that history has proven this.

“But I never preach to my audience. I just raise the questions and let my ­audiences find their own solutions.”


For tickets for Tanda, call 012-239 5209 or 012-919 3839 or send email to teater.tanda@gmail.com.

Sunday, January 24, 2010

Teater Kolaborasi TANDA: Pelakon



GHADAFI MELIKI

Jejaka ini masih lagi menuntut di ASWARA peringkat diploma teater penkhususan lakonan. Beliau melibatkan diri secara aktif dalam lakonan teater seja 2007. Namun begitu, beliau sudah pun mula berjinak-jinak dalam lakonan sejak di bangku sekolah lagi.

Ghadafi juga pernah terlibat dalam beberapa drama tv dan iklan yang dia sendiri tidak mengingatinya lagi.

Di dalam Projek KoKEN vol3: TANDA ini, beliau berlakon di bawah arahan Aishah Hoo.



Kau ada pernah baca tak mana-mana kitab yang bagitahu apakah sifat-sifat manusia yang membawa kepada kiamat?

Aku ada terbaca beberapa perbincangan dalam internet mengenai perkara ini. Mungkin aku kurang pengalaman dalam mentelaah kitab-kitab agama tetapi antara sifat-sifat sebagai tanda kiamat termasuk

-Perempuan menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai perempuan.
-Hubungan seks sejenis.
-Seks bebas tanpa rasa bersalah terus kongkek (gelak).

Bagi aku, inilah orkestra kehidupan manusia. Namun, kehidupan kita sebagai manusia ada batas dan terhadnya.

Bila akhir zaman segala tindakan dan kehendak semuanya melampaui batas dan tidak mengambil peduli akan akibatnya.

Manusia kembali jahil. Manusia seakan-akan kembali kepada era di mana kita tiada tamadun.

Keterangan lanjut mengenai pementasan TANDA, sila layari di sini.

Saturday, January 23, 2010

Pementasan Teater TANDA: Pengarah


AISHAH HOO
Dilahirkan pada April 1. Seorang pelajar yang stressed kerana sedang menghadapi Penilaian Semester Akhir di ASWARA. Sepanjang tiga tahun pembelajaran di ASWARA, Aishah telah melibatkan diri di dalam bidang teater lebih dari pengalaman teater sepanjang hidupnya. Bermula berjinak dalam bidang teater sebagai pelajar teater di KBN, Aishah telah terlibat dengan produksi Kapital Mall, Lysistrata, Saya Dari Hujung Kota, Hamlet; Hamelatah; Hameletus dan lebih 30 produksi lain.



Apakah cara-cara kita untuk menyelamatkan dunia ini daripada kemusnahan?

Sedar diri. Sedar diri. Sedar diri. Baiki diri : bertindak tanpa lengah. Alasan tidak dapat menyelamatkan dunia daripada kemusnahan.

Keterangan lanjut mengenai pementasan ini, sila layari di sini.

Friday, January 22, 2010

Pementasan Teater TANDA: Pelakon


BETO KUSYAIRY

Mula terlibat secara tidak langsung dalam dunia penerbitan TV & filem sejak tahun 1997. Mempunyai sedikit ilmu dalam beberapa seni bela diri telah mendorong dirinya menjadi pelakon lagak ngeri untuk filem-filem iaitu Bilut & Cicakman khusus kepada babak-babak yang melibatkan pertarungan. 2003 adalah permulaan bagi dirinya sebagai pelakon sepenuh masa. Pernah ditawarkan beberapa kali oleh Erma Fatima untuk melibatkan diri dibawah teater pengarahan beliau tapi terpaksa menolak atas dasar kesukaran untuk memberikan komitmen. Tanda merupakan penglibatan kali pertama dirinya sebagai pelakon.

Antara filem lakonannya ialah Syaitan (Bade Azmi) dan Kami The Movie (Fizi & Fendi)

DRAMA/TELE:
Apa Dosaku:Sybil Kartigasu (Bernard Chauly)
Lembing & Layang:Senoi Praaq (Wan Hasliza)
10 (Sepuluh):Mokhtar Dahari (Manesh Nesaratnam)
Warkah Terakhir:Rosli Dhoby (Wan Hasliza)
Kekasihku Seru (Kabir Bhatia)
Lima (Wan Hasliza)
Bilik No 13-Season 2 (Anwardi Jamil)
6 Sharifah (Wan Hasliza)
Rel Waktu (Zulkiflie M. Osman)
Mencari Nurkhadijah (Erma Fatima)
Ibu Mak Mama Mummy Ummi (Emi Sufian@Pian Skru)
Pasukan Gerak Cepat-PGC (Haris Fadzillah)
Lorong Neraka@Tersasar Di Jalanmu (Erma Fatima)

Ini sumbangan pertama Beto bersama Rumah Anak Teater.



Kau ni dah muncul kat tv sana-sini. Kenapa susah-susah nak berlakon teater....lebih-lebih lagi yang independen macam Rumah Anak Teater?

Ahh..macam ni lah. Aku suka cabar diri & keupayaan aku sebab pada aku ia adalah satu bentuk terapi bagi aku mengatasi apa juga kelemahan aku. Keinginan untuk berada di pentas teater telah lama aku simpan tapi disebabkan aral-aral yang melintang, aku tangguhkan impian aku ni.
Kali ni aku ditawarkan oleh RAT, untuk turut serta dalam perjuangan mereka..TANDA. Aku tertarik dengan temanya. Manusia2 yang alpa dengan alam jauh sekali menghargainya. Dan inilah kerja aku..sebagai penyampai kepada masyarakat. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi 'tanda' di hati masing-masing tentang perlunya kita menghargai alam.
Dan inilah juga bentuk sokongan aku kepada RAT yang berjuang atas apa yang mereka percaya. Aku hormat & hargai..Syabas!

Keterangan lanjut mengenai pementasan ini, sila layari di sini.

Thursday, January 21, 2010

NOTA PENGARAH

Rumah Anak Teater (RAT) di bawah program Projek KoKEN akan mementaskan sebuah teater kolaborasi yang mengabungkan 6 orang pengarah yang berkerja dalam sebuah pementasan; TANDA. Teater Kolaborasi TANDA yang akan dipentaskan pada 2 hingga 7 Februari 2010 di Panggung Eksperimen, ASWARA bertemakan alam sekitar. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat bertapa pentingnya penjagaan alam sekitar dari kemusnahan kerana kesannya amat buruk.

Di sudut artistiknya, pementasan ini cuba meneroka teknik penceritaan yang penuh dengan unsur-unsur kekaguman baik dari segi lakonan, pencahayaan, muzik/bunyi, video, pentas dan penontonan. Segala unsur-unsur kekaguman ini diperlukan untuk membawa penonton lebih dekat dengan persembahan dan segala persoalan-persoalan yang terkandung di dalam persembahan mudah diterima oleh penonton.

Secara jujurnya, sehingga ini pihak RAT belum mendapat sebarang tajaan bagi merealisasikan pementasan ini ke tahap yang diinginkan. Kebimbangan saya sebagai Pengarah Artistik RAT adalah pada pembinaan pentas khas untuk pementasan ini. Pentas yang akan dibina dengan unsur-unsur kekaguman itu direka khas dengan bermodalkan RM15 ribu. Kegagalan mendapat pembiayaan bagi membina pentas tersebut akan menjejaskan keseluruhan konsep yang dikerjakan. Dan, Teater Kolaborasi Tanda akan hanya menjadi sekadar persembahan teater yang biasa-biasa sahaja.

Oleh itu sebagai alternatif lain bagi memperoleh pembiayaan tersebut saya kemukakan cadangan ini kepada individu yang berminat dan mempercayai usaha kami di RAT bagi menyumbang sumbangan peribadi anda kepada kami.

Anda boleh menyumbang dengan minimun RM1 ribu. Anda akan mendapat 2 tiket VIP, cenderahati berupa barangan terbitan RAT, menyertai cast party dan nama anda akan dikreditkan sebagai Penerbit Eksekutif bagi pementasan TANDA.

ATAU

Anda boleh menyumbang dengan minimun RM1 ratus. Anda akan mendapat 1 tiket VIP dan cenderahati berupa barangan terbitan RAT.

Kami di RAT amat mempercayai pementasan Teater Kolaborasi TANDA ini akan memberi impak dan satu anjakan paradigma kepada perkembangan seni persembahan di Malaysia dan mengharapkan anda bersama-sama kami mengapai impian tersebut.

Sekian,
terima kasih
Nam Ron
Pengarah Artistik
Rumah Anak Teater (RAT)
nam_ron_69@yahoo.com
016 2947498
Untuk info tentang persembahan klik SINI.

Wednesday, January 20, 2010

Pementasan Teater TANDA: Pelakon



Gadis ini masih dalam pengajiannya di ASWARA di dalam pengkhususan lakonan teater.

Sungguhpun baru setahun jagung, Nad sudah pun melibatkan diri dalam 23 pementasan termasuk Muzikal Tun Abdul Razak (2009).

Beliau tidak berhasrat untuk bersaing dengan artis-artis yang sudah sedia ada tetapi bagi memeriahkan seni.


Bagaimana kita hendak beritahu orang yang buang sampah merata-rata supaya buang sampah di dalam tong yang disediakan. Kalau tiada tong, simpan dahulu sampah dan buang bila terjumpa tong?

Bumi dah nak mati,biarlah dia mati dalam keadaan suci,simpan sampah tu dulu...sabar....

Maklumat lanjut mengenai pementasan TANDA, sila layari di sini.

Tuesday, January 19, 2010

Pementasan Teater TANDA: Pengarah



Fared Ayam adalah teruna konon berdarah kacukan berjiwa mustang yang sentiasa penuh dengan cinta dan kemarahan. Beliau yang jarang mandi kerana percaya bau lelaki itu seksi ini juga sering tertanya tentang siapa dia di mata masyarakatnya lalu menjadikan teater, puisi dan segala macam cabang seni sebagai laman luahan ketidakpuashatian. Antara pementasan hasil pengarahan/penulisannya termasuk WAKTU-eksperimental merdeka, Short Eyes, Projek Kolaborasi Pentas Teater 2006:Breaking/Ji Poh/ Kasi-Pe-Cah (Kuala Lumpur, Jepun, Singapura), Instant Cafe Kurang Manis, Uda dan Dara, ProjekKoken:Teater Kompilasi Vol 1, ProjekKoken:Teater Kompilasi Vol 2 serta Projek Kolaborasi Pentas Teater 2009:DELUSIONS The Year In A Word | KHAYALAN Setahun Dalam Kata | 惑: 今年一字. Pernah terlibat sebagai fasilitator untuk beberapa workshop seperti Festival Right To Read, SENTUH:Seksualiti dan Tubuh serta Indonesian Study Tour:Feminisme dari sudut pandangan Islam. Selain pernah dicalonkan sebagai Most Promising Artist di BOH Cameronian Arts Award 2008 beliau juga baru-baru ini hampir-hampir dicalonkan sebagai Jejaka Cun Mangga.


Kau sakit hati tengok traktor meratah hutan. Cuba kau ceritakan perasaan kau ketika itu.

Masa aku 10 tahun (darjah 4) aku pernah jadi ketua kelas. Satu hari tu ada mesyuarat antara cikgu-cikgu. Jadi sebagai ketua kelas, aku harus menjaga kelas supaya sentiasa diam sepanjang cikgu bermesyuarat. Itu undang-undang sekolah. Namun kerana aku rasa undang-undang itu membuatkan murid-murid kelihatan bosan dan tertekan, maka aku mengajak sekalian rakan sekelas aku untuk bermain dan bersembang, tentang mandi sungai, tentang mancing ikan. Kerana aktiviti itu sejelasnya lebih menceriakan mereka. Guru disiplin buat rondaan, aku kantoi tak jalankan tanggungjawab yg telah ditetapkan oleh sistem undang-undang sekolah. aku dilempang dan dicabut tali leher di depan sekalian rakan sekelas. Terus dilucut jawatan. Kau rasa, apa rasanya?

Maklumat lanjut mengenai pementasan TANDA, sila layari di sini.

Monday, January 18, 2010

Projek KoKEN Vol 3 TANDA: Pelakon

MARDIANA ISMAIL

Sudah berkahwin dan punyai dua orang anak tidak menghalang beliau untuk bergiat aktif di dalam Projek KoKEN: TANDA. Beliau merupakan graduam Universiti Malaya di dalam pengkhususan drama. Sewaktu di dalam pengajian, Mardiana pernah dianugerahkan dengan Anugerah Buku 2006 atas pencapaiannya yang cemerlang di dalam akademik. Selain itu juga Mardiana pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik di dalam Festival Teater 2001.

Beliau pernah bekerja dengan ramai pengarah seni terkenal. Di antaranya Rosminah Mohd Tahir untuk Monolog“ Kopi Pangku”Monodrama (2004), Namron di dalam Jangan Bunuh Sam (2003) dan Monolog “Aku Nak Jadi Bintang” (2000), Krishen Jit di dalam 7 Ten (2002) dan Manchester United and the Malay Warrior (2002), Norzizi Zulkifli di dalam Menjelang Takbir (1996), Raden Galoh, Makyong “Raja Tangkai Hati”(2001) dan Makyong” Anak Raja Gondang” (2000 ), Khalid Salleh di dalam Pandirnya Si Pandir (2000), Ahmad Yatim di dalam Macbeth (1999), Midsummer Night’s Dream (Classical Theatre)(1998) , Kebun Ceri (1997) dan Atap Genting Atap Rumbia (1998) dan banyak lagi.

Selain teater, Mardiana juga banyak menyebarkan sayapnya di bidang lakonlayar dengan memegang watak utama seperti drama lapan episod “Kerana Mu Mas Intan”.

Beliau kini seorang pensyarah di ASWARA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.



Kau rasa apa sebenarnya nak disampaikan dalam teater ini?

Ekspresi, persepsi dan perspektif yang terdapat di dalam kotak pemikiran manusia masa kini terhadap alam semulajadi. Evolusi yang di alami oleh dunia bakal mencetuskan suatu fenomena yang kelak bakal mengembalikan manusia ke suatu percaturan hidup yang tulus jika mereka tulus sepanjang proses kehidupan namun sebaliknya jika ianya dilalui dengan caranya yang tidak tulus.

Keterangan lanjut mengenai pementasan TANDA, sila klik di pautan ini.

Apa Dosaku:The Sybil Kathigasu Story

Pelakon-pelakon TANDA juga terlibat dalam satu drama bertajuk 'Apa Dosaku:The Sybil Kathigasu Story'.

Apa Dosaku:The Sybil Kathigasu Story dilakonkan Zahril Adzim dan Beto Kusyairy.



Gambar-gambar lain boleh dilihat di pautan ini.

Maklumat untuk pementasan TANDA, sila klik di sini.





Sunday, January 17, 2010

Projek KoKEN Vol 3 TANDA: Pengarah

AMAR ASYRAF B. ZAILUDDIN

Sungguhpun masih berusia 23 tahun, Amar sudah pun diberi kepercayaan untuk melibatkan diri dalam Projek KoKEN dalam menyumbang skrip dan arahannya.

Anak kelahiran Melaka ini mula melibatkan diri dalam kerja-kerja pementasan sejak 2007 bilamana beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya di ASWARA. Dengan bertindak sebagai juru tatacahaya semasa Projek KoKEN vol 1 (2008), Rumah Anak Teater sudah menganggap beliau melepasi tahap minima dan berupaya menyumbang di dalam Projek KoKEN vol 3 ini.

Selain daripada bergerak aktif dalam pementasan ASWARA, Asyraf juga pernah berlakon watak utama di dalam Telemovie “Rampas” (2009) terbitan Green Light Production.

Beliau berharap karyanya ini dapat diterima masyarakat dan mesej keamanan yang dibawanya dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara.


Apa kecoh-kecoh tentang pemanasan global ni?

owh...ni soalan yang agak berat untuk di jawab kerana saya bukanlah ahli sains. Tapi yang saya tahu pemanasan global ni bakal membuatkan dunia ni satu tempat yang penuh dengan air dari tanah. Keadaan yang paling ekstrim sekiranya kita tidak membendung ialah muka bumi akan ditenggelami air. Kita penyebab terjadinya pemanasan global ni. Kita tak pernah sedar. Kita rasa kita tak terlibat tapi dengan makan daging lembu dan minum susu kita dah sama sama menyumbang terhadap pemanasan global.

Pemanasan global ini juga menjadikan suhu musim tidak menentu.

Kenapa kecoh? Kerana pemanasan global inilah peredaran cuaca kucar-kacir. Kalau kita tidak membendungnya, ia akan membunuh kita semua.


Maklumat lanjut berkaitan dengan pementasan TANDA, sila klik di sini.

Saturday, January 16, 2010

Pementasan Teater TANDA: Pelakon


MOHD HAFIZEE BIN MOHD HATTA

Berusia 21 tahun, teater sudah menjadi pilihan di dalam kariernya. Sejak memasuki ASWARA, Hafizee sudah melibatkan dalam pelbagai produksi pementasan teater; belakang pentas mahupun sebagai pelakon.

Sejak 2007, Hafizee sudah pun berlakon di dalam 19 pementasan. Terakhir lakonannya ialah di dalam Projek Kolaborasi Pentas Teater 2009 Delusion : Khayalan.Beliau juga pernah mengarah lima pementasan di bawah projek ASWARA.

Hafizee menganggap tawaran Rumah Anak Teater (RAT) di dalam Peojek KoKEN vol 3 sebagai satu peluang emas.

Di dalam TANDA, Hafizee berlakon di bawah arahan Fared Ayam.




Apakah peranan anak muda dalam melindungi alam sekitar daripada tercemar?

oh..anak muda ada peranan eh?...aku tengk anak muda skang nih lebih suka ber 'shuffle' , mengila, bergembira dan bersuka ria tanpa mengetahui, mengingati mahupun menyedari tentang melindungi alam sekitar...

Peranan dan sumbangan kecil anak muda yang boleh diberikan (yang boleh aku fikirkan) termasuk re-cycle (kitar semula). Kalau kita print (cetak) lepas tu tak guna lagi, kita guna sebelah muka kosong untuk nota-nota kecil. Itu akan mengurangkan penggunaan kertas dan jimatkan duit.

Makluman untuk pementasan ini, sila klik sini.

Pementasan Teater TANDA: Pelakon




AMERUL AFFENDI adalah graduan diploma Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang sekarang di kenali ASWARA dalam teater. Sekarang menyambung pelajarannya peringkat ijazah di Universiti Malaya. Banyak berlakon dalam teater, filem pendek, filem dan televisyen. Teater, Pentas Opera, Si Yatim Chao, Tanda, Waktu experimental Merdeka, Air Con, Uda dan Dara. Filem pendek, Aman dan kenapa ayah tak tanam pisang, Gadoh. Filem, Karaoke dan Jimbo. Televisyen, Rona Roni Makaroni, Rembat dan Misteri Penarik Becha.



Kenapa suri rumah masih hias rumah mereka dengan bunga plastik kalau mereka tahu pokok bunga plastik tu tak menghasilkan oksigen?

Tepuk dada, tanya selera.
Tepuk kepala, tanya kenapa aku duk hias rumah dengan bunga plastik.

dia orang takut Najib Poyo (nama burung serindit) rosakkan bunga dia orang kot.

PS: Hobi terbaru beliau adalah membela Burung Serindit.

Friday, January 15, 2010

Teater Kolaborasi TANDA: Pelakon

Mohd Adika Zainal

Anak jati Kuala Lumpur ini berpengalaman dalam hal-hal berkaitan lakonan, pengurusan pentas, dan belakang tabir bagi produksi teater. Banyak melibatkan diri sebagai pelakon, petugas pentas, pengurusan pentas, dan pelbagai lagi cabang seni sebagai langkah untuk mengasah bakat dan mencuba peluang yang ada bagi melatih kemahiran dan mendapatkan pengalaman. Antara produksi yang pernah dilibati sebagai pelakon ialah, muzikal Puteri Gunung Ledang – musim 1 dan 2 sebagai stupa ensemble , muzikal Ibu Zain – musim 1 dan 2, Anthony dan Cleopatra, Mustaqima, Micoyoyo, Tyickoouns, Merah, Uri, kapsul tv untuk RTM - Kopi O Kosong, drama tv – ‘Mustika Hadhari’, Randai- Anggun Bainai Jo Sutan Nogori, Randai – Aabai Nan Aluih, Randai – Puti Nilam Sari, Dari M ke M, teater moden – Tingginya Menyapu Awan’, teater klasik – ‘Taufan’, ‘Bakai’ dan ‘Antigone’, West Side Story , Main Teri : ‘Bercerai Kasih Menolak Sayang’ , ‘Tanah Bernanah’, Bangsawan – Megat Panji Alam, Koreografer gerak randai bagi persembahan teater kolaj ‘saya… dari hujung kota’, teater Gelanggang’, sketsa ‘Kenali Anak Anda’ dan macam-macam lagi. Pernah juga mengarahkan teater ‘MERAH’- karya Sabri Buang dan LIF- E karya sendiri bagi program teater kecil ‘5 karyawan muda’ bertempat di panggung eksperimen ASWARA .

Adika memikul tanggungjawab pelakon di dalam TANDA di bawah arahan Amar Asyraf.

Kau rasa tak cuaca ni semakin tak menentu? Kau rasa kenapa?

Kadang bukan cuaca je tak menentu. Semua tak menentu. Susah nak tentukan. Bencana sana sini. Huru hara sana sini. Kejap gembira kejap tak. Kejap kaya kejap miskin. Susah nak nyata nak terangkan dalam sudut sains dan teknologi alam sekitar. Kadang-kadang mood manusia ikut cuaca. Kadang-kadang cuaca ikut mood manusia. La ni memang cuaca tak menentu sangat. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kadang-kadang sampai ke petang pun. dah tu macam mana? Mungkin pemejalwapan sering berlaku kot. Tak pun sapa-sapa kaki karaoke nyanyi tu tak nak berapa sedap. tu pasal hujan dok turun. Kalau ikut zaman tok nenek, katak dok panggil hujan sebab ular mai nak makan.

Entahlah. Cuaca ni macam perempuan. Susah nak tentu mood dia. kau tau ke bila masa pompuan tu ngah mood PMS? Susah kan. Cam tu lah kiranya.

Thursday, January 14, 2010

Teater Kolaborasi Projek KoKEN Vol 3: Pelakon

MUSTAQIM BIN MOHAMED ZAKI

Sungguhpun masih baru di dalam pementasan teater, Mustaqim sudah pun melibatkan dirinya dengan lebih 30 projek teater sejak 2006 di ASWARA.

Selain berlakon, Mustaqim juga mempunyai kelebihan di dalam peragaan dan menjadi hos acara. Beliau juga amat meminati dunia pengiklanan.

Beliau tidak asing bagi Rumah Anak Teater atas bantuannya di dalam Projek KoKEN vol 1 (2008) dan sekali lagi beliau dipanggil untuk Projek KoKEN vol 3 ini.

Di dalam TANDA, Mustaqim merupakan pelakon di bawah arahan Yusman Mokhtar.



Kenapa kau rasa Selangor dan Pulau Pinang melancarkan hari tanpa beg plastik?

Hanya negeri Selangor dan Pulau Pinang sahaja yang bertindak drastik dalam melindungi persekitaran. Bukannya nak kata negeri lain tidak bertindak cuma 'mereka' ini tersentap terlebih dahulu daripada mereka yang lain untuk mengurangkan pemanasan global. Beg plastik yg sekarang ni pun sudah mencecah keluasan kepulauan Borneo dan memberi ancaman kepada bumi. Macam mana dengan masa depan generasi seterusnya? Mereka ke yang nak kena fikir macam mane caranya? Yelah, beg plastik susah luput dan akan sntiasa berada dalam fizikalnya mengikut peredaran masa. Mereka bertindak demi kepentingan semua.

Mereka menggunakan alsan ini untuk melindungi bumi daripada rosak.

Sunday, January 3, 2010

Berkarya untuk duit atau duit untuk berkarya?

SURAT TERBUKA UNTUK ANDA
Baru-baru ni aku duduk bersama-sama anggota RAT (Rumah Anak Teater) berbincang untuk mementaskan sebuah lagi projek teater baru di bawah kendalian RAT. Teater Kompilasi Vol. 3 TANDA akan menemui penonton pada awal Februari nanti. Teater Kompilasi Vol. 3 ini adalah projek pementasan teater yang ke tiga sejak RAT mula ditubuhkan pada Oktober 2008. Dua pementasan terdahulu iaitu Vol. 1 dan Vol. 2, RAT tidak mendapat sebarang keuntungan wang ringgit. Ini adalah kerana sehingga kini RAT tidak mempunyai penaja yang ingin menaja pementasan kami. Aku sebagai pengarah artistik dan penerbit bagi ketiga-tiga pementasan ini lebih menumpukan kepada jualan tiket untuk menampung kos pementasan. Bagi pementasan Teater Kompilasi Vil. 3 ini aku telah mencadangkan agar harga tiket dijual pada harga RM 30 namun ada antara ahli RAT tidak bersetuju kerana beranggapan harga itu terlalu mahal dan mungkin orang ramai tidak akan datang untuk memberi sokongan. Lalu ada yang mencadangkan agar dijual pada kadar RM20 sahaja dengan alasan keadaan ekonomi sekarang.

Untuk makluman, Teater Kompilasi Vol.3 kali ini akan menghimpunkan tenaga kerja lebih dari 30 orang kerana ianya lebih berkonsepkan persembahan ensemble. Kami juga bercadang untuk menjayakan berberapa unsur-unsur kekaguman pada rekaan pentasnya termasuk membina pentas khas di atas pentas yang sedia ada. Dengan kekurangan dana yang boleh dikatakan sifar itu kami mungkin terpaksa menggunakan modal dari poket sendiri bagi merealisasikan pementasan tersebut demi mengangkat seni teater dan khalayak ke aras yang lebih tinggi. Oleh itu, pada pandangan aku RM30 itu tidaklah terlalu mahal namun pandangan anda semua juga amat penting kerana anda sebagai penonton tentu lebih mengerti erti kepayahan kami dan diri anda sendiri.

Jadi di sini aku kemukakan soalan, bagi sebuah pementasan selama 2 jam yang menghimpunkan lebih 30 orang tenaga kerja termasuk 6 orang pengarah dan 20 orang pelakon tv dan teater yang akan bermain di atas pentas dari awal hingga tamat pementasan. Anda juga akan dihidangkan dengan persembahan visual dan multimedia bersama rekaan pentas yang mengagumkan. Dan, anda sebagai penonton akan disediakan kerusi empuk agar selesa untuk menikmati persembahan tersebut hingga ke hujung. Berapakah harga tiket yang akan anda bayar untuk persembahan yang sedemikian?

Terima Kasih
Nam Ron
Pengarah Artistik/Penerbit
Rumah Anak Teater (RAT)

Nota tumit kaki kiri : Sila berikan pandangan yang ikhlas dan jangan bergurau senda hanya untuk mengubat hati yang lara kerana ini perkerjaan kami. Segala pandangan anda aku hargai.

untuk membandingkan pandangan anda dengan orang lain klik sini